sumber : fajridil Apakah itu Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi? Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza. Bacaan Tekanan Darah Kategori Sistolik Diastolik Normal bawah 120 dan bawah 80 Pre-hypertensi 120 - 139 atau 80 - 89 Hypertensi 140 dan keatas atau 90 dan keatas Hypertensi sistolik 160 dan keatas dan bawah 90 Mengapa penting mengukur tekanan darah secara berkala? Adalah mustahak untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan samada tekanan darah anda tinggi atau tidak. 90% pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala. Pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung.Tekanan darah yang...