Adakah menonton program pendidikan seperti Sesame Street
dapat membantu menjadikan anak anda lebih kreatif?
dapat membantu menjadikan anak anda lebih kreatif?
Profesor Madya Dr Teoh Hsien-Jin, Pakar Psikologi Klinikal.
Kanak-kanak
dilahirkan dengan potensi untuk menjadi kreatif. Mereka berhak diberi
peluang untuk mengasah bakat dan kreativiti mereka, dan menggunakan
sepenuhnya potensi mereka. Sebagai ibu bapa, kita boleh memainkan
peranan penting untuk menggalakkan mereka. Meskipun kreativiti tidak
boleh diajar, kita boleh menyediakan persekitaran yang menggalakkan
kreativiti anak-anak kita.
Manfaat Kreativiti.
Kreativiti memberi manfaat kepada kanak-kanak dalam banyak
cara. Mereka lebih banyak menggunakan imaginasi mereka,
bersedia untuk mencuba perkara yang berlainan, dan berani
memperlihatkan ekspresi diri dan berfikiran terbuka. Di samping
itu, mereka dapat membina ketabahan, keyakinan diri, keupayaan
untuk berdikari, toleransi terhadap kekaburan, dan mungkin juga,
suka berjenaka.
Cara-cara Ibu Bapa untuk Menggalakkan
Kreativiti
- Biarkan mereka bermain dan meluahkan idea. Bermain adalah sebahagian penting daripada pembelajaran yang membantu memupuk kemahiran pemikiran kreatif kanakkanak. Ia membolehkan mereka menghayati kreativiti menerusi lima deria mereka – penglihatan, pendengaran, rasa, bau, dan sentuhan. Ibu bapa boleh merangsang imaginasi dan menggalakkan kreativiti si manja melalui lakonan dan imaginasi.
- Sediakan persekitaran yang menggalakkan kreativiti. Ini boleh dilakukan dengan memastikan anak-anak merasa selesa untuk memperlihatkan idea mereka tanpa rasa takut ia akan ditolak, dan memastikan keselamatan mereka terjamin supaya mereka boleh meneroka dunia di sekeliling tanpa gangguan.
- Tanya soalan yang membina dan jangan bataskan soalan mereka. Ibu bapa juga perlu fleksibel menerima jawapan atau respons daripada anak-anak mereka. Walaupun salah, mereka tidak perlu dimarah. Sebaliknya, gunakan kesempatan itu untuk mengajar anak mencari jawapan yang betul. Menyelesaikan masalah adalah komponen penting pemikiran kreatif.
- Rangsang pemikiran kreatif dengan aktiviti yang sesuai dengan usia. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama anak-anak, termasuk aktiviti seni, muzik, sukan dan memasak. Aktiviti lain seperti membaca buku dan menonton program pendidikan dan multimedia juga boleh membantu memupuk kreativiti kanak-kanak.
Potensi Kreativiti yang Merosot…?
|
Sekolah dan rumah adalah dua tempat paling penting yang
boleh membantu, sama ada untuk menggalakkan atau
membantutkan kreativiti kanak-kanak. Namun, sering kali,
orang dewasa secara tidak disedari membantutkan kreativiti
kanak-kanak dengan amalan biasa seperti berikut:
|
Comments