Alhamdulillah... pada 071213, Sabtu lepas genap usia perkahwinan kami 6 tahun. Sepanjang 6 tahun kami dikurniakan 3 orang puteri yang sangat gojes dan chomel... Semoga mereka membesar dengan sihat, ceria & menjadi anak yang soleha. Buat yang mengikuti blog kami from day-1 anda boleh lihat Damia skarang dah "BIG GIRL"... pandai jaga adik tau. Pandai mengalah terutama dengan lil Dzakirah.
Bermula 010913, Alin officially SAHM cum WAHM. Manisnya bekerja dari rumah walau mulanya huru hara gak. Bersalin, berpantang seterusnya resign. Allah mudahkan niat hati ini selepas pulang dari mengerjakan umrah. Moga jln ini diberkati. Dream job sejak 3 tahun lepassss kalo siapa yang masih ingat entry WOHOWO . Thank you Allah. Feeling blessed.
Untuk semua yang setia berkunjung ke blog Miakididdles ini dan ada yg PM menantikan update kami... inilah puteri terbaru kami. Dia kami namakan Darwisyah. Lahir pada 3 Ogos 2013 dgn berat 3.2kg @ DEMC.
Kini dah 4 bulan. Kejap jer kan? Alhamdulillah lil Darwisyah masih menyusu badan sepenuhnya. Walau Stay At Home Mother (SAHM) cum Work At
Home Mother (WAHM) kami tetap bertendum pumping bersama-sama. Cabaran
kali ini, walaupun tidak perlu risau
untuk memerah susu beria-ia atau memikirkan stok susu cukupkah, itu
bukan alasan utk kami tidak bertendum pumping. Rahsia kami?
Mengamalkan suplement & sentiasa berdoa semoga diberikan sekeping hati yg "degil" dan "tabah" dalam menyusukan lil Darwisyah hanya dengan susuibu selama 2 tahun. Siap-siap mintak 2 tahun tau... jangan minta 1 tahun dulu then baru nak lagi 1 tahun... Sebab setiap niat kita tu doa.
Mengamalkan suplement & sentiasa berdoa semoga diberikan sekeping hati yg "degil" dan "tabah" dalam menyusukan lil Darwisyah hanya dengan susuibu selama 2 tahun. Siap-siap mintak 2 tahun tau... jangan minta 1 tahun dulu then baru nak lagi 1 tahun... Sebab setiap niat kita tu doa.
Doakan kami ... mmmuahhhh
Comments