Skip to main content

6th Anniversary ~ AllahuAkhbar... Alhamdulillah



Alhamdulillah... pada 071213, Sabtu lepas genap usia perkahwinan kami 6 tahun. Sepanjang 6 tahun kami dikurniakan 3 orang puteri yang sangat gojes dan chomel... Semoga mereka membesar dengan sihat, ceria & menjadi anak yang soleha. Buat yang mengikuti blog kami from day-1 anda boleh lihat Damia skarang dah "BIG GIRL"...  pandai jaga adik tau. Pandai mengalah terutama dengan lil Dzakirah. 


Bermula 010913, Alin officially SAHM cum WAHM. Manisnya bekerja dari rumah walau mulanya huru hara gak. Bersalin, berpantang seterusnya resign. Allah mudahkan niat hati ini selepas pulang dari mengerjakan umrah. Moga jln ini diberkati. Dream job sejak 3 tahun lepassss kalo siapa yang masih ingat entry WOHOWO . Thank you Allah. Feeling blessed.

Untuk semua yang setia berkunjung ke blog Miakididdles ini dan ada yg PM menantikan update kami... inilah puteri terbaru kami. Dia kami namakan Darwisyah. Lahir pada 3 Ogos 2013 dgn berat 3.2kg @ DEMC.


Kini dah 4 bulan. Kejap jer kan? Alhamdulillah lil Darwisyah masih menyusu badan sepenuhnya. Walau Stay At Home Mother (SAHM) cum Work At Home Mother (WAHM) kami tetap bertendum pumping bersama-sama. Cabaran kali ini, walaupun tidak perlu risau untuk memerah susu beria-ia atau memikirkan stok susu cukupkah, itu bukan alasan utk kami tidak bertendum pumping. Rahsia kami?

Mengamalkan suplement & sentiasa berdoa semoga diberikan sekeping hati yg "degil" dan "tabah" dalam menyusukan lil Darwisyah hanya dengan susuibu selama 2 tahun. Siap-siap mintak 2 tahun tau... jangan minta 1 tahun dulu then baru nak lagi 1 tahun... Sebab setiap niat kita tu doa. 

Doakan kami ... mmmuahhhh

Comments

Unknown said…
comelnya baby... =)
alinalan said…
@ Mama ila - semua bb memang chomell