Skip to main content

8 Cara Bagaimana Hafaz dan Faham per-kata ayat Alquran Pilihan



Bismillah,
Sebelum tidur, refresh kembali sesi pagi tadi. Tips Hafazan for beginners from Akademi Cahaya. Kami belajar 8 cara bagaimana nak hafaz dan faham per-kata ayat Alquran pilihan.

1. Doalah mohon sungguh-sungguh kepada Allah agar dipilih dan dilapangkan dada seluas-luasnya untuk menerima ilmu. La hawla wala quwwata illa billah. Sungguh, semuanya dengan kekuasaan dan izin Allah.

2. Letak Target/Goals. Pesan Puan Guru, untuk beginner tak perlu letak banyak. Memadai, sehari 1 ayat. Janji istiqomah.

3. Fahamkan isi penting & per kata ayat. Untuk faham ayat, gunakanlah Al-Quran perkata atau gunakan Al-Quran yang sama.

Surah Hud, 11:47
Hafal dan faham perkata. 
Yang ini kalian boleh download apps Quran WbW atau gunakan Alquran terjemahan perkata.

4. Lihat kedudukan ayat dalam musyaf.
Contoh ayat : surah Hud, 11:47
Alquran m/s : 227
Kedudukan ayat : baris 3 dan 4

5. Dah faham, baca, lihat Al-Quran 10X (minima ya, jumlah sebenar bacalah berulang kali sehingga kelancaran dan kefasihan lidah baca ayat tersebut dengan happy.) Tips nak baca, ayat yang panjang pendekkan dahulu. Bacalah ulang-ulang sampai lidah lancar. Panjang pendek jangan dilanggar. Baca ikut tajwid yang betul.

6.
Hafaz 10X. Ini juga minima ya, jumlah sebenar bacalah sehingga kelancaran dan kefasihan lidah anda dengan gembira.

7. Dengar berkali-kali via muqri.com. Rujuk photo ada cara-cara nak setting.


8.
Tulis semula apa ayat yang telah dihafaz mengikut susunan ayat dalam Alquran. Lebih
mantap
lagi jika dapat dibawa bacaan ayat yang telah dihafaz semasa bacaan surah dalam solat. Ya Allah, bantu kami.


Begitulah.
TIADA JALAN SHORCUT!
HANYA RAJIN ATAU MALAS!

Kitalah yang pilih. Hadiahkan ME-TIME untuk Al-Quran, 15-30 minit atau 1-2 jam sehari. #PesananBuatDiriSediri Alhamdulillah, semoga kalian semua dapat manfaat. Cubalah! #shareandaibermanfaat

Comments