Skip to main content

Resepi Famous Amos Cookies yang Mudah dan Geranti sedap

10 hari peram resepi. Akhirnya hari ini lakar sejarah buat anak dara syurga. Pertama kali baking chocolate cookies. Lepas ni bolehlah order jer. Acap kali anak-anak minta nak buat cookies. Hari ini direzekikan masa. Alhamdulillah.

Mama hanya usha saja dari jauh, anak-anak sediakan bahan dan bancuh sampai jadi. Paling penting, kemas dapur mama selepas siap semua. Tugas mama hanya set dan jaga oven. Keputusan untuk keluarkan cookies dari oven, anak-anak yang decide.

Batch pertama cookies, ikut resepi 15 minit dalam oven. Tapi sampai minit ke-7 cookies macam nak rentung. Kih kih kih. Namun, rasa masih sedap Ya Allah. Dapat pula coklat cair di mulut. Aduhhh! (Tulis ni pun rasa telan air liur. Punyalah sedap dark coklat banjir dimulut).



Batch seterusnya history. Kami pilih 8 minit saja dalam oven. Tray letak level ke3 dalam oven. Rasa jadi sedap sangat. Rupa pun lebih cantik setanding cookies Famous Amos gitu.



ps.

Bahan-bahan:

2 cup all purpose flour
1/2 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon salt
3/4 cup unsalted butter, melted
1 cup brown sugar
1/2 cup white sugar*
1 table spoon vanilla extrac
1 telur
1 kuning telur
2 cup semisweet chocolate chips

Cara-cara nak bancuh, rujuk Link penuhkat link SINI ya.



*Tang gula tuh boleh kurangkan jika nak tabur coklat lebih ya. 
Selamat mencuba!

Comments