Skip to main content

Posts

Bagaimana berinteraksi Dengan Alquran

Sungguh, nak bercinta dengan apa skali pun kena disertakan dengan tindakan. . Apabila baca Alquran dan tagging ikut teknik bahagikan kepada 4 kategori ikut warna ni, feel dia sangat berbeza. Seriyes. Rasa macam dipandu oleh Allah. Teknik Tagging 4 kategori ikut warna 1. Hijau : Action Plan 2. Biru : Doa 3. Pink : Janji Allah 4. Oren : Healing . #BagaimanaBerinteraksiDenganAlQuran 4 cara untuk berinteraksi dengan Alquran: (1) Action Plan ialah Ayat yang memberi solusi untuk sesuatu Contoh: Carilah pertolongan dgn cara sabar & solat Action plan: Jika cabaran masih tak selesai, banyakkan lagi 1) Sabar (ni kena doa minta Allah ajarkan diri kita bersabar) 2) Solat (selain solat fardhu). Solat taubat, Solat tahajud dan lain-lain . (2) Doa Terlalu banyak contoh doa para Nabi atau orang soleh yang indah indah Allah rakamkan dalam Alquran. Kita boleh tiru dan amalkan untuk kita lebih beradab dalam berdoa. In shaa Allah. . (3) Janji + Janji Allah ada 2, berupa Azab atau Ganjaran. + Apabila b...

Latih diri sentiasa Cari Kebaikan

Sebut dan fokus benda yang kita nak, lama-lama akan menarik apa yg kita nak! In shaa Allah. Didoakan hari ini jauuuh lebih produktif dari semalam.  Terus berusaha gais!

Doa Istikharah agar Mudah Istiqomah Dalam Kebaikan

Pagi ini nak share tips dan doa yang sangat indah Allah ajar semasa hadirkan diri ke majlis ilmu muslimat bersama Ustazah Halimah Alaydrus. Bagaimana untuk istiqamah agar setiap hari dapat dijalani dengan baik. Ustazah pesan, awali pagi harimu dengan solat sunat Istikharah, selepas solat sunat Dhuha - solat niat mohon petunjuk (niat solat istikharah, tapi dalam hati diniatkan mohon petunjuk dalam hati) dan bacalah doa seperti tertera diposter. Moga bermanfaat. . . Sumber : Majlis ArRaudhah  

Kelas fizikal Hafazan & Faham Surah Al-Mulk

MasyaAllah, diizinkan untuk sambut kemerdekaan bersama puan guru, Puan Cahaya Norhainie yang dikasihi dan sahabat-sahabat Al-Mulk pagi tadi. Kelas fizikal Hafazan & Faham Surah Al-Mulk. Highly recommended kelas untuk sahabat yang cari jalan menjadi pecinta Al-Quran. Semoga Allah sentiasa beri kefahaman Al-Quran buat kita semua. Sungguh, Dia yang Maha Memudahkan dan Maha Pemberi. Bayangkan dari 30 ayat surah Al-Mulk ini, hanya satu ayat sahaja yang Allah bagi ganjaran iaitu ayat ke-12. Selebihnya semua ayat warning daripada Allah. MasyaAllah, tersentuh dan tertusuk berkali-kali ke dalam lubuk hati. Moga kita dimatikan sebagai pecinta Al-Quran dan Al-Quran menjadi peneman kita di alam kubur. Aamiin. In shaa Allah.

Bengkel Faham Bahasa Arab bersama Puan Cahaya

Masyallah hari ni semperna genap usia 38 tahun,  #sayabelajar Allah makbulkan lintasan hati dan rezekikan masa untuk merasa cintaNya dalam Bengkel Faham Bahasa Arab bersama Puan Cahaya.  Sesi teaser untuk buka halaman episode baru sebelum melangkah ke angka baru hari ini.  Selautan terima kasih buat puan cahaya yang berkongsi ilmu. Walau diri ini tiada asas bahasa Arab tu bukan alasan sebab teknik yang dikongsikan sangat fun untuk dipraktikkan.  Tahu tak ada 1800 vocab yang berulang-ulang dalam Al-Quran. Bila digabung hanya 900 vocab jer yang perlu kita tayang dan ulang-ulang dalam minda kita. In shaa Allah, kalau istiqomah boleh dah faham al-Quran dalam 3 tahun, kalo sehari 1 vocab.  Berdoalah padaNya. Ya Allah pilihlah kami untuk menjadi pecinta Al Quran. Moga niat yang baik sentiasa dimudahkan. Aamin Aamin. Berdas das seronok lagi bila Allah yang Maha baik hati hadiahkan getar rasa dan dibukakan lorong-lorong jalan untuk amalkan. Doakan moga kita se...