Thursday, May 27, 2010

EBM - Penyimpanan dan Pengendalian Perahan susu Ibu

Bagi ibu yang berkerjaya, Susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH 

  • EBM = Expressed Breast Milk
  • Fresh EBM = Susu yg baru diperah
  • Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi hokey
  • Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku
BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI

  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
  • Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.
Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Nak tau di mana boleh dapat bekas penyimpanan ni  boleh terjah ke blog DUNIA SUSU IBU. Sana banyak info diberikan.

Apabila susu telah disimpan di dalam bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dengan lebel. 
  • Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Kuantiti susu yang diperah
  • Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)
Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

TEMPAT PENYIMPANAN

SUHU BILIK?
  • Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dari 4 jam
  • Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam
catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.


FRIDGE/FREEZER?
Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu
Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (-18 hingga -20 °C) - 3 bulan
- pintu bawah (0- 4 °C)
  (sebelum dibekukan) - 3-7 hari
  (selepas dibekukan) - 24 jam
Pembeku/ freezer (-20C), tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun.

BEKAS PENYEJUK?
cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
 
PERINGATAN: 
  • susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula 
  • susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula
TIP DAN CARA PENYIMPANAN

Di Pejabat
  • Simpan susu yang telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bahagian beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yang dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
  • Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais
Di Rumah
Simpan sebanyak yang boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja dibahagian beku. 
  • Susu yang disimpan dibahagian bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
  • Susu yang disimpan dibahagian beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.
Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari. 

JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!

  • Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.

p/s: Faham?? Next entry, nantikan Cara bagaimana nak cairkan EBM / Thawing frozen breast milk

Rujukan : 
http://sereniety.blogspot.com/2009/08/penyimpanan-asi-ebm.html
http://www.momschoice.com.my/blog/
http://mom2muzz.blogspot.com


22 comments:

mariaariffbaby.com [Reply to comment]

mommy,

thanks for sharing
kita pun tgh cari input..sebab azam for 2nd baby nak fully BF
amin..dipermudahkan

hufaida1803 [Reply to comment]

salam perkenalan

hufaida1803 [Reply to comment]

hmm,saya pun baru dapat baby girl 1 april lalu seberat 3.5 kg,,nih baru nak belajar2 buat stok,,nak tanya banyak nanti nih ^_^

Momma Mia [Reply to comment]

@mariaariffbaby.com - Good choice Maria untuk fully BF. Moga2 dipermudahkan maria. Amin!!

Momma Mia [Reply to comment]

@hufaida1803 Salam perkenalan juga hufaida. Awak tak share profile le, if not bleh lawat ur blog...

Momma Mia [Reply to comment]

@hufaida1803 Wah tarikh lahir baby kita sama... lil Dzakirah ada geng celebrate bufday nanti. boleh tanye ler.. sesama kita sharing.. kita kawan yer tapi nnti link kan ur blog address yer.. nak email pun boleh, tp momma bukan pakar yer masih byk yg perlu dipelajari dgn pakar2 laktasi seluruh m'sia.
... my email : azlin.mohdatan@gmail.com

hufaida1803 [Reply to comment]

hehe..tu la,,bila tgk gambar2 dzakirah pun tingat kat bby saya,,rambut pun sama,,dah cukur n tak tumbuh2 lagi,,^_^

saya dah masuk dalam follower akak..guna nama ummulmardyyah.hmm,,akak,if guna bag plastik joyangel tu sekali pakai je ke? ok tak jenama tu?ingat nak pegi beli jap lagi,,,bottle dah abis,,huhu

Momma Mia [Reply to comment]

@hufaida1803 - url nih ke ? http://ummumardhiah.wordpress.com/
Kat follower tuh takde link laa.

btw, utk soalan tuh. YES any storage bag hanya guna 1 kali je. pakai buang. so far tak jumpa lagi yg boleh pakai semula kecuali botol laaa. utk short term & jimat space fridge ok la tp long term kene survey la storage bag yg murah & berbaloi2..

amiey lee [Reply to comment]

salam...hai saja singgah... nice entry.. memang dpt la ilmu sikit..sbb confuse bila dh pam kt opis nak letak atas ke bawah.. skrg baru tahu letak kt bawah aja kan kalau pam ari ni tuk anak consume sok...

dakapan_rindu [Reply to comment]

salam

dah lama dok follow blog ni
baru pasan lil dzakirah seumur ngn baby sy
lahir 1 april 2010

alhamdulillah baby sy pun fully bf
syukur sgt2

n nak minta izin utk paste entry ni ke blog sy
as panduan pd rakan2 yg lain

ibu addin dan nasa [Reply to comment]

Minta izin share di blog ya Alin :)

Sima [Reply to comment]

salam perkenalan :)

saya minta izin nak copy ye. nak letak kat blog + nak print letak kat peti. hehe... byk sgt info. terima kasih :)

EIJAM'S FAMILY [Reply to comment]

momamia, minta izin share diblog thanks you...

ummi safiya [Reply to comment]

salam momma mia..sy pun nak minta izin share kat blog sy..sbg panduan. tq

farah keifli [Reply to comment]

salam..
suka masuk blog ni..penuh dengan info breastfeeding..blh jadikan panduan bila dapat baby nanti..

farah keifli [Reply to comment]

salam..
suka masuk blog ni..penuh dengan info breastfeeding..blh jadikan panduan bila dapat baby nanti..

~Cik soL~ [Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
mama~asyfa [Reply to comment]

salam,
sy br deliver baby girl minggu lepas..anak sulung.
berazam nk fully breastfeed..
sy try pam harini, dpt 1oz jer setelah pam selama 20 minit..
nk tanye, kalau mcmtu, boleh ke sy simpan dlu ebm yg 1oz tu dlm fridge, then campor dgn next session punye ebm?
nk simpan kt bahagian bawah ke atas?
hope dpt bantu sy yg still baru dlm dunia nih...;)
thank u..

Momma Mia [Reply to comment]

@mama~asyfa boleh campur dgn syarat kena simpan dulu dlm peti sejuk bhgn bawah, kasi sushu dia sama baru campur.

cth 1oz masa pam kul 10. simpan dlm peti sejuk. pastu 2nd session pam dpt 2oz. simpan dulu dlm peti sejuk bawah. pastu agak2 la after 2 jam dah bleh campukan susu tuh.

max bleh simpan dlm peti sejuk bawah 3-5 hari. bergantung kekerapan kita bukak pintu peti sejuk tuh. to be safe amik min 3hari

apa2 soklan lg bleh amail alin - azlin.mohdatan@gmail.com

chocolatomuffin [Reply to comment]

salam,

lanjutan dpd pertanyaan yg diatas bkenaan campuran susu yg di pam berasingan itu.
sy nak tanye, bole campur jika suhu suhu sama.bagaimana pula klu susu kite pam pd hari yg blainan..masih bole combine jika suhu dah sama ke?
thanks

permission to link blog ye? = )

Momma Mia [Reply to comment]

@chocolatomuffin Boleh, regardless tak lebih dr 3 hari penyimpan di peti bawah. Normally bleh simpan di peti bawah 3-5 hari bergantung kpd kekerapan kita bukak pintu.. to be safed amik 3 hari

Ummu Mujahid [Reply to comment]

Assalamua'laikum kak alin,
saya copy lagi entry yg nih dri blog akak.hehe..tq byk2.sharing is caring:-)

Related Posts with Thumbnails