Skip to main content

Precious moment during Confinement 44 days

14.05.10, Jumaat - Hari ini genap 44 hari Momma berpantang. Huhu.. cepat jer rasanya. Pengalaman  bersalin C-sect pun tak ilang lagi, rasa cam baru smalam jer bersalin. Hihihi...


Buat anak-anak Momma, Damia  and Lil Dzakirah...

Melahirkan kalian adalah sejarah paling sakit dalam rentetan hidup Momma. Damia lahir secara normal manakala lil Dzakirah secara caeser. Sesungguhnya kesakitan bersalinkan kalian merupakan memori indah dengan penuh keperitan. Itulah dugaan yang besar dan menginsafkan Momma akan kebesaran Tuhan. Syukur alhamdulillah kerana Allah mengizinkan Momma untuk melahirkan kalian.
 
Kesakitan melahirkan kalian tak dapat Momma ceritakan, tapi yang pasti kelahiran kalian berdua merubah hidup Momma dan Abah, 360 darjah!! Kedatangan kalian sangat la bermakna dalam hidup Momma dan Abah. Semoga kalian menjadi anak-anak yang soleha. Membesar dengan sihat, ceria, cerdas dan boleh meneroka dunia hingga dewasa. Semoga Allah selalu melimpahkan kebaikan  kepada kalian berdua... Sesungguhnya cinta Momma dan Abah... tak pernah putus untuk mu sayang...!!!

Momma halalkan setiap titis susu Momma yang masuk ke dalam tekakmu sayang. Sesungguhnya susu Momma adalah pengikat kasih sayang antara Momma dengan kalian. Dengan belaian mesra, pelukan erat dalam dakapan Momma, air susu Momma  telah mengalirkan unsur kasih sayang sejati yang tiada taranya antara kita berdua. Bayangkan, dalam kenikmatan yang tidak ternilai yang dialami kalian semasa proses penyusuan membuatkan kalian itu terlena. Malah, kalian berasa aman, selamat dan harmoni dalam dakapan kasih seorang ibu semasa meminum susu Momma. Indahnya anugerah Allah. Apa tidaknya, susu yang kalian minum bukan saja sebagai tali pengikat kasih sayang Momma malah menjadi komponen asas proses pembesaran kalian. 

For Damia, perjalanan penyusuan kita sehingga 1 tahun 2 bulan... tapi percayalah sayang, Momma masih ingin menyusukan mu dengan air susu Momma, cuba la sayang!  kita tendem nursing dengan lil Dzakirah yer... For lil Dzakirah, perjalanan penyusuan kita baru bermula, semoga perjalanan kita dipermudahkan Allah. Amin

Ya Allah, mohon hambamu dibanyakkan air susu selalu, agar kedua-dua anak ku, cinta hati kami dapat merasai nikmat dan khasiatnya.

Comments

Siti said…
dah abis pantang yer..kejap jer rasanya...
lepas ni leh lepas dendam, mkn apa yg takleh mkn sebelum ni.

tapi kalau czer byk lagi kena pantang kan?
wah bestnyer mengimbau kenangan lama...tomei dal damia masa tecik2 dulu...nampak chubby..
alinalan said…
@Siti - A'aah ler siti, kejap sgt & byk lg kene pantang esp ais or benda2 sejuk still tak bleh kan? Skrg nk lepas geram utk berurut badan, kasi ringan sket
alinalan said…
@Anje a.k.a Mama_Aqish - precious momment ler Anje... emo jap...
HaniFadil said…
alin, nice words. sebak jap pepagi ni.
yatie chomeyl said…
cantikla buai baby tu...tiba2 terasa nk tmbh baby sbb berkenan dgn buai tu, boleh gitu? eheh
alinalan said…
@Asmahani.A @ AA - AA thanks dear... sesama kt emo jap..
alinalan said…
@yatie chomeyl - haha.. bleh je yatie. Kira bleh bgtau abe la ada reason nk tambah bb..
BIONIC WOMEN said…
momma..sedih nyer baca luahan hati momma wat ur lil princesses..terharu2..teringat memori indah menyusukan Dhiya..indu sangat
alinalan said…
@BIONIC WOMEN - Jgn ler sedih yang. Biasa mother's day kita buat ucapan utk Ibu kan, kali nih buat Ibu buat ucapan utk anak plak... So that mereka tau apa perasaan Momma nya..