16
Dalam memastikan pengeluaran susu momma sentiasa ada dan semakin bertambah, berikut antara amalan yang momma praktikkan. Mostly list nih momma kumpul daripada website-website ibu yang menyusu, majalah-majalah dan sumber-sumber mulut orang yang boleh diguna pakai untuk menambah ASI. Tidak semua senarai ni serasi dgn semua ibu hokey. Ia depend pada badan kita gak. Boleh try and error, yang mana berkesan dan serasi amalkan dan kongsikan dengan rakan lain. InsyaAllah, ia akan lagi membantu meningkatkan pengeluaran ASI anda. Tanda (*) ini antara yang berkesan pada momma. Selamat mencuba!!!

- Hasil double pumping semalam, Alhamdulillah -

PEMAKANAN
  • (*) Lobak putih -  orang kata rasanya pelik, tak sedap dan pahit, tapi sedap jer bagi momma. Masa Damia momma tak pernah amik pun. So bagi yg baru nak makan di nasihatkan potong kecik-kecik lobak tuh dan masak sup or sayur campur. SEDAP.  Kesannya mmg terasa. Dan ia mmg membantu utk membayakkan susu.
  • (*) Bayam - masak air pun sedap dah. ada orang buat goreng. Kesannya mmg terasa. Dan ia mmg membantu utk membayakkan susu.
  • (*) Broccoli - Bagus. Sumber Kalsium yang baik.
  • (*) Sawi - Masak goreng tumis atau rebus.
  • Cekur Manis - masak rebus/ lemak manis.atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
  • Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang - dimakan sebagai ulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/ udang kering.
  • Kacang Hijau - bubur kacang hijau.campur beras merah & also bagus utk pekatkan susu.
  • Kacang Tanah - kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
  • Daun Kucai - daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus.makanlah bersama-sama nasi.
  • Petola, daun turi - masak lemak manis
  • Kacang Buncis
  • Pucuk betik
  • (*) Roti - segala jenis roti especially roti planta
  • (*) Kurma - makan begitu sahaja atau buat jus/ ice blended
  • Madu - sebagai pemanis dalam minuman atau dessert
  • (*) Kismis - 7 biji setiap pagi, tengahari, malam
  • Ikan Tenggiri
  • Sengkuang Cina
  • (*) Biskut bijirin - ape2 saje biskut yg ade cereal, cth dr brand IKO, Jacob etc.Momma amik Kellogge Cornflakes + Kismis + Milo
  • Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan - bukan yang dalam tin/ di proses, yg pure tau

MINUMAN

  • (*) Air masak - Jangan lupa minum air masak banyak-banyak. Kajian menunjukkan minum air masak sebelum breastfeed baby, InsyaAllah banyak air susunya.
  • Minum susu - Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.
  • Longan Kering - Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja. Direbus dulu dengan gula batu/ gula kabung/ gula merah, kemudian diminum airnya.
  • Halba - rendam dan minum airnya. Boleh juga telan sesudu kecil ngan air suam kalu tak lalu nak minum airnye. Bole juga ditambah dlm apa2 masakan cth kari.
  • Oat - minum dengan air suam + susu tin/Anmum, buat lempeng/cekodok.
  • (*) Amalkan minum milo/nestum/ horlicks
  • Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina
  • (*) Soya - minum secawan sehari.
  • (*) Kurma - makan begitu sahaja atau buat jus/ ice blended
  • Madu - sebagai pemanis dalam minuman atau dessert.
  • Air Kelapa
  • Air Sengkuang Cina - Boleh beli yg dalm tin brand season F&N or buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus ngan gula sedikit.
  • Daun betik -rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari
  • Lobak putih -parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkan lobak putih+lobak kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susu minum.
  • Milkmaid tea
  • Melilea Organic Soya Drink
  • Autumnz Organic Nursing Tea 
  • Joy Angel Nursing Tea 

SUPPLEMENT
  • (*) Kalsium
  • (*) Obimim
  • Omega 3
  • (*) Vitamin C
  • Jamu yang membanyakkan air susu i.e PIL ASI, jamu nona roguy (phytonatal)
  • Alfalfa
  • Bidadari DCL
  • GNC fenugreek - Halba dlm bentuk kapsul keluaran GNC, bole didapati di farmasi GNC.
  • Habatussauda 
  • Organic Spirulina
  • Melilea Greenfield Organic 
  • ML - Goat's Rue Vegetarian Capsules  
  • ML - More Milk Plus Vegetarian Capsules 
  • ML - More Milk Special Blend Alcohol-free tincture (2oz) 

PERBUATAN
  • (*) Selalu bersihkan puting untuk memudahkan liang-liang susu keluar dgn laju, Masa mandi check kalo-kalo ada yang tersumbat.
  • (*) Kerapkan pengepaman setiap 2-3 jam sekali masa didalam pantang, insyallah susu akan berlebihan nanti. 
  • (*) kerapkan pengepaman waktu malam, kerana waktu malamlah yang merangsangkan hormon BREAST untuk membanyakkan air susu.
  • (*) Wajib mengurut badan satu bulan sekali. Boleh betulkan perjalanan urat-urat tetek.
  • (*) Pam susu sambil lihat muka anak or gambar anak di hp atau bayangkan wajah comel anak yang menjadi segala-galanya dalam hidup.
  • (*) Sentiasalah berdoa pd Allah, semoga diberi ketenangan (tidak stres) dan di banyakkan air susu. Usaha + tawakkal adalah sebaiknya. Elok diamalkan selepas solat, sebelum start pump, semasa pump dan selepas pum.
  • Rehatlah secukupnya. Jauhi stres kerana stres akan menyebabkan hormon oksitosin
    terencat, sekaligus merencat pemancutan susu ibu. Bawa bayi tidur bersama anda setiap masa anda dengan bayi (hari cuti) as roven skin to skin contact akan encourage baby utk menyusu sekerap mungkin.
  • Susuilah baby kedua-dua belah payudara sehingga baby sendiri yang melepaskan puting setelah dia tertidur kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu. Kalo tak boleh buat double pumping bersama baby.

ZIKIR DAN DOA

    • (*) Berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. 
    • (*) Baca doa untuk ibu-ibu yang breastfeed - "Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..." 
    • (*) Baca Selawat dan bismillah dulu. 
    • (*) Baca surah albaqarah ayat 60 - Sambil baca ayat tue letakkan tangan pada breast, usap2, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kite & supaya kite mampu provide susu yg cukup pd anak kite hingga sekurang-kurangnye umurnye 2 tahun... 

      Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

      WAJIB DI TINGGALKAN
      • Minuman Ais
      • Minuman bergas
      Bila menyusukan, jangan sesekali risau. Perlu tenang. Kalau ada risau sikit pun boleh kurangkan pengeluaran susu.  

      Yakinlah...insyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kita istiqamah dengan amalan yg tersebut di atas.... Juz bear in your mind....banyak mana pon effort kita untuk banyakkan susu badan..."REZEKI SEMUANYA DATANG DARI ALLAH SWT..."

      Post a Comment

      .M.A.M.A.D.A.N.I.S.H. said... May 21, 2010 at 10:27 AM

      slm..

      tq coz sharing..gud info ni.. blh lah saya amalkan nnt coz dulu time danish (1st time)..mmg x menyusu bdn coz xada susu..nk dpt 2 auns pun ssh..huhu.. maybe coz air..air msk ker air minum..saya krg minum..huhu..

      nieda said... May 21, 2010 at 12:18 PM

      info bagus sgt..nak save la

      'NuReeN' said... May 21, 2010 at 2:07 PM

      gud infomation.. nureen skrg pon still BF untuk anak (1thun 9bulan) harap nk stop bila dia 2 thun.. longan kering mmg nureen rebus ngan halia & minum air tu.. bagus utk buang angin skali..

      Momma Mia said... May 21, 2010 at 4:52 PM

      @.M.A.M.A.D.A.N.I.S.H. - waalaikummussalam... Insyaallah, amalkan jgn tak amal mamaDanish. Momma pun dulu lambat blajo ttg penyusuan nih. skrg pun masih belajar

      Momma Mia said... May 21, 2010 at 4:53 PM

      @nieda - save ler nieda. Sharing is caring kan...

      Momma Mia said... May 21, 2010 at 4:55 PM

      @'NuReeN' - Wow Nureen, anda ibu yg hebat!! 2 tahun tuh. cayalah... Doakan perjlnan momma dgn lil Dzakirah pun macam nuree yer.

      TQ utk tips tuh. nnti boleh cuba.

      Ummi Salsabila said... May 21, 2010 at 10:50 PM

      tq kak for sharing..tgh blaja pumping ni.tp susu xbyk lg.pam 3jam skali.hasilnya dlm 3oz for double pumping.

      Momma Mia said... May 22, 2010 at 7:06 AM

      @Ummi Salsabila - Odah, 3oz tuh dah kira byk ler.. baru hari ke-6 kan? InsyaAllah buat slalu nnti lagi byk... Baby Adam kuat nyusu ek.. good boy ler...

      kakyong said... May 25, 2010 at 7:14 PM

      Momma mia..
      perkongsian yg sgt lengkap ni...
      very gud sharing..

      Momma Mia said... May 26, 2010 at 6:41 AM

      @kakyong - Thanks Kak Yong. Ni hasil perkongsian ibu-ibu menyusu yang momma kumpulkan dari website

      Sidratul Muntaha said... August 3, 2010 at 8:58 AM

      salam momma mia
      terima kasih byk2 dgn info ni
      ayu dah kehabisan stok susu.
      zahra' bru 3 bulan.
      sedihlah,asal pressure or penat sikit.
      dgn rambut gugur..
      dgn susu tiba2 takde lansung.
      terima kasih byk2.
      hanya Allah jer yg dapat membalas jasa momma mia nih

      Aariana said... August 17, 2010 at 2:55 PM

      salam...obimin bole makan ke even dh lps pregnant?..utk supplement bf kita?...thx

      Ainul said... December 21, 2010 at 3:02 PM

      tq for sharing this..
      nak mintak ijin copy & post kt blog sy blog :)

      eiysha said... September 5, 2011 at 10:51 AM

      tq for sharing this..
      nak mintak copy & post kt blog sy bley yer :)

      syamim mizwar said... December 15, 2012 at 7:57 PM

      very good information,terima kasih byk2...untuk pengetahuan sis,saya dah copy dua kali post ni..satu saya print dan tampal dalam diari,satu kali lagi saya copy and paste letak dlm blog sya, mamamujahidah.blogspot..sorry kerana tak mintak kebenaran dulu..sorryyyy..

      ummi.milk.in said... March 7, 2016 at 5:41 PM

      salam sis..
      info yg bagus.minta izin nk share kt blog sy ye:

      ummimilkin.blogspot.my

      sy ada share a few lactatation recipi, bleh jenguk2 blog sy juga :D

      TQ

       
      Top