Kak Cery ada buat info sharing mengenai kebaikan makan multivitamin (secara general). Very good info sharing. JOM BACA! 
1 – Nutrien yang mencukupi ketika menurunkan berat badan 
Dalam  entri bhg 1, aku berulangkali menyebut istilah ‘metabolik’  (metabolisma) dan ‘kuning telur’. Kuning telur, tak dinafikan merupakan  makanan paling tinggi nutriennya, dan tak keterlaluan jika aku katakan  kuning telur merupakan ‘multivitamin’ yang di ambil oleh orang zaman  dahulu pada sebelah pagi. Namun sayangnya, kuning telur tinggi kandungan  kolestrolnya, disamping nilai kalorinya juga tinggi memandangkan ia  kaya dengan lemak. 
Kebanyakan mereka yang  mengamalkan diet untuk turun berat badan pasti akan mengelak  makanan-makanan berkalori tinggi seperti ini. Itu baru aku ambil contoh  satu jenis makanan, bagaimana pula dengan yang lain? Tubuh badan kita  sememangnya memerlukan nutrien yang mencukupi untuk terus berfungsi.  Kadar metabolisma pastinya terjejas apabila kekurangan nutrien tertentu,  sekaligus ia menjadi rendah dan akhirnya progres untuk turun berat  badan akan menjadi semakin perlahan!
Pernah dengar ungkapan ini,  “ko ni aku tengok lemah lesu, macam tak cukup makan..”. Salah satu  faktornya adalah disebabkan kekurangan micronutrient dalam diet.
2 – Faktor sibuk 
Faktor  kesibukan di zaman moden menyebabkan corak pemakanan kadang-kadang  tidak seimbang (dari segi kandungan micronutriennya), terutamanya jika  anda sering bekerja di luar dan jarang memasak di rumah. 
3 – Termusnah akibat dimasak 
Haba  merupakan faktor utama yang boleh menyebabkan satu-satu vitamin itu  terurai. Vitamin boleh bekerja pada suhu optimum iaitu suhu badan  manusia (dalam 35 darjah celcius), lebih daripada itu, ia mungkin akan  musnah. Oleh sebab itu, belum terjamin 100% vitamin-vitamin yg  terkandung dalam sesebuah makanan yang dimasak dapat digunakan oleh  badan kita. 
4 – Stress (tekanan perasaan, kerja) 
Dalam  dunia yang serba sibuk dan mencabar, tidak sah jika seseorang itu  menghidap tekanan mental. Kehilangan magnesium dan beberapa nutrien  penting adalah lumrah dek kerana tekanan perasaan, mental, dan  sebagainya. 
5 – Kualiti makanan yang semakin rendah 
Kualiti  sayur-sayuran (juga buah) yang ada kini mungkin tidak lagi setanding  kualitinya berbanding sayur-sayuran yang ditanam (secara organik)  beberapa dekad yang lalu. Sayur-sayuran zaman kini terlalu banyak  ‘dimanjakan’ dengan bahan-bahan kimia, yang mungkin memusnahkan kualiti  nutrien yang terkandung di dalamnya. 
6 – Pencemaran Alam sekitar 
Kemodenan  dan kepesatan teknologi mengakibatkan alam sekitar kian tercemar  berbanding beberapa dekad yang lalu. Saban hari, sistem ketahanan tubuh  kita kian terancam, dan micronutrient yang hanya diperolehi daripada  makanan sahaja (rujuk no.3 dan no.5) mungkin tidak mencukupi. 
7 - Tabiat makan memilih 
Terdapat  individu yang tidak suka makan sayur, dan hanya bergantung kepada  daging dan makanan laut sahaja untuk mendapatkan sumber micronutrient,  dan ini tidak mencukupi kerana kebanyakan vitamin dan mineral wujud  dalam tumbuh-tumbuhan. Terdapat pula individu yang mengamalkan diet  vegetarian (tak makan daging, ayam, telur) dan individu sebegini mungkin  tidak mendapat cukup vitamin B12, zinc dan calcium. 
 
8 – Tahap penyerapan nutrien yang rendah 
Tidak  semua individu mampu menyerap nutrien dengan baik, terutamanya golongan  yang sudah berumur. Supplemen multivitamin membantu dalam memastikan  bekalan vitamin dan mineral kepada tubuh badan sentiasa mencukupi. 
9 – Harganya yang murah 
Secara purata, sebiji pil multivitamin yang diambil sebiji setiap hari, harganya tidak sampai RM1 pun. Jika  anda boleh menghabiskan wang anda dengan sekotak rokok sehari, atau  sebungkus Keropok Moni (hari-hari tengok iklan ni di TV), mengapa harus  memberikan 1001 alasan untuk membeli multivitamin yang baik untuk  kesihatan? 
10 – Role Model kita 
Salah  satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan  hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil  multivitamin setiap hari (kalau tak salah jenama yang beliau ambil ialah  “Shaklee”).  
sumber :  
Berminat?
Call.SMS :: 019-2682709
Email: azlin.mohdatan@gmail.com
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug 
Administration. These products are not intended to diagnose, treat, 
cure, or prevent any disease.  
** Testimoni
 ini adalah pengalaman sendiri dan hasil dari setiap consumer mungkin 
berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau 
menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih 
lanjut.  
Comments
Memang hari-hari makan multivitamin. Sebab kerja sibuk, kadang-kadang lupa nak makan makanan yang berkhasiat.
first multivitamin bukan keluaran nutrilite ek..http://en.wikipedia.org/wiki/Multivitamin
sori kalau salah..