0
Cuba tanya diri anda?? 
Apa makanan tambahan yang harus saya ambil .. dan apa yang harus saya pastikan semasa memilih makanan tambahan tersebut? 
Untuk menjawab persoalan tersebut, Sila rujuk jadual di bawah ini. Ini untuk panduan anda, tidak memihak kepada mana2 brand. Makan lah dengan ilmu yer... Hanyalah panduan asas... (info ini sahih), dipetik dari buku tulisan Dr Bruce Millers..


Fungsi:
Panduan memilih
PROTIN
  • Membina dan memperbaiki sel-sel tisu  badan, hormon, dan enzim. .
  • Stres, kehamilan, pertumbuhan, dan  perawatan meningkatkan keperluan  protinberkualiti. . Rambut, kuku dan  kulit hampir merupakan protin pada  keseluruhannya. Protin berkualiti  mempertingkatkan pertumbuhan dan  kesihatannya.
  • Kita diberitahu untuk mengurangkan  lemak dalam diet kita. Banyak sumber  protin biasa kita (daging, susu, keju)  mengandungi banyak lemak. Makanan  tambahan protin boleh menggantikan  protin tanpa lemak.
  • la merupakan kunci bagi respons imun  yang betul menentang kejangkitan.

  • Kandungan lemak yang rendah, lebih  kurang satu gram dalam campuran adalah dianggap baik.
  • Ia harus mengandungi karbohidrat  bagi kegunaan aksi "simpanan  protin".
  • Kesemua asid amino perlu juga  harus hadir. Kadar eff isiensi protin  (PER) harus sekurang-kurangnya 2.5  (menunjukkan kualiti).
  • la tidak harus mengandungi bahan  awet, pewarna tiruan,pemanis, atau  perisa.
Multivitamin
  • Membantu menyeimbangkan kekimiaan badan.
  • Menampung kekurangan diet yang  kecilan.
  • Membolehkan penggunaan makanan  yang lebih baik.
  • la merupakan titik permulaan yang  baik bagi mana-mana program  pemakanan.
  • Memberikan insurans pemakanan bagi  hari-hari yang anda tidak makan  dengan betul.
  • Boleh memperbaiki keseluruhan  kesihatan dengan ketara.
  • Makanan tambahan "multi" yang  baik  harus mengandungi 12 vitamin  yang tersenarai dalam US RDA serta  tujuh mineral lain.
  • Bekalan harian yang disyorkan  harusmengandungi sekurang-kurangnya 100 peratus peruntukan  US RDA bagi vitamin vitamin.
  • Manakala kalsium, fosforus, dan  magnesium harus dalam amaun  yang  kurang daripada 1OO peratus. lni disebabkan ianya mineral yang  sangat besar dan sukar dijadikan  tablet. Sebutir tablet yang  mengandungi 100 peratus  peruntukan US RDA bagi mineral- mineral tersebut telah dimampat  ketat hingga tidak mudah larut.
  • Salah satu cara menyingkirkan  terlampau banyak "multi" ialah  dengan memeriksa kandungan  biotin  dan asid foliknya. Kesemua  ini adalah vitamin yang mahal dan  sering ditinggalkan dalamta blet  yang lebih murah. Jadi, pilihan  anda  harus menawarkan100  peratus  dari peruntukan US RDA  bagi vitamin-vitamin ini.
VITAMIN C
  • Meningkatkan respons imun.
  • Stres meningkatkan keperluan vitamin C.
  • Perokok dan mereka di sekelilingnya memerlukan lebih vitamin C.
  • Membantu penyerapan besi.
  • Membina kolagen, sejenis "glu" yang melekatkan sel-sel, penting bagi mencegah penyakit gusi. . .
  • Membantu memulihkan luka.
  • Memerangi kimia toksik (nitrat dan nitrit).
  • Makanan tambahan vitamin C yang  baik harus bersif at pelepasan masa  berdasarkan sumber-sumber asli  seperti gam dan lilin tumbuhan  untuk membolehkan pelepasan  sepanjang hari.
  • la harus mengandungi kompleks  bioflavonoid.
  • Kanak-kanak mungkin lebih sukakan  vitamin C dalam bentuk boleh  kunyah.
ALFALFA
  • Mengandungi 7 enzim pencernaan dalam kuantiti secukup untuk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan.
  • Mengandungi klorofil, sejenis agen deodoran dan pencegah toksik asli.
  • Salah satu jenis tumbuhan paling lengkap, dan kaya pemakanannya yang terdapatdalam alam semula jadi.
  • la mengandungi 16 vltamin, 17 mineral, gentian, dan amat kaya dalam protin.
  • Secara tradisi diambil bagi mengatasi sakit sendi dan alergi.
  • la mengandungi lebihan mineral surih berbanding mana-mana tumbuhan yang diketahui manusia. Kesemuanya penting bagi fungsi sel.
  • Keluaran ini harus disediakan hanya  dari daun-daun tumbuhan untuk  menjamin potensi maksimum.  Banyak pengeluar menghasilkan  alfalfa yang diperbuat daripada  akar  dan batang selain daunnya; ini  akan menyusutkan kualitinya.
  • Daunnya harus diproses secara asli  di bawah cahaya mata hari dan  bukannya menerusi mesin haba  tinggi dan tiupan kencang.
  • Cuba carikan jenis yang tidak  ditanam dengan penggunaan racun  serangga dan racun rumpai
VITAMIN E
  • Mungkin melengahkan penuaan sel.
  • Melindungi vitamin A dan C dari dimusnahkan.
  • Antioksidan yang potensi, melindungi membran sel dari dimusnahkan. .
  • Membantu sel-sel memperolehi lebih oksigen.
  • Penyelidikan menunjukkan vitamin E mengurangkan keperluan oksigen bagi jantung dengan menjadikan jantung sebagai pam yang lebih effisien.
  • Merangsang beberapa bahagian sistem imun menjadikan badan kita menentangi kejangkitan dengan lebih effisien. .
  • Melindung menentangi beberapa pencemar dalam persekitaran kita.
  • Penyelidikan menunjukkan  peranannya dalam mencegah kanser.
  • Keluaran vitamin E yang baik harus  mengandungi d-alfa-tokoferoly ang  merupakan bentuk vitamin E yang  paling asli dan paling aktif .
  • la harus mengandungi ahli-ahli  laindalam keluarga topoferol bagi  membolehkan penggunaan  maksimum.
  • Vitamin E akan menjadi lebih  berkesan jika ia juga mengandungi  mineral selenium. Salah satu  sumber  selenium yang unggul ialah  yis.
B.KOMPLEKS
  • Membantu memerangi kelesuan. .
  • Penting bagi kesihatan mental, membantu mencegah depresi. .
  • Memberikan anda lebih tenaga dengan membantu pelepasannya dari makanan. .
  • Gula, alkohol dan pil perancang keluarga meningkatkan keperluan vitamin B. .
  • Perlu bagi saraf sihat. 
  • Amaun tambahan sering perlu dalam keadaan stres.
  • Dalam memilih B kompleks, carikan  suatu yang bersumberkan kekayaan  yis.
  • Jenis yang terbaik mengandungi dua  sumber, biasanya yis bir dan yis  primer seperti torula.
  • la harus mengandungi kesemua 8  vitamin B yang diiktiraf.
  • Pastikan ia mengandungi sekurang- kurangnya '100 peratus peruntukan  US RDA bagi biotin dan asid folik.  Tidak banyak syarikat yang  berusaha  menghasilkan formula  yang selengkap ini. Tambahan pula,  tabletnya tidak harus disalut.
LESITIN
  • Penting dalam diet mengurangkan berat badan kerana ia membantu mengangkut dan megeluarkan lemak . dari sel-sel.
  • Menglsi dan melembutkan kulit yang bertambah tua.
  • Membekalkan asid-asid lemak perlu. la merupakan sumber baik bagi kolin dan inositol yang membantu pemancaran sara.
  • Boleh menurunkan kolesterol.
  • Memberi sinaran dan kilat pada rambut pudar.
  • Terdapat beberapa sumber lesitin,  dua antaranya ialah kuning telur  dan  hati,namun sumber yang paling  kaya, paling potensi, dan paling  berkesan adalah darikacang soya.  carikan sumber ini bila memilihkan  makanan tambahan lesitin.
  • Kapsul adalah lebih baik daripada  granul disebabkan lesitin akan  terjejas bila terdedah di udara.
KALSIUM / MAGNESIUM
  • Membina tulang dan gigi yang kuat.
  • Perlu bagi pembekuan darah yang betul.
  • Wanita hamil dan menyusu memerlukan amaun berlebihan.
  • Meningkatkan kualiti pemancaran saraf.
  • Mungkin berperanan dalam tidur dan membantu kerehatan otot. .
  • Berperanan besar dalam mencegah dan merawat osteoporosis. Kanak-kanak dan belasan tahun memerlukan amaun berlebihan bagi rnembolehkan pertumbuhan. .
  • Merawat hiperaktiviti, kegugupan, iritabiliti, ketidakupayaan menumpu perhatian, kejang kaki dan kelesuan otot.
  • carikan kalsium karbonat (batu  kapur) dan magnesium oksida  sebagai sumber mineral-mineral  ini.  Kedua-duanya digunakan  sepenuhnya.
  • la harus mengandungi sedikit  fosforus yang beraksi bersama  kalsium dan magnesium dalam  fungsi-f ungsi badan.
BESI
  • Membina sel-sel darah sihat.
  • Perlu bagi pengangkutan oksigen dalam badan.
  • Ramai wanita, dianggarkan g0 peratus antara umur 12 dan 44, mengalami besi yang rendah.
  • Perlu bagi tenaga otot dan tenaga daya.
  • Membantu mencegah anemia.
  • Penting bagi sistem imun anda.
  • la merupakan mineral nombor satu  yang kemungkin anda paling  kekurangan. ' Vegetarian,  pelangsing badan, dan ahli  olahraga,  wanita kurus mengalami  besi yang rendah secara kronik, lalu  tenaga mereka - juga rendah.  Biarpun anda cuma mengalami b'esi  yang sedikit rendah, anda masih  merasa lesu.
  • Besi ferik hampir mustahil  diserapkan. Bentuk ferik merupakan  sumber terbaik. Vitamin C boleh  meningkatkan penyerapan besi  sebanyak 400 peratus. Bentuk besi  ferik yang baik ialah ferus f  umerat.  Lebih kurang 60 mg vitamin C adalah mencukupi bagi mendorong penyerapan.
ZINK
  • Perlu bagi memulihkan luka.
  • Komponen penting bagi insulin. Alkohol mengalirkan kandungan zink keluar dari sistem badan dengan pantas.
  • Amat penting dalam sistem imun.
  • Memelihara deria hidu dan rasa. Program senaman berat mengalirkan zink melalui peluh.
  • Para penyelidik sedang menghalusi peranan zink dalam mengurangkan bengkak artritis, masalah prostat, serta beberapa keadaan kuiit seperti akne dan dermatitis.
  • Memainkan peranan dalam respons stres.
  • Sejenis makanan tambahan zink  yang unggul, yang diiktiraf oleh  masyarakat sains sebagai suatu  yang  badan anda dapat menyerap  dengan baik, ialah zink  glukonat.Carikan bentuk ini bila  anda membeli makanan tambahan  zink.
GENTIAN/ FIBER
  • Mengurangkan sembelit dan masalah-masalah yang tercetus seperti buasir,
  • penyakit divertikular, dan hernia hiatus. . Boleh membantu mencegah kanser kolon.
  • Boleh mengurangkan paras kolesterol. Amat sesuai bagi pelangsing badan. Terisi dalam perut lebih lama (terasa perut
  • terisi) dan membantu mengawal gula darah (kurang kelaparan). - - Menanggalkan toksin dari badan dengan menyegerakan masa laluan najis. - Mendorong bakteria sihat di dalam usus besar. Orang Amerika purata hanya mengambil 10 -12 gram gentian sehari
  • Carikan keluaran yang mengandungi gentian dari pelbagai sumber. la harus
  • mengandungi kedua-dua gentian larut dan tanpa larut. la harus tidak mengandungi
  • pewarna, perisa, pengawet, atau pemanis tiruan. Keluaran yang baik harus
  • mengandungi gentian yang kaya dan kalorinya rendah. Nisbah 3 gm gentian bagi
  • setiap 20 kalori adalah unggul. Banyak keluaran gentian mengandungi terlampau
  • banyak kalori bagi kandungan gentian.
JULAP / LAKSATIF HERBA

  • Jika anda memerlukan laksatif atau pencuci kolon berkala, gunakan suatu yang disediakan daripada herba dan bukannya bahan kimia atau minyak yang kasar danmerengsakan.
  • Jenis terbaik ialah diperbuat daripada herba keringan asli. Herba hijauatau herba yang diproses segera boleh mencetuskan iritasi. Carikan keluaran yang menggunakan serbuk daun senna. Senna mendorong pergerakan otot secara semula jadi dalam kolon dan bukannya melalui reaksi kimia yang kasar. pergerakan semulajadi ini mencuci dan menanggalkan toksin dalam kolon dengan lembut.
EPA/OMEGA
  • Boleh - menurunkan trigliserida.
  • Boleh meningkatkan kolesterol HDL yang baik dalam darah.
  • Boleh membantu mencegah pembekuan darah dalam jantung.
  • Telah membantu sakit kepala bersifat migrain.
  • Carikan keluaran yang berlabelkan, tanpa rasa susu". lni merupakan minyak ikan dan kebanyakannya memberi rasa susu dan gas yang kurang sedap. Sesetengah makanan tambahan baru ini telah mengatasi masalah ini. carikan suatu yang tanpa kolesterol. Adalah mustahak jika labelnya menyatakan bahawa ianya telah disahkan berkesan menerusi ujian klinikal.


Semoga perkongsian ini berguna dan dpt dimanfaatkan buat semua dalam memilih makanan tambahan.... apa jua jenama yg anda pilih pastikan anda yakin dan tahu apa yang anda pilih.... Perlu ambil semua di atas?...Sejujurnya...paling minimum.untuk memulakan program makanan tambahan.. yang anda perlukan ialah protin dan multivitamin... tetapi lebih efisien jika ia meliputi vitamin C, alfalfa dan fiber.. yang lain2 di ambil mengikut keperluan dan status kesihatan anda..


Makanan tambahan pilihan saya seisi keluarga

CREDIT 

Berminat? 
Call.SMS :: 019-2682709
Email: azlin.mohdatan@gmail.com

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.  

** Testimoni ini adalah pengalaman sendiri dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut. 

Post a Comment

 
Top