Tajuk jer dah mencerita ceritikan segalanya... Kejadian berlaku kelmarin. Betapa lalainya momma. Hajat hati nak sambung sessi mengepam dirumah terganggu. Sampai jer di rumah, semasa nak menyimpan hasil EBM terperasan ngapa lak beg menyusu momma ni nampak macam lengang jer, biasa penuh dan padat bag menyusu nih... pk punyer pk baru terperasan yang corong mengepam tertinggal di opis. Geram tak sudah sebab macam mana momma boleh lalai dan tinggalkan BESTPREN momma tuh kat opis.... aaaarghhhhhh.... Menyusukan lil Dzakirah direct feeding tanpa pam kat sebelah lagi terasa memang rugi sangat. Tapi... nak dijadikan cerita lil Dzakirah dah minum masa momma balik ke rumah... so momma memang kena buat double pumping, tapi macam mana sebab corong pump takde. So dengan rela hati terpaksa la momma pump guna tangan atau dengan bahasa lain nya buat Teknik Marmet... bukan mermaid yer kawan-kawan. Actually teknik ni one of the pilihan dalam memerah susu ibu juga. Teknik marmet ini or...