Tajuk jer dah mencerita ceritikan segalanya... Kejadian berlaku kelmarin. Betapa lalainya momma. Hajat hati nak sambung sessi mengepam dirumah terganggu. Sampai jer di rumah, semasa nak menyimpan hasil EBM terperasan ngapa lak beg menyusu momma ni nampak macam lengang jer, biasa penuh dan padat bag menyusu nih... pk punyer pk baru terperasan yang corong mengepam tertinggal di opis. Geram tak sudah sebab macam mana momma boleh lalai dan tinggalkan BESTPREN momma tuh kat opis.... aaaarghhhhhh....
Menyusukan lil Dzakirah direct feeding tanpa pam kat sebelah lagi terasa memang rugi sangat. Tapi... nak dijadikan cerita lil Dzakirah dah minum masa momma balik ke rumah... so momma memang kena buat double pumping, tapi macam mana sebab corong pump takde. So dengan rela hati terpaksa la momma pump guna tangan atau dengan bahasa lain nya buat Teknik Marmet... bukan mermaid yer kawan-kawan. Actually teknik ni one of the pilihan dalam memerah susu ibu juga.
Teknik marmet ini orang kata lebih senang, mudah dan murah (free lagi ) untuk dipraktikkan. Permulaan tu memang agak kekok tapi lama-kelamaan bila dah biasa, anda akan sendiri tahu dimana dan bahagian mana yang perlu anda mulakan dan mulakanlah buat ‘bisnes’. Senang cerita, Teknik Marmet ni memerlukan latihan dan kesabaran yang tinggi dalam melaksanakannya. Bayangkan momma amik masa dalam 15 minit untuk setiap breast... so total 30 minit. Lenguh gak kepala ni menunduk. Tapi alhamdulillah hasilnya... tadaa
5oz... ok la kan untuk beginner Teknik Marmet cam momma ni
Ni pandangan dari depan botol.
Suka sangat dengan botol jingle jungle nih. Beli kat SaraKids. Tapi skarang ni ada offer kat fabulousmom untuk botol nih. Harga sangat berpatutan dan berbaloi-baloi compare dengan Momslittle
Ni hasil pagi semalam before momma gie kerja - 4oz
*
*
*
*
Memang salute to those yang meyusukan anak mereka dengan menggunakan Teknik Marmet nih fulltime. InsyaAllah nanti momma share info tentang Teknik Marmet ni.
Comments
wah kagumnye..pakai tangan je.saya pernah tertinggal kepala dia kat rumah..ada corong jek..;p pakai tangan tapi plg byk dpt 2.5 oz..tu pun jenuh sakit leher ngan tangan kekok..tp tak betul2 abis..hehe..sbb da give up
kak, storage bottle brand bumblebee pun not bad pricenya. Sy guna brand nih. =)