Selepas ke Aquaria, kami jalan jalan ke Taman KLCC. Alhamdulillah cuaca tak panas... suam-suam kuku jer. Redup tapi tak nampak tanda-tanda nak hujan. Pot mesti tuju for Damai KLCC Playground. Taman air tuh lain kali yer sayang sebab kita dah mandi kat pool hotel.
Seronok giler Damia main buaian nih... biasa jumpa buaian yang open jer. Kat sini ibu-ibu bapak-bapak tak dibenarkan main buaian skali yer sebab ada mata-mata akan tiup wisel suh anda bangun. Hehe...momma la yang terkena tuh... maner tauuu...
Next main gelongsur pulak. Semua Damia yang pilih sendiri and we ouls just perhatikan jer. Berani jer dak Damia nih...
Ni pulak bas berspring... Paling suka aksi Damia di sini. Happy nyer dia. Siap buat aksi bawak bas dengan gaya dia. Geram jer momma tengok. rasa nak gheget-gheget jer...
Masa kat sini, tak pulak dia mintak dukung... pandai jalan sendiri. Siap jalan-jalan and say Hai to Mr. Zebra lagi... hihi klakor jer waktu tuh. Sayang seronok yer??? InsyaAllah lain kali kita datang lagi yer...
Comments
dhiya suka datang sini..bila dia bangun tido tngok papa x keje, trus cakap jom klcc..tiap2 kali ujung minggu itulah soalan dia kat papa dia