Skip to main content

Stok EBM sikit atau banyak, perlu ker?? Sebab Musabab mommaMia ada anak susuan

Bismillahirrahmanirahim...

Stok EBM sikit atau banyak ?? Perlu ker buat stok banyak-banyak?? Setiap org ada pendapat yang berbeza mengenai isu buat stok EBM (expressed breast milk) ni. Ada yang rasa tak payah buat stok banyak2... ada pulak yang sampai beratus2 EBM.. apa2 pun pendapat tak de yang salah dalam isu ni. Yg penting anak kita dapat susu yg terbaik dari kita & kita boleh survive menyusu anak kita sampai 2 tahun tanpa susu formula.

Cuma agak tertarik nak bercerita pasal isu sikit ke banyak EBM ni sbb ada seorng kwn tertanya2 kenapa momma bersungguh2 sangat sampai beli deep freezer semata2 nak simpan susu. Sbb ada seorng lg kawan, tak de stok yg banyak pun tahap “kais pagi makan pagi, kais petang mkn ptg”, susu pam hari ni utk esok... Tapi still berjaya exclusive 6 month dan continue sampai sekarang.

Pada momma, jawapannya mudah.... kita kena sediakan payung sebelum hujan. Kita tak tau apa yang mungkin terjadi akan datang. So sementara ada daya dan susu yang banyak tak salah utk pulun buat EBM. Semuanya utk masa depan.

Ada lagi satu sbb momma rasa perlu utk buat EBM yang banyak, supaya kita bole tolong org lain lestarikan impian penyusuannya, iaitu dgn cara menjadi ibu susuan.... Ini momma just reliase after kenal mummy Adam...

Jom cari ibu susuan sebagai alternatif utk sempurnakan penyusuan anak2 kita selama 2 tahun! Alhamdulillah... mommaMia bersalin 2x tapi dah ada 3 orang anak yer... 2 Perempuan & 1 lelaki...  Biler masa plak mommaMia ada anak lelaki nih... hheheh jangan tak tau... Dialah ANAK SUSUAN MOMMAMIA


HENCEM tak???
Inilah Adam 

Bangga dgn mummy Adam ni sebab sangat bersungguh-sungguh utk memberi yang terbaik utk anaknya. Bukan senang org nak decide utk cari ibu susuan. Terharu sangat masa dapat sms dari mummy Adam request for my ebm (stok susu ibu). Sebelum ini ada 2-3 ibu juga yang pernah request tapi tak tahu kenapa bila time Mummy Adam, terbuka pintu hati untuk menerima... Mungkin sebab Mummy Adam hanya meminta stok untuk 1 minggu. Walaupun stok dikala itu tidak ler sebanyak dulu, tapi momma yakin stok susu untuk lil genius Dzakirah InsyaALLAH cukup.. kan ALLAH dah janji.

“... tidak akan rugi org yg memberi”

Tahniah ramai yang masih berusaha untuk breastfeed... tapi bila susu sendiri tak cukup.. masih belum ramai yg “berani” utk cari “ibu susuan”... sebaliknya mencari FM kan?


Cabaran penyusuan Mummy Adam sangat mencabar, sebagai seorang ibu bekerjaya serta student part time program jarak jauh (BBA marketing)... faham-faham ler betapa letih, penat dan downnya Mummy Adam bila Adam tiba-tiba keliru puting. 

Ditambah dengan pengasuh bagi anak susu lebih dan nak kasi anak makan! susu dipanas kan dengan suhu yg tunggi dan kdg2 dibiarkan terlalu lama. Sedih sungguh bila mengenangkan masalah supply kurang sedangkan demand yg tinggi. Stock sikit. hhuuhuhuh rasanya kalo tiada ketabahan yang jitu mahu berputus asa but Mummy Adam is a strong gal \o/ sangat salute dengan beliau nih... Walau dugaan maha hebat tetapi beliau tidak pernah berputus asa !!! Proub of you sis >_-

  Dzakirah dengan Adam...
Mereka sebaya
Dzakirah tua 5 bulan

 Damia dengan adik Adam...

Momma dgn Adam
Semoga Adam membesar dengan sihat & sayang dengan momma & kakak2 Adam yer...

Entry ni sekadar berkongsi tentang kegigihan mummy Adam yang tidak pernah mengenal erti putus asa & mengabadikan anak susuan momma dalam blog momma ni... Harap tiada yang salah sangka.



Comments

Nor said…
salam alin. tahniah dpt 'anak baru' hihi... syabas juga kpd mama adam, encem la adam ni!
alinalan said…
@ NOR - Wsalam Nor.. alhamdulillah... dapat gak baby boy walaupun tak melahirkan.. heheh

Semoga kak Nor sihat & berbahagia selalu