Bismillahirrahmanirahim... 
Hari ini bersamaan 1 Rejab... Alhamdulillah masih diberikan kesempatan utk menikmati bulan yang penuh keberkatan... Bulan Rejab ni bulan menyucikan  diri.. 
bulan taubat. Mari kita sama2 perbanyakkan amal soleh seperti  istigfar 
dan puasa sunat... Rasulullah SAW bersabda:  
“Kembalilah kepada tuhan kamu dengan keampunan daripada dosa-dosa kamu dan hindarilah perbuatan maksiat dalam bulan mulia, iaitu Rejab.”
Beberapa amalan yang baik dilakukan dalam bulan Rejab ialah:
- Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
 - Meneguhkan jiwa dan keimanan dengan memperbanyak bacaan al-Quran.
 - Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir
 - Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat, puasa dan bersedekah
 - Mohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
 - Menginsafkan diri dengan membaca atau mendengar peristiwa Israk dan Mikraj, kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.
 
AMALAN SEPANJANG REJAB
1. Bersolat
- Solat-solat sunat mengiringi solat fardhu.
 - Solat sunat Israk, solat sunat Dhuha dan solat sunat Tasbih.
 
2. Bertaubat
Bertaubat
  dan berdoa mohon keampunan agar diterima amalan ibadat,  minta selamat
  dunia dan akhirat, minta dilimpahi rahmat, minta  dilepaskan daripada 
 azab-Nya di akhirat dan mohon dimasukkan ke syurga. Dalam Syahrullah  
(Bulan Allah), diampunkan dosa-dosa orang yang  meminta ampun dan  
bertaubat kepada Allah. Sekiranya ditambah dengan  berpuasa Rejab wajib 
 baginya;
- diampunkan dosanya yang lalu.
 - dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
 - terlepas dari dahaga di hari kiamat.
 
3. Berzikir; 100 kali selepas solat Subuh dan Asar.
(a)   لآ اِلَهَ  اِلاَّ  الله ُ  (Tiada Tuhan Melainkan Allah),
(b)  الله ُ اَكْبَرُ (Allah Maha Besar)
(c)  Baca setiap hari 10 kali: 
لآ
  اِلَهَ اِلاَّ الله ُ قَبْلَ كُلِّ اَحَدٍ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ   
بَعْدَ كُلِّ اَحَدٍ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ يَبْقَى رَبُّنَا وَيَفْنَى 
  كُلُّ اَحَدٍ.
Tiada Tuhan melainkan Allah sebelum tiap-tiap
  sesuatu, Tiada  Tuhan melainkan Allah  sesudah tiap-tiap sesuatu, 
Tiada  Tuhan melainkan  Allah kekal Tuhan kita dan fananya tiap-tiap 
sesuatu.
4. Bertasbih: Setiap satu, 100 kali
(a)                                      سُبْحَانَ اللهِ رَبِّيَ اْلاَ عْلَى. 
Maha suci Tuhan yang Maha Tinggi.
(b)                       سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ،  سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ.
  Maha Suci Allah dan dengan segala pujianNya, Maha Suci Allah yang Maha Agong.
(c)
  سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ  
اَكْبَرُ،  وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ  
الْعَظِيْمِ.
               Maha 
Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah,  tiada  tuhan melainkan 
Allah, Allah Maha Agong, tiada suatu daya dan  upaya  melainkan dengan  
Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.
(d)  1 – 10 REJAB  -100 kali.
سُبْحَانَ اللهِ الْحَيُّ الْقـَيُّوْمِ.
Maha Suci Allah Yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus.
       (e)  11 – 20 REJAB  -100 kali.
سُبْحَانَ اللهِ اْلأَحَدِ الصَّمَدِ.
Maha Suci Allah Yang Maha Esa lagi Maha Diperlukan..
       (f)  21 – 30 REJAB  -100 kali.
سُبْحَانَ اللهِ الرَّؤُفِ.
Maha Suci Allah Yang Maha Memaafkan.
       (g)  1 – 30 Rejab, dibaca 80 kali selepas Subuh & Asar:
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ وَارْحَمْنِى وَتُبْ عَلَـيَّهِ.
Ya Allah! Ampunilah daku dan rahmatilah daku serta daku bertaubat kepada-Nya.
وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ وَحَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَىْ وَنِعْمَ النَّصِيْرُ. اَلله ُ الْكَافِى اَلله ُ الْشَّافِى اَلله ُ الْمُعَافِى.
Dan
  tiada daya dan upaya bagiku  melainkan dengan Allah yang Maha Mulia  
lagi Maha Agung. Dan cukuplah  Allah tempatku berlindung, sebaik-baik  
pemerintah dan tempatku meminta  pertolongan. Allah yang Maha  
Mencukupkan, Allah yang Maha Menyembuhkan,  Allah yang Maha  
Menyihatkan!.
5. Selawat: 10  atau 100 kali.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيَّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ سَيَّدِنَا مُحَمَّد.
Ya Allah, sejahterakanlah Nabi Muhamad saw dan ahli keluarganya.
6. Istighfar 70 atau 100 kali pagi dan petang.
أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ.
      Daku mohon ampun kepada Allah Yang Maha Agong dan daku bertaubat kepadaNya.
7. Istighfar kepada ibu bapa, seberapa banyak yang boleh;
رَبِّ اغْفِرْلِىْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا.
Ya Tuhanku! Ampunilah daku dan dua ibu bapaku dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku sewaktu kecil.
8.  Membaca surah Al-Ikhlas sekurang-kurangnya  11 kali setiap hari.
9.  Membaca Al-Quran.
Istigfar
  : Rasulullah saw menganjurkan umatnya agar memperbanyakkan istighfar. 
  Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 
  kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka. 
Dan   banyakkanlah beristighfar pada Rejab kerana pada setiap saat 
dalamnya   Allah menyelamatkan seorang daripada api neraka.
1.  Antara istighfar sepanjang Rejab yang diamalkan baginda ialah Penghulu Istighfar:
      a. Sayyidul Istighfar.
اَللَّهُمَّ اَنْتَ رَبِّىْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اَنْتَ خَلَقْتَنِىْ وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّمَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُلَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ وَأَبُوْءُ بِذَنْبِىْ فَاغْفِرْلِىْ، فَإِِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ اَنْتَ.
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan  
Dikau; Dikau  yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya
  mampuku, daku  berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. 
 Daku memohon  perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah  
dilakukan; daku  mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku
  dan daku  mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada 
 yang  mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
2.  Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:
أَسْتَغْفِرُ الله ُ الَّذِىْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ وَأَ تُوبُ إِلَيْهِ.
Daku
  mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan  melainkan  
Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat  kepada-Nya.
______________
______________
Moga apa yg dikongsikan bermanafaat buat diri saya dan teman-teman semua yg membacanya.. Terima kasih buat emak shaklee yang sentiasa mengingati..
Comments