Bismillahirrahmanirahim
Pada Kebiasaan, makanan lebih senonim utk menggemukkan lagi seseorang. Kebanyakan orang akan berusaha mengamalkan diet untuk mengelakkan daripada berat badan mereka naik... Tetapi ada juga makanan yang lebih baik untuk menguruskan berat badan...
Dalam artikel di bawah akan memberikan tips mengenail makanan yang dapat membantu anda untuk menguruskan badan... Dengan cara itu, semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan dengan lebih mudah, InsyaAllah.
(1) Epal
Ia adalah merupakan sumber serat makanan yang baik. Serat makanan bukan sahaja membantu melancarkan sistem penghadaman anda, tetapi ia juga turut membantu untuk mengurangkan kolestrol didalam badan. Selain daripada itu, epal juga tidak menghasilkan sebarang kalori yang mungkin akan mengganggu proses anda untuk menguruskan badan.
Hasil daripada kajian juga menunjukkan bahawa seseorang yang memakan sebiji epal sehari adalah lebih baik berbanding orang yang memakan makanan diet mereka seperti roti, biskut dan sebagainya.
(2) Ikan salmon
Sekiranya anda berasa was-was mengenai ikan, anda seharusnya tidak perlu takut terutamanya terhadap ikan salmon. Ini adalah kerana makanan laut merupakan diet yang dapat membantu anda untuk menguruskan badan. Walaupun didalam ikan mengandungi lemak, tetapi hasil daripada kajian menunjukkan bahawa lemak tersebut dapat membantu anda untuk berasa kenyang dengan lebih lama.
Selain daripada itu, kajian juga menunjukkan bahawa seseorang yang memakan makanan laut beberapa kali dalam seminggu dapat menurunkan berat badan sebanyak 2 pound berbanding orang yang langsung tidak memakannya.
(3) Telur
Ia adalah sumber protein yang baik untuk seseorang. Walaupun ia mempunyai reputasi yang buruk terhadap beberapa perkara, tetapi tiada keraguan ia dapat membantu untuk menguruskan badan anda.
Hasil kajian menunjukkan bahawa dengan memulakan sarapan telur pada waktu pagi, ia dapat membantu untuk melawan peningkatan berat anda sepanjang hari. Ini kerana kandungan protein didalamnya akan membuatkan anda berasa sentiasa kenyang.
(4) Tomato
Sebenarnya pelbagai sayuran lain elok untuk anda amalkan untuk membantu menguruskan badan. Tomato diambil sebagai contoh kerana ia merupakan sayuran yang mudah untuk dimakan dimana sahaja dan ia juga sayuran yang enak.
Selain daripada itu, ia juga elok untuk penjagaan kulit anda.
(5) Badam (almond)
Sekiranya anda seorang yang gemar memakan makanan ringan untuk tujuan menguruskan badan, badam adalah pilihan yang terbaik. Segenggam badam dapat membantu untuk anda berasa kenyang sepanjang hari.
Hasil daripada kajian menunjukkan wanita yang memakan badam sekurang-kurangnyanya 2 kali seminggu dapat mengekalkan berat badan mereka berbanding daripada wanita yang tidak memakannya.
Comments