Skip to main content

Mengapa dan kenapa saya Berblogging??!! ~ Jawapan saya

Bismillahirrahmanirahim... 

Salam semua... Seperti dijanjikan hari ini nak kongsi asbab mengapa & kenapa saya berblogging dulu, kini & akan datang. SubhanaAllah tak siapa sangka kan dah nak masuk 5 tahun berblogging. Terima kasih kepada blogspot sebab masih mengekalkan blog ini...


Permulaan berblogging dalam tahun 2009/2010 lebih kepada utk
  • Bercerita ttg perjalanan kehidupan & perkembangan anak pertama Damia sejak lahir sehingga la skrang. Since Abah Damia bekerja nun jauh di Penang & hanya bersama kami sekeluarga during weekend, segala coretan adalah ditujukan untuk suami tercinta supaya abah Damia tak terlepas mengikuti perkembangan Damia. Skarang Damia dah jadi kakak kepada adik Dzakirah. Benda yg sama akan dibuat untuk adik Dzakirah dan Darwisyah.
  • Selain itu, blog byk entry contest/giveaway.. untuk mencuba nasib anak-anak yg comel tuh di samping utk menambah kenalan baru.
  • Perjalanan sebagai ibu berkerjaya juga dicoretkan dlm blog nih especially perjalanan suka duka menyusukan Damia. Segala pengalaman pahit manis dicatatkan agar menjadi lesson learnt untuk anak-anak yg akan datang. Selain itu diharap sedikit sebyk dapat berkongsi & memotivasikan ibu2 baru agar menjadi baik & lebih baik sebagai seorang ibu kpd anak-anak mereka.
Keseronokan berblogging semakin terasa apabila ikatan antara blogger walau sekadar di alam maya lagi malah lebih dekat sehinggakan kami sanggup untuk bertemu dan get2gether... Siapa ingat gathering2 ni??

Kemudian dalam tahun 2011/2012, fokus blogging lebih kepada
  • Sejak anak dah 2 ilmu parenting dalam membesarkan anak2 harus sentiasa digali dan dicuba pakai... Semua yang @lin suka dan cuba @lin kumpulkan dalam ruangan Parenting. Semoga semua ibu2 dapat manfaat bersama.
  • Mula bernuffnang & beraffiliate. Sambil sharing sambil jana pendapatan. Walau sikit banyak orang kata merasa juga ler cek Nuffnang & affiliate tuh. Alhamdulillah.. tapi tak ler fokus sangat kira ada, ada ler..
  • Selain itu berkongsi tentang bisness part time yang @lin buat iaitu ber"Shaklee". Berkongsi tentang kebaikan produk dan juga tentang peluang bisness yang ditawarkan Shaklee serta benefit2 yang boleh dicapai dengan bershaklee. Dari suka-suka berpart time lelama nampak jalan untuk capai "Dream Job" dengan bershaklee ni - WAHM sambil dapat bantu ibu-ibu yang lain jana pendapatan tambahan.
Tahun 2013 mood berblogging orang blogger slalu kata "ke laut" hahaha... banyak sebab antaranya mungkin sebab 
  • pembawakan hamil anak ke-3, lain anak lain pembawakannya :) hihi sebab dulu masa berpantang Damia & Dzakirah rasanya ada masa nak pegang laptop tp anak ke-3 ni huhu memang tak bagi peluang langsung. Dah masuk 4 bulan ni rasa baru leh bernafas... so update mostly hanya melalui Facebook & instagram jer sebelum2 ni. Orang kata yg maner dan jer.
  • Tahun 2013 adalah tahun yang paling mencabar diri. Sebab tahun 2013 selepas balik Umrah/Dubai Shaklee Allah tetapkan hati untuk hantar surat resign pada 31 May 2013. Pada masa yang sama Allah uji dengan dimurahkan rezeki untuk menerima mandat & kepercayaan tugas baru. Dilema woo... siapa yang tak sayang kan kerjaya sbb @lin membesar di situ... 1st job tuh, praktikal disitu, huhaa zaman gedik anak dara disitu, berkahwin disitu & dah nk masuk anak ke-3 disitu. Tapi kalau asyik fikirkan oarang lain siapa yang nak fikirkan tentang dkita kan?? Terpaksa memilih antara kerjaya & anak2... hmmm Alhamdulillah Allah mudahkan. Syukur sangat Allah lorongkan hati untuk berpart time dengan Shaklee 3 tahun dulu. So kira 31 May 2013 hantar surat dan notice 3 bulan. Perasaan lepas hantar surat memang lega, ringan dan bahagia tapi tanggungjawab masih lagi perlu dibereskan so fokus untuk selesaikan kerja sehabis baik sebelum say bye bye.
  • Bulan July 2013 alhamdulillah Allah mudahkan untuk naik rank Master Coordinator in Shaklee. So dalam kesempitan ada kesempatan. Bulan Aug 3.8.13 selamat bersalinkan anak ke-3 lil Darwisyah dan pada 31.8.2013 selamat merdeka kan diri dari kerja hakiki yang banyak membentuk siapa diri @lin ini hari ini. So kira dapat berpantang dengan tenang dan bahagia laa... SubhanaAllah, syukur sangat Allah mudahkan setiap yang telah dirancangkan. 
  • Sep-Dec 2013 fokus lebih banyak memberi dan berkongsi dengan anak cucu cicit piut keluarga Success SUPERmommies dan keluarga besar Jutawan di bawah PM Cery MamaFaiz. Seronok bila tengok anak cucu cicit piut merasa apa yang telah kita rasa.
Begitu la ceritanya... penuh dengan suka duka, Tuhan sahaja yang tahu apa yang telah @lin lalui. Apa2 pun yang kita buat, tengok niat kita. Rasanya bila kita dah niat untuk lebih MEMBERI TANPA BERKIRA... lebih banyak yang Allah ganti dan berikan. Erti hidup pada memberi "The more you give, the more you get back." Asasnya memberi dan berkongsi, tak kisah la apa jua yang anda nak fokus. Jika masih belum menerima muhasabah diri tanya "Adakah kita sudah cukup memberi untuk melayakkan kita menerima?" Jangan lupa have faith in Allah.

Justeru jika anda seorang yg suka berkongsi dan memberi, mari la kita berblogging sambil berbisness. Pilih apa yang anda suka dan happy untuk berkongsi tak mestinya MLM bershaklee jer. In shaa Allah tahun 2014 mood comeback berblogging dengan perkongsian yang lebih fresh dan pengalaman yang baru bakal dikongsikan.

P/s : sesiapa yg ada geng yg boleh buat new header blog kami sila komen ek.. Dulu header tu hasil tangan sahabat blogger tegar kita
Wan Hairulshifah Wan Zahari.

Comments

nad said…
Alhamdulillah...
She's DHHassan said…
Tak pe tahun depan aktif balik okay...
Liyana said…
sy pun baru berjinak2 dgn shaklee. smg Allah permudahkan niat nak wahm jgk :)

utk make over blog boleh contact kawan sy
http://queen-of-colors.blogspot.com/

ekin - 0177656925

bestnye kak dh jadi master :)