8
Hyperstimulation dan power pumping sebenarnya adalah satu kaedah atau teknik yang intensif untuk mempercepatkan proses pengeluaran susu.  Ramai ibu-ibu baru kurang faham apakah power-pumping sebenarnya. 

 My best friend - Ameda

Daripada beberapa pembacaan aku dan juga pengalaman aku sendiri ia adalah di mana kita mengepam kedua-dua payudara serentak atau dipanggil kaedah double-pumping selama 60 minit. Caranya ialah 10 minit mengepam-10 minit berehat-10 minit mengepam-10 minit berehat dan dilakukan selama 60  minit.  Kaedah ini sangatlah aku sarankan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah susu sedikit, di datangi period, apabila bayi menghadapi growth spurt (beralih bulan di mana bayi akan consume lebih banyak dari biasa) dan boleh buat seminggu sekali dan jika ada banyak masa lapang boleh buat hari-hari.  Sebaiknya lakukan kerana ketika itu hormon prolaktin kita sangatlah tinggi dan kandungan susu kita pada waktu 12 tengah malam- 6 pagi (kalau rajin buatlah solat sunat minta dimurahkan rezeki alang-alang dah bangun tengah malam kan) sangatlah berlemak dan penuh berkrim. Susu kita pada waktu itulah yang selalunya mempengaruhi kenaikan berat badan anak kita(sebab itu kita sarankan makan vitamin di waktu malam di mana ibu akan perasan susu akan pekat dan banyak, Insyaallah disebabkan pengambilan alfafa).

Bagi ibu-ibu baru kena faham konsep power-pumping ini di mana apa yang kita pam hasilnya kita tidak akan nampak masa itu juga. Sekurang-kurangnya kita akan nampak pertambahannya dalam masa seminggu 2 dengan syarat kena sabar, konsisten dan istiqamah di mana prinsipnya juga sama seperti pengambilan suplemen.  

Perlu banyakkan rangsangan seperti kekerapan mengepam 3 jam sekali ataupun banyakkan direct feeding. Ada juga di antara ibu-ibu kurang minum air masak tapi mahukan output susu yang banyak. Kena ada keseimbangan keduanya, banyakkan minum air masak at least 3 liter, jadual mengepam 3 jam sekali dan bykkan direct feeding serta jangan lupa berdoa agar dipermudahkan perjalanan penyusuan. Setiap apa yang kita lakukan perlu displin, sabar dan istiqamah.  Jangan mengharapkan susu akan keluar memancut-mancut jika ibu sendiri tidak ada usaha untuk perbanyakkan susu.

Happy Breastfeeding !! Kredit to mama yang cekal a.k.a Along Azrina

To those yang pakai manual pump dan single pun tiada alasan untuk tidak buat power pumping tau!! Pokok pangkal USAHA!! Tunggu entry seterusnya power pumping by single & manual pump!!

Post a Comment

f a i z a h 's said... December 27, 2010 at 9:27 AM

kak alin, nk share entri akak ni ek :)

Azrina said... December 27, 2010 at 2:37 PM

Wahhhh mommaMIA..thanks siarkan entri ni..satu penghormatan buat saya huhu.

[senandunghatiku] said... February 19, 2011 at 6:01 PM

hurmm..saya pun wat single pump juga..tapi mmg btl, kesemua yg alin sarankan memang menampakkan hasil! TQVM atas perkongsian info bijak!

Yati@PetiteShoppe™ said... May 16, 2011 at 8:58 PM

alin...nk share jgk entry ni ek...

CheRus said... October 4, 2011 at 10:56 AM

Sy mohone share ye...thanks

luvpeja said... February 17, 2012 at 9:10 PM

salam...:)

sy new mom, baru je jumpa dgn blog ni...sy memang mengalami kekurangan susu semenjak melahirkan...sy nk tumpang tanya boleh? harap kak lin n ibu2 lain dapat membantu dgn bagi nasihat2 melalui pengalaman n ilmu masing2 :)...sy memang tengah cari bantuan utk selesaikan masalah ni...

1) saya nk tau, bleh x kalo power pumping ni dibuat SETIAP HARI tapi tak ikut jadual waktu yg tetap? contohnya: harini power pump pukul 1 malam, esok power pump pukul 5 petang...buleh ke gitu?
sebabnya beby saya tak tentu waktu menyusunya la...jadi saya cuma leh powerpump masa dia tido je...kalo tak tetap pada sekian2 waktu buleh ke?

2) bleh ke kalo power pumping ni dibuat lebih dari sekali dalam sehari? macam 2 jam atau 3 jam berasingan sehari...?

harap kak lin n ibu2 lain bleh tolong, terima kasih...:)

Momma Mia said... February 20, 2012 at 9:15 AM

@luvpejaW'salam sis... MaysaAllah, cantik soklan yg ditanya tuh...

1stly tahniah krn memilih utk bfeed ur baby dear... apa2 mindset kasi jaga yer, always think positif & cakap susu kita cukup utk anak2 kita...

menjawap soklan sis
1. seeloknya jadual pumping tak kiralah power pumping or tendum pumping atau mengepam bila berjauhan dgn baby di buat mengikut jadual. ini supaya mindset & breast kita akan diset/diatur spy menghasilkan susu pada waktu itu...

tetapi tak jadi kesalahn kalo tak follow as long sis menyusukan baby kerap dlm 2-3 jam sekali... jangan dibiarkan breast disimpan lama sebelum diperah...

konsep asas penyusuan, lebih kerap dikosongkan lebih byk susu akan dihasilkan. min 6x kalo nk mengepam.. 1 hari..

2) nak buat lebih dari skali boleh tapi apa yg penting be konsisten. biar sikit tapi berterusan.. jgn kejap buat kejap tak... susah gak nk dpt hasilnya...

jgn jadikan sesi mengepam tu satu bebanan yg mengSTRESS kan.. setiap kali mengepam / direct feed baby enjoy the moment & make sure u feel happy.. bila happy hormon oksitosin akan dihasilkan & akan menghasilkan byk susu...

berapa juga susu yg kuar just ucapkan alhamdulillah & berdoa semoga next sessi lebih byk susu dihasilkan...

ingat yer jgn stresss...

need more support sms alin 0192682709.

luvpeja said... February 29, 2012 at 1:53 AM

assalamualaikum...

terima kasih kak lin atas support yg diberi...sy rasa happy tak terkata bila tengok ada respond pd post sy...:DD terima kasih

sy mmg ada sdikit masalah dengan penyusuan bayi yg baru je nk mencecah 3 bulan 3 hari lg...sy di kelilingi oleh ahli keluarga yg agak KURANG menyokong penyusuan eksklusif, kecuali Suami seorang je yg mmg menyokong dr awal...tp mungkin juga tindakan keluarga sy tu berdasarkan apa yg mereka tengok, iaitu bayi sy macam tak cukup makan je...tambah2 lagi hasil check up bulan ke 2 aritu berat bayi sy hampir masuk ke area kuning dah...sedangkan sy fully malah direct feed selalu dgn bayi (sy surirumah)...

akhirnya sy ikhtiar cari maklumat berkenaan penyusuan kat internet n tahu pasal pumping...skarang dh buat power pumping (PP)+pump lepas mnyusu masuk hari ke 12 dh, (minima 2 PP kali sehari)tp takde perbezaan sangat berbanding sebelum tu (sblm start buat PP dapat sekitar 0.5-1 oz utk satu sesi double pumping, slps PP=1-1.5 oz saja)... mungkin jgk sbb bayi makin lama makin banyak menyusu, so macam takde perbezaan je...tp saya sabar utk power pump lg+pump slpas bayi menyusu...sbb saya tau melalui pembacaan, ramai yg buat lg lama dari sy, jd sy mesti sabar teruskan...cuma sy mencari support supaya keyakinan terhadap usaha sy sendiri tak semakin hilang...

terima kasih kak lin, sy akn continue seek for support guna sms kpd no yg akk bagi tu ye, sbb sy akn berada di kawasan luar internet buat beberapa hari...

ini merupakan support sy yg ke2 selepas Suami n saya hargai sangat2...terima kasih skali lg :DDD

 
Top