kredit to MamaIna...
Salam buat semua kwn2..alhamdulillah hari ini saya diberi kelapangan untuk menulis dan berkongsi beberapa tips untuk ibu yang yang ingin menyusukan anak..
Ramai kwn2 yg bertanyakan bagaimana saya menyusukan bayi kembar dan mereka begitu sihat dan aktif.Saya akan cuba kongsikan bagaimana cara mengatasi satu masalah yang saya anggap adalah satu cabaran bagi ibu yang baru melahirkan bayi atau ibu yang sebelum ini pernah gagal seperti saya oleh kerana kurang mencari info berkaitan penyusuan .
saya pegang satu kata kunci iaitu dalam kehidupan ini apa yang ingin kita lakukan kita mesti mempunyai ilmu tentang perkara itu

Berikut adalah apa yang ibu- ibu perlu tahu:-
Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan.

Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :
1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil
2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.
3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu
4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya
5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.
6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:

- Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
- Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
- Mengambil suplemen seperti alfalfa,multivitamin,vitamin c dan juga kalsium
- Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.
Anda Akan Berjaya Bila Anda Inginkan Yang Terbaik
Anda Akan Menjadi Ibu Yang Cukup Hebat
Anda Boleh! dan Modalnya hanya Semangat,Istiqamah&Doa.InsyaAllah!

kredit to MamaIna:
Sentiasalah berdoa...Ya Allah ku mohon permudahkanku dalam setiap urusan hidupku,permudahkanlah penyusuan anak- anakku dan ku mohon padamu Ya Allah kurniakanlah anak- anak dari zuriatku yang sihat dan sempurna tubuh badan dan membesar menjadi yang soleh dan solehah,cerdik bijak dan pandai serta jadikan mereka sebagai mujahid- mujahid-Mu.Berikan kejayaan mereka di dunia dan di akhirat.
Comments