Skip to main content

Penyusuan @ Korea - Day 2 yang paling mencabar!!

Kalo semasa travel day, cabarannya bengkak susu (rujuk sini). Hari ke-2 rupanya lebih mencabar sebab momma telah ada EBM yang telah diperah dan perlu untuk dibawa sehingga sampai di Hyundai Hotel, Ulsan. EBM yang telah diperah disimpan di peti sejuk bilik hotel 1 pintu. Hari ke-2 seawal 6.30am kami telah check-out from Oceanside Hotel dan bergerak ke Gimpo Airport. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit- 1 jam. Cuaca pagi yang agak berkabus menjadikan perjalanan lebih berhati-hati sebab 2 kemalangan telah berlaku sepanjang perjalanan kami. 

Siapa pernah tengok citer Jewel in the Palace???

Tepat jam 7.35am kami tiba di Gimpo Airport dan terus check-in. Flight schedule 9.30am via Asiana Airline. Since dari smalam tak makan, kami g jalan-jalan cari makan dulu kat Loteria. Makan shrimp burger dan Hot Chocolate.

Semua kekenyangan... Alhamdulillah

Kul 8.00am lepas makan kami nak bording. Giler, pemeriksaan kastam dia strick, siap kene bukak kasut, baju sejuk dan laptop kene bawak kuar. Risau jer EBM momma tak lepas. Alhamdulillah lepas lagi. Lepas tu, check kat board, flight kami telah dicancel dan reschedule to 12.30pm. Ni gara-gara kabus tebal dan kapal terbang tak boleh berlepas. Time tu tak pk lain, abis la EBM momma. Bukak lappy ingat nak berblog, takde line plak so end-up menatap muka anak-anak buat lepaskan rindu semalam tak tido bersama.

 yang dirindui...

 Kabus tebal giler... tak nampak apa-apa

Since kuar awal pagi tak sempat nak pump before bertolak sbb smlamnya penat giler & terlelap sampai camera pun tertinggal di Hotel Oceanside... uwaaa sib baik masa balik nanti masuk semula hotel tuh so suh dia simpankan. Kul 10.00am dah tak tahan, bengkak susu lagi. Sib baik jumpa ais kat kedai dalam airport tuh. Then jumpa plak nursing room dekat tempat kami menunggu tuh. So apa lagi... buat projek la kita!!


 Sangat cantik dan selesa nursing room dia...

 Projek pumping bermula lagi menggunakan battery operated, 
sangat mudah!! pasang & start pump...
Air Mineral mesti ada untuk menggantikan air susu yang telah diperah.
Pump sampai terpaksa tukar botol... tu maknanya byk laa kan
Hasilnya 10oz... Alhamdulillah

Hasil perahan dalam botol kemudian ditransfer ke dlam storage bag sebab cooler bag dah penuh. Total ada 4 storage bag tuh... maner nak sumbat ais lagi
ais tu harganya 2500 won satu paket

Kul 11.45pm kami konon nak g boarding skali check punye check flight dah cancel lama and kami tak perasan pengumuman dibuat... maklum ler dalam bahasa Korea maner faham beb!!  Masalah besar... Flight yang ada cuma kul 5.30pm. Tu pun macam tak confirm. Pastu kami mintak tukar from Asiana Airline to Korean Airline. Available flight yang ada kul 4pm. Ya Allah dugaan sungguh. Momma dah tawakal jer takut kalo EBM yang ada tu rosak. So skali lagi menunggu dan tiada aktiviti lain yang best selain makan... makan... makan...

Lunch kami... Korean food
Boleh ler layan sebab ada nasi... tapi nasi dia cam nasi pulut.
Famous dish kat sini is Kimci... sayur kobis bunga yang macam diperam dengan sambal

Pastu menunggu la. Ada la 8 jam kot kami menunggu sebelum berlepas ke Ulsan pada jam 4pm dengan Korean Airline. Habis ais cair dan terpaksa beli lagi dan ganti dalam cooler bag. Kul 5pm kami mendarat di Ulsan Airport dan dalam 5.30pm kami tiba di Hyundai Hotel, Ulsan.

 Cuaca semakin baik dan tidak berkabus dalam kul 3pm

 
Ais yang telah cair dan harus la ke tong sampah

Permandangan ulsan from Korean Airline... Geografinya berbukit-bukit...
cantik kan?


 Coolerbox yang dibalut from LCCT akhirnya dibuka...
EBM kemudian diletakkan dalam coolerbox yang kecil untuk mencari tempat berlindung di Hyundai Hotel Kitchen...

 Setelah puas memohon dan "merayu" akhirnya EBM dapat tempat berlindung 
di Fridge 2 pintu bahagian receptionist office... no kitchen daa...
Pada masa kejadian hanya ada reception lelaki... so dengan paksaan momma suh dia make sure mum's milk to wajib frozen if not disaster... 
Tak sure dia faham ke tak but dia senyum jer...
So dengan hati yang gumbira, momma melepaskan EBM tuh ke tangan mereka... 
Then kami pergi Dinner di Pakistan Restoran... 

Balik dari dinner hati masih tak tenteram sebab tak sure macam maner dorang simpan EBM momma. So dengan muka tak malu lagi mintak izin untuk melihat how they stored EBM momma... 
Terkejut sebab dorang simpan dengan cooler2box skali... 
So momma kluarkan all the EBM dan chiller from the coolerbox.
Make sure tulis nama dan no bilik kat situ tau... 
Pastu put note "Breastmilk inside - Please do not Move!" 
haha sesuka jer kan macam harta sendiri
kui kui kui...


EBM perahan di malam hari lepas dinner... 14oz ... Alhamdulillah
Hari nih hanya memerah 2x jer
sakit dek bengkak susu Tuhan sahaja yang tahu!

Alhamdulillah berjaya sudah misi mencari tempat menyimpan EBM... Tak mudah yer nak buat orang lain faham!! Yang penting jangan putus asa, Sentiasa memohon pada yang Esa agar dipermudahkan...

Comments

Nur Salwa said…
alin.. salwa rasa teruja sgt tgk semangat alin.. mmg kiter kena mcm tue kan demi susu utk anak.. ader time wat muka tebal jerk kan utk selamatkan ebm tue.. mmg tabik springggg ar ngan aper yg alin wat..
Suziey Ahmad said…
huish mmg mencabar..tp u r very strong..salute la..bila niat kita ikhlas dan baik insyaAllah akn dipermudahkansegala urusan :)
nieda said…
salute dgn semangat Lin..betul, bkn senang nk fahamkan org. bila keinginana mengatasi segala2nya, pasti semua benda berjalan lancar dan dimudahkan..
Anonymous said…
wow tough effort sis..sangat bangga dapat kenal BF mom yang cenggini..tak kira tengah lautke,atas udara still perah wat stok..nnt nak wat satu award bg kat sis..
Little BlueBird said…
aku kagum dengan semangat mommamia....kalau aku da ke laut kot!!!
yantz-yeem said…
wah sungguh kagum!!!semangat!!!yg paling penting member2 opis sgt supportive yea...
kayyana said…
wah.. rindu la nk dptkan amaun yg byk mcm nih... hehehe.. selamat bf ye mommamia... sgt kagum..
Unknown said…
tahniah Alin.. semangat waja... thumbs up