Skip to main content

Ish, Kenapa Susu Saya Sikit?

As salam mommies.. renungan di pagi Jumaat. Renung-renungankan & Selamat beramal. Terkenang perjalanan penyusuan Damia, anak pertama... Berusaha lah menjadi lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah!

Sepuluh percent dari kenalan ibu adalah terdiri dari ibu muda atau dengan kata lain, first time mother... golongan ini rata-rata kurang sabar. Mudah marah dan senang melatah. Tidaklah ibu salahkan mereka juga kerana kematangan setiap orang itu berbeza sama sekali.

Sebenarnya setiap ibu yang menyusukan anak pastinya mempunyai laluan cerita yang sama dan lebih kurang sama sahaja. Ada turun naiknya hasil susu disebabkan banyak faktor. Jangan bohonglah dengan mengatakan susu saya hebat dan sentiasa hebat. Langit tidak selalu cerah dan awan tidak akan selalu mendung.

Saya dulu seperti anda juga
EBM yang rosak semasa penyusuan Damia
Stok dah ler sikit...
details boleh baca sini

Ceritanya sebenarnya semua sama...yang membezakan sesuatu cerita itu bagaimana seseorang ibu itu tackle the situation. Ini cerita ibu yang berjaya dan bagaimana beliau melakukannya? Mari kita ambil petua ini.
  • Tidak pernah control makan dan water consume always more than 2 litres.
  • Jaga pemakanan, amik supplement supaya kualiti sehebat kuantiti.
  • Setiap kali sebelum pam...mulakan dengan Bismillah hirrahman nirrahim dan Wala haulawalaquwata ila billah hil aliyill azim.
  • Setiap kali habis mengepam dan melihat hasil perahan, bacalah Alhamdulillah.
  • Banyakkan zikir nama2 Allah asal teringat.
Setiap ibu itu pasti punya usaha dan doa untuk mencapai impian menyusukan anak lebih dua tahun namun satu yang sering ibu2 yang kecundang ini terlupa...iaitu bertawakal.

Seorang pemancing mampu mengeluarkan duit yang banyak membeli joran yang hebat serta umpan yang sedap untuk mendapatkan si ikan, namun si pemancing ini perlu ingat bahawa hanya dengan izin Allah sahaja dia mampu untuk mendapat sebakul ikan mahupun seekor ikan.

Samalah dengan ibu yang menyusukan anaknya... si ibu mungkin mampu mengeluarkan duit beribu ringgit membeli pam yang mahal serta vitamin yang bagus untuk menghasilkan susu. Namun kita masih perlu berdoa dengan yang Maha Agung agar dipermudahkan rezeki untuk si anak tadi. 

Bukan dengan marah2 dan menyalahkan pam atau vitamin. Sesungguhnya terjadinya susu si ibu tadi dari darah yang mengalir dari dalam tubuh si ibu. Dengan kuasa Allah jua ia bertukar menjadi susu, Subhanallah. Maka dengan izin Allah jua yang menentukan banyak mahupun sedikit.

Tetapi perlu kita ingat bahawa Allah berjanji, barangsiapa yang bersyukur maka Allah akan menambahkan nikmat. Maka janganlah sesekali mengeluh mengapa susu kita sedikit, sebaliknya sentiasa bersyukur serta beristighfar semoga kesilapan kita masa lalu tidak mengganggu rezeki kita di masa akan datang. Mudah2an.

Comments

Moga susu sentiasa byk utk my second one. Dah berazam nak spare satu fridge utk EBM ni. Yhanks Alin, u inspired me
aritu risau susu yg sikit tu tak cukup
but alhamdulillah..
since ara dah kuat makan..
dai refuse nak susu byk2 belah siang..
tapi malam..
amik kau,dia kopek sepuas hati.
pastu nak pergi keje,dlm keta tu anto budak2 ni ke nursery,dia mintak yg fresh pagi - pagi.
alhamdulillah.
mcm momamia cakapkan...takleh stress n pikir sgt,nnti susah sgt jalan tu.
doa pun kena byk.
alhamdulillah.
hushuss said…
Salam kenal Azlin. Byk info huspa dpt dr blog Azlin. anak pertama huspa tak byk ilmu pasal BF ni, setakat sethn je mencuba utk relactate BM, lepas tu surrender. Klu ada rezeki mengandung kali ke-2, nak mintak Azlin jadi mentor ye.
Arissa Zoela said…
salam momma mia...nice info..betul tu kdg2 kalau susu drop kena check checklist..cukup ke tak dah buat semua?paling penting kena slalu berdoa...rezeki tu kan dtg dari Allah :)
Ainul Mustafa said…
thanks for that info.mmg membantu 1st mum mcm saya.ye betul sy selalu risau sbb stok ebm skt.tp mmg cukup2 utk baby.setiap kali nk abis mesti tetiba sy terpaksa ambik cuti @ mmg bercuti.so blh bt stok baru.Allah mmg akan bantu hambanyer yang berusaha utk kebaikan.Amin!!
nurul aziyana said…
as a 1st time mother mmg betul kata2 k.lin..kadnag2 kurang sabar..
trima kasih buat entry ni..sekurang2nya mengingtkan sy sbgai hamba yg sentiasa meminta pd Pencipta
Unknown said…
Tq very much...beri semangat kat saya untuk terus bf...minggu nie susu sy berkurangan..agak risau..tp bila baca post dari alin..terus rase bersemgant semula..boleh x jd saya punya mentor...kalau boleh nk kenal lagi rapat spy sy boleh tanya mcm2 pada alin...sy amat teruja sgt..
alinalan said…
@Hot mama - apa plak tak boleh nyer.. sesama kita sharing & caring & 15 sokong penyusuan susu ibu... do email me sis azlin.mohdatan@gmail.com or sms 019-2681709
Unknown said…
thanks..ok.apa² masalah nnti sy tanya kat lin tau..