Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2010

Dulu Preggy Mommies, Now SuperMommies

Dulu dalam entry Preggy Mommies momma ada bagitau Tahun 2010 nih tahun preggy yang meriah kat company momma. Kira momma idak ler sorang2 yg akan maternity leave and yang paling best masa sessi pumping akan lagi meriah.    Kat entry contest BEST MOMMENT TO BE juga momma ada update tentang kelahiran putra/putri preggy mommies semua. Alhamdulillah, kami semua dah selamat melahirkan baby masing-masing. Basha (baby gal), Kak Nik (baby boy), kak Mai (baby gal), MommaMia (baby gal) & kak Mas (baby boy). Skarang kami semua telah selamat kembali bekerja... Hari ni genap 1 bulan momma start kerja.  Since last Sunday, company buat event BOWLING TOURNAMENT 2010 kat U-Bowl Bowling Centre, One Utama, kami semua take opportunity get-2-gether baby-baby masing-masing. Layan aksi mommies semua.   - SUPERMOMMIES -   Basha-Sofea (31 Jan 2010) Kak Nik-baby enchem (8 Feb 2010) Kak Mai-Husna (8 Mar 2010) Momma-Dzakirah (1 Apr 2010)  Kak Mas-Qarish (15 Apr 2010) - Tia...

Gizillion thanks to Damia's Voters - 2nd VOTE Terbanyak

Keputusan sudah diumumkan DISINI . Tahniah kepada yang berjaya!!! Walaupun Damia mendapat 2nd Undian tertinggi nasib tak menyebelahi Damia... Tak pe sayang. Tu namanya takde rezeki... Tapi momma sangat terharu dengan sokongan kawan-kawan semua untuk Damia. "GIZILLION THANKS to all Damia's VOTERS" ** Puan penganjur, Anje datang and bagitau yang Damia pun dapat prize sebab 2ND VOTE TERBANYAK . Terkejut gak momma. Bukan hadiah hanya 1-3 jer???? Thanks Anje. Damia tuh buat-buat sedey jer... cuba tengok gambar terakhir tuh siap senyum lagi. Hehehe... Kami pasti terjah GA Anje lak pasni. Jom kengkawan, kita pakat-pakat join MAMA BALQIS GIVEAWAY . Ni antara senarai voters yang sempat momma jumpa kat blog Anje.  Damia cayang aunties semua!!! mmmmmmmmmmmmmmuuuuuuuuuuuuuuuuaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhh! Kak Ngah Wansteddy Eily @ Bionic Women Nurul Azham Ibu_Arifa Kak Yong MamaLyna Faheem Jr. Cik Min Eija @ Sweetmama Nurul Qaseh Adam Nieda ummi Salsabila Tifa Ann @ hati berbunga...

AWARD PINK

GIZZILLION Thanks to SweetMama @ Eija Zaquan sebab bagi award TAG kat momma.  PINK color u... Momma nih suka ♥♥♥ PINK tapi idak ler so fanatik cam color purple... heheh... so tak banyak sangat koleksi PINK . Cuma sejak ada 2 lil princess color PINK memang banyak untuk mereka jer. 1. Link kepada orang yang bagi award ni :   http://mamakerry.blogspot.com/   2. Nyatakan sebab musabab anda minat kaler   PINK  : Color PINK nampak gal-gal, and looks sweet kpd sesiapa yang memakainya esp budak-budak. 3. Sejak bila suka kaler   PINK   : Sejak berkawan dengan kengkawan yang fanatik dengan PINK masa di U 4. nyatakan 5 barang yang anda paling sayang yang kaler nya PINK : Baby wearing Tudung De-zahra  Baju dress anak-anak Baju T-shirt anak-anak selimut anak-anak blog nih pun barang ke?? hihihi.. template dah ala-ala pink kan... 5. Snap gambar anda dengan salah satu barang kaler   PINK   : my babywearing   - Ber...

EBM - Bila momma ganti puasa

Alhamdulillah... dengan izin-Nya, momma dah jumpa "perisai" untuk menggantikan puasa. Last week, momma puasa Isnin & Khamis. Alhamdulillah, dengan izin-Nya momma berjaya menggantikan puasa 2 hari tanpa risau milk supply merudum.  Isnin, 21.6.2010 2x pumping di office and 1x direct feeding ( ni pun sebab lil Dzakirah merajuk tak nak EBM after long weekend ) Pengambilan masa sahur :  Nasi berlauk + set B + fresh milk bercampur kurma + 7 biji kurma Berbuka  : Nasi berlauk + 3 biji Kurma + ESP  + Performance Drink  Hasil pump 1 hari : 8oz + 5.5oz = 13.5oz - Hasil pump sesi pagi - - Hasil pump sesi petang -  Khamis, 24.06.2010 3x pumping di office Pengambilan masa sahur :  Nasi berlauk + set B + 7 biji kurma + ESP + Performance Drink + 3 biji Alfalfa Berbuka  : Nasi berlauk + 3 biji Kurma + ESP  + Performance Drink  Hasil pump 1 har i : 7.5oz + 6oz + 5.5oz = 19oz sebelum tidur : makan set B+ ESP - Hasil pump 3x di office -...

Damia - TOP 6 untuk Cutest Baby Face Contest. VOTE-04 Plssssss

Tahniah pada semua yang terpilih... namun hanya 3 orang pemenang je yang akan dipilih dari senarai TOP 6 ni k... 30% markah dari VOTE   70 % dari juri yang dilantik...   sistem VOTE akan dijalankan bermula dari   23 Jun 2010 - 25 June 2010 dan keputusan akan diumumkan pada minggu depan... Cara-cara Vote: taip "VOTE" space "04" dan hantarkan ke entry ni ... setiap blogger hanya layak untuk mengundi SEORANG peserta saja k... NO Cik Anon untuk mengundi k...kalo nak undi mesti ada blog... kalo undi lebih dari sekali secara automatiknyer undian anda akan dibatalkan... VOTE anda amatler dihargai, dicintai & disayangi Semoga Tuhan sahaja yg dapat membalasnya. KISS from Damia untuk Voter2s tegar Damia...  ahaksss... cayang uolsss!!!

Bila Damia kira EBM Momma

Selapas momma Get SET and GO for lil Dzakirah EBM, momma dah tak pandang belakang lagi... Then bottle storage pulak habis, momma still GO GO GO buat EBM using storage bag pulak. A day before start kerja, target for stok momma dah tercapai - Alhamdulillah syukur sangat.  Now dah nak dekat sebulan momma start kerja. Macam mana perkembangan EBM momma agaknya... serius momma tak sempat nak kira and housekeeping EBM  walaupun fridge berjaya ditawan .  Nasib baik ada anak dara yang boleh harap.  Since butang hijau (chest frezzer) momma dah sampai, akak Damia la yang tolong momma kira stok EBM lil Dzakirah.  - Mia tengah catat setiap EBM yang masuk dalam butang hijau momma - - Mia tengah mengira setiap EBM yang dia catat. Siap gulung lidah tuh - - Sebab sebelum ni main-main kira, momma suh kira semula. Kali ni Mia lebih serius mengira setiap EBM yang dia catat. Sayang anak momma nih. Geram laaa momma tengok!! - - Hasilnya... uuuuwaaaaaa... tagline baru Damia. A...

Damia - FM or tendum Nursing or Pumping???

Bagaimana harus momma hadapi??? Hajat hati nak sambung menyusukan Damia seolah-olah tak menjadi. Ni gara-gara Damia cam refuse untuk nenen dengan momma walaupun bagi melalui botol. Damia lebih senang dengan botol susu dia yang berisikan formula milk.... As advice by her paed its up to her ... its her choice!!! Jangan paksa-paksa... if susu momma banyak nak campur dalam formula dia pun boleh (ni belum cuba lagi)... Its really true. Bila momma offer "B" kekadang Damia akan masukkan mulut dia jap kat B... sekadar cukup syarat. Mungkin kah si kecik ni tak mo hampakan harapan momma dia kan?? Bijak ler anak momma nih...  Tapi momma tak akan putus asa sayang... Momma akan slalu goda Damia ... hihihi... and offer Damia untuk nenen setiap kali menyusukan lil Dzakirah secara tendum pumping. Mungkin selalu sangat tengok momma tendum pumping dengan lil Dzakirah, Damia tunjuk kan minat untuk PUMPING la pulak... ishhhh anak momma belum boleh lagi sayang... Lihat ler tuh... Tak bagi meng...

Check list untuk ibu yang mahu berjaya dalam penyusuan

Entry yang sangat cantik untuk dikongsi. Ni momma ceduk from blog Ibu Addin dan Nasa . Thanks Anne. Entry anda adalah inspirasi untuk momma terus kekal dengan semangat yang luar biasa terhadap penyusuan.   Benarlah kata orang... untuk berjaya perlu selalu muhasabah diri agar kita dapat memperbaiki diri dari yang baik kepada yang lebih baik. Untuk menjayakan penyusuan dengan cemerlang, marilah sama2 kita muhasabah setiap perkara berikut agar kejayaan dapat dikecapi dengan penuh kemanisan: 1. Solat 5 waktu tidak diabaikan atau dilengahkan ATAU doa bagi non-muslim. Apa kaitan solat atau doa dengan penyusuan? Sangat penting kerana solat atau doa itulah yang menghubungkan makhluk dengan pencipta. Ini juga menandakan bahawa makhluk itu sangat bergantung kepada pencipta. Dengan izinNya jualah segala nikmat dikecapi. Begitu juga dengan penyusuan, ia akan lebih manis apabila kita dekat denganNya.  S egala susah senang kita, kita akan yakin bahawa Dia tidak akan menghampakan kit...

Selamat Hari Bapa

Dear Abah Damia dan Dzakirah, Selamat Hari Bapa... Abah la SUPERHERO kami Abah la CINTA HATI kami Walaupun kita berjauhan, abah tetap DEKAT di HATI kami Kami SAYANG abah selalu... Terima kasih  di atas segala kasih sayang, kesabaran dan pengorbanan Abah terhadap kami  again, we luv u so much!! **** Buat abah momma, en. Mohd Atan dan ayah mertua en. Borhan Selamat Hari Bapa... Abah...  dirimu adalah bapa yang TERBAIK buat kami dirimu jua adalah SUPERHERO kami sentiasa berada tak kira dimana & bila-bila masa diperlukan  Terima kasih  di atas segala kasih sayang, kesabaran dan pengorbanan membesarkan kami kami SAYANG abah !!!

Gizillion Thanks to IbuQisQas, Ann, Atuk Asyraf dan Cloth Diaper Malaysia

Alhamdulillah syukur.. rezeki anak-anak menang contest/GA. Hadiah untuk lil Dzakirah, Damia dan atuk dah sampai. Gizillion thanks to ... IbuQisQas - "CUTE PINK BABIES CONTEST" Ann dan atuk Asyraf - "CONTEST KASIHNYA ATUK"   Hari ni pun kami rasa bertuah sebab terpilih antara 3 lucky winner for KNICKERNAPPIES Giveaway. Hadiah yang bakal kami dapat adalah 1 Knickernappies One Size Pocket Diapers - worth RM89. Huhu... Nantikan entry Damia/Lil Dzakirah beraksi dengan Knickernappies CD, InsyaAllah.

EBM - Persediaan Sebelum Bulan Puasa

Pejam celik pejam celik, dah lebih 2 minggu momma start kerja. Ramadan pun semakin hampir. Since target momma fully breastfeed (BF) untuk 6 bulan pertama BERJAYA (which is until October 2010), momma perlu membuat persediaan awal dari setiap penjuru so that low milk supply dapat di atasi. Selain persediaan ATTITUDE & MINDSET seperti dientry EBM-Set & GO , momma juga mula membuat persediaan dari segi pengambilan supplement. Mengapa momma rasa perlu amik supplement? Milk supply momma so far tak merudum lagi kan? Ya Allah, mintak-mintak dijauhkan dari merudum. Ya Allah, murahkan lah rezeki lil Dzakirah dengan air susu momma yang banyak, Amin!! Sebab-sebabnya adalah untuk ... Mengekalkan pengeluaran susu - sejak masuk kerja nih kat opis setiap minggu akan ada FAT dengan client selain persedian untuk major shut down activities offshore di Kertih. Momma kena pastikan yang momma tak terlalu stress. Selain itu possiblity pumping schedule lari juga semakin besar... huhu Kek...

Weekend - Family Miakididdles

Update aktiviti last weekend . Kami sekeluarga bersantai di Taman Permainan, Taman Tasik Shah Alam. Damia so excited dapat tengok tasik, jalan-jalan and paling best dapat main kat taman permainan. We ouls take this opportunity untuk homeschool Damia skali sebab kat taman tuh ada banyk bentuk binatang. Kat sana Damia jumpa elephant, sea lion, frog and ramai lagi... Damia juga dapat kawan baru, si Sara dan si Ain. Cuba tengok gambar kat bawah tuh... tetiba jer anak momma ada 4 orang... hihihi... semua gal-gal. Ahakss... - Seronoknya jadi budak-budak semula kan??? hihi... - - Macam-macam posing Damia blajo hari tuh dengan kak Ain dan sara -  Dah pandai meniru yer sayang??? - Tengok ler aksi loving couple nih... momma mesti jeles.. - - Damia juga tolong momma tolak adik jalan-jalan - Penat bermain dan berjalan di taman, kami ke McD seksyen 3 untuk breakfast pulak. Layan ler aksi Damia makan, minum dan aksi momma & lil Dzakirah serta abah.  Antara aktiviti homeshcool Dam...