Sejak dah seminggu kerja, momma rasa ni antara jadual pumping momma yang kosisten. Perlu di ingat kan jika nak follow ia memerlukan persediaan mental & fizikal anda... perlu lebih positif, kuat semangat, rajin, doa & tawakkal. Waktu tido juga perlu dikorbankan. Kalo anda rasa "Malas" nak pumping, tu memang tak dapat nak tolong. Sebab anda yang MEMILIH dan MENENTUKAN apa yang anda nak.
Semoga momma diberikan kekuatan untuk terus memilih yang terbaik untuk lil Dzakirah. Jangan pula ingat momma nak riak lagi berlagak yer. Hakikatnya, momma perlukan keazaman dan semangat yang kuat untuk mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan menyusu sambil berkerjaya. Dan momma doakan semoga anda juga memiliki keazaman dan semangat yang jauh lebih hebat dari momma sebagai motivasi untuk kumpul stok susu.
1. 12.00am --- Tendum pumping
2. 3.00am --- Tendum pumping
3. 6.00am --- Tendum pumping
4. 9.00am --- Double pumping @ office
5. 11.30am - 12.30 noon --- Double pumping @ office
6. 3pm - 4pm ---- Double pumping @ office
7. 6.30pm - 7.30pm --- Direct feeding or Tendum pumping
8. 9.30pm - 10pm ---- Tendum pumping
So dalam sehari 3x pumping di office MESTI. Terbabas macam maner pun kena ganti semula. Kalo nasib baik dapat 4x. Biasa di office momma boleh dapat dalam 15oz - 18oz (3x pumping) dan 18oz - 22oz (4x pumping). Biasanya hasil penyusuan before lunch lebih banyak. Momma prasan kalo lepas luch or petang biasanya hasil penyusuan ada sedikit pengurangan... adakah sebab penat berkerja or STRESS?? Hmmm...
Ya Allah, momma mohon ASI momma akan tetap terus meriah, Amin!!
Hasil tendum pumping dirumah pula biasa akan dapat dalam 4-6oz. Average dalam 5oz. So total satu hari boleh dapat dalam 32-38oz.
Lil Dzakirah minum satu hari masih tak banyak. Waktu momma kat office dia minum dlm 3 botol x 3oz. Kali ni tak macam Damia. Lil Dzakirah lebih susah bila waktu menyusu botol. Kekadang ok sekali minum habis 3oz tuh, kekadang merajuk tak nak minum. Bila merajuk dia akan tido jer, buat apa pun dia akan buat dek jer... sian nenek.
So hari nih momma kena start balik rumah waktu lunch untuk direct feeding or tendum pumping with lil Dzakirah. Waktu pagi sampai kul 3 tuh biasa lil Dzakirah susah nak minum botol. Apa yang kami practice before start kerja macam tak berhasil jer... uols ada cadangan??
- Bonding adik dan kakak -
Kakak Damia nasihat kan adik Dzakirah suh minum botol, if not nanti momma risau...
Comments
Pada saya kan momma, momma tak perlu balik during lunch time untuk susukan dia. Bimbang dia set in mind bila lunch time momma mesti ada. Coz cam aiman mujahid, bila petang je dia dah tak nak susu botol. Sbb dia tau ummi dia dh balik waktu2 macam tu.. thats my oppinion lah. mungkin org lain ada pendapat yg berbeza :-)
mmg dah tekad!
sweet damia kiss adik :)
Alhamdulillah dah tukar puting kpd NUK so far ok sket. lil Dzakirah dah boleh terima & nak minum botol. Cuma kekdang ade sket merajuk & tak nk minum...
Thanks