Skip to main content

oooo Balik Kampung... oooo Balik Kampung

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti
 
Best jer layan lagu sudirman ni sambil balik kampung... macam nak balik raya pulak kan? hihi.. Actually ni citer masa cuti panjang masa Wesak day hari tu. Kami sekeluarga balik kampung hubby kat Parit Yusuf, Muar. Ni kali pertama lil Dzakirah balik kampung. Yang paling seronok semestilah akak Damia sebab kat kampung dapat naik motor and jumpa fav kazen dia si Hilmie. Uols layan ler gambar-gambar kami semasa bercuti di kampung.

 
Aksi Damia dgn abah masa on the way... Manjos dengan abah
(hihi momma jeles..)
sib baik Maksu ada untuk tolong drive balik kampung... Mekaceh maksu!!


Aksi Damia masa dah sampai kampung. Seronok main bola, main kejar-kejar dengan kakak Yaya and paling best dapat jalan-jalan naik motor dengan maksunya. Risau jer momma tengok tapi Damia buat dek jer dengan momma and layan keseronokan dia... sebab ramai yang melayan dia.

 As for lil Dzakirah, tidor jer kat momma. Momma bawa jalan-jalan kat luar rumah tak jaga pun. Sib baik cuaca waktu tuh tak panas. Redup dan angin sepoi-sepoi gitu. Mungkin penat kot jalan jauh.

 
Abah pula kalo balik kampung ni antara kerja-kerja nyer. Cabut pokok-pokok mak yang dah tak elok. Waktu nih tolong clearkan pokok ubi yang tumbang sambil-sambil petik daun pucuk ubi. Yang atas moto tuh my FIL... malu nak bergambar la.

Momma seperti biasa susah nak interframe sebab jadi tukang amik gambar sambil dukung lil Dzakirah. Lepas abah berkebun, momma suh bawa jalan-jalan kampung tengok sawah. Dah lama abang janji nak bawa. Akhirnya tercapai gak. Tapi waktu tuh padi semua dah habis kene angkut... so tak leh nk posing-posing kat sawah. Lil Dzakirah and Damia tinggal dengan maksu. Tengok ler aksi kami posing-posing atas motor... best jer... ahakss. Second round baru amik Damia bawak jalan-jalan sawah plak.

Malamnya aksi Damia bermain dengan favorite kazen dia abang Hilmie. Tengok la tuh. Damia syok main bedak and siap buat aksi dak bedua tuh...


p/s: Malam pertama kat kg kami sekeluarga tak leh tido sebab Damia tetiba terjaga dari tido dan nangis cari nenek... Nak dengan momma jer, pegang lil Dzakirah pun tak boleh. Momma tak tido sampai pagi. Bengkak mata... huhu...
p/s: nantikan next entry on Hari Bowling Keluarga Borhan di Mahkota Parade Melaka.

Comments

nurulazham said…
selambaknye pp dzakirah!!!meh geget cket..leh?
BabyIntan said…
Waaa berkumandang lagu balik kampung di sini ye...feel amik feel raya...ekeke :D

Seronok nya damia kat kampung! Aloo loo baby dzakirah...titon aje ye, mana tak bam-bam pipi tu...geget kang!
nieda said…
seronok blk kg..x sabar nk blk hujung minggu ni
alinalan said…
@nurulazham - Hihi... boleh Nurul, dah slalu kene geget pun pp tuh kat rumah nih
alinalan said…
@Intan - huhu feel raya? heheh puasa pun blom dah nk raya kan Intan? baby dzakirah nk ikut cam akak Arissa la intan, bam bam yg gojes. :)
alinalan said…
@nieda- slamat balik kg Nieda. Have a safe journey & happy holiday
lil dzakirah.. gambarnya tdo je manjang. so cute! ekekek..!