Pernah dengar tak kiasan ini? Penyakit ni datangnya seperti ribut tetapi ianya pulang seperti siput. Bermaksud penyakit ni datangnya sepantas kilat tapi untuk pulih cukup makan masa. Begitu juga mereka yang ingin sembuh, ingin cantik, ingin sihat dan sebagainya. Ini semua memerlukan masa dan kesabaran. Mak saya selalu kata, penyakit ini satu kifarah, Allah mengampunkan segala dosa2 kecil kita. Memerlukan kesabaran kerana hasilnya di kemudian hari sungguh lumayan. sumber goggle Healing crisis atau dengan nama lain krisis pemulihan. Jika anda biasa dengar.."kenapa ya lepas try vitamin ni kepala saya jadi pening?" atau "kenapa ya lepas makan vitamin ni saya kena sembelit? Sebelum ni rasanya tak de la pulak." Selalunya orang akan cakap "Oh tahniah! Anda sedang membaiki badan anda!" Ye ke? Lojik ke? Sebenarnya apa yang boleh saya katakan di sini bukan semua atau apa jua perubahan itu disebabkan oleh kesan vitamin atau supplement. P...