2nd Trip ke Korea kali ni dapat juga la kami menziarah ke sekitar Korea. Alhamdulillah. Tapi yang alin nak citer adalah apa yang Alin jumpa sepanjang di Korea yang Alin rasa tiada or susah jumpa di Malaysia. Nak tahu apa dia jom layan!!
Di Incheon Airport jumpa gadis Korea dengan baju kebangsaan Korea.
Tengah promote Visit Korea year 2011/2012...
Ada sesiapa pernah jumpa gadis Malaysia berpakaian kebangsaan di KLIA ke?
Since g KLIA pun jarang-jarang so kira susah nak jumpa la kan...
Sign nih Alin jumpa masa di Toilet Incheon Airport
Saja la nak tahu bagaimana yang dikatakan Baby rest Inside, so me pun masuk la
curious nak tahu... nak tau apa yang alin jumpa???
Actually sama jer toilet bowl dia dengan yang lelain tapi satu yang istimewa dia ada
"BABY REST"
Inilah dia baby rest
Cara guna ditunjukan kat belakang pintu toilet
Baby rest ni digunakan bila kita bersama baby pastu tetiba kita nak buang air
Biasa nak pegang baby sambil membuang amatler payah untuk dilakukan
tapi dengan baby rest takde masalah
Tak pernah jumpa ni kat Malaysia kan??? siapa pernah bagtau la kat maner
bleh cuba... hehehe
Drinking Water FREE mudah nak jumpa di Korea... gambar to masa di Airport
Kami ada jumpa di food court shopping mall juga
Mudah sangat. Rasa sedap cam air mineral yang ditapis
takde rasa klorin pun...
Malaysia?? Air kosong/suam 50sen...
Ni pun best... cuba teka apa alat nih???
Tempat ni sediakan pelbagai jenis h/p charger... jumpa di Incheon Airport
menarik kan?? ada jumpa ke kat KLIA??
Apa yang korang rasa menarik ttg gamba nih??
Seronok kan tengok budak-budak tuh lari sambil dikelilingi snow
motif nak tunjuk gambar snow sebenarnya.. hehe
Gamba snow lagi sepanjang perjalanan from Incheon ke Itaewan
banyak betul bridge kat sini.. cantik2 plak tuh
Haaa apa motip amik gamba umah orang kan?
hehe piccas nih just nak show that di Korea nih payah ler nak nampak rumah yang ada sidai kain bagai... takde pun! beranda dia pasti ditutupi cermin so nampak kemas takde nampak huru hara sidai baju
Ini pun best
Strawberi yang besar lagi manis... sedap
Kat cameron highland pun tak pernah rasa strawberi semanis tuh
So sesiapa yang nak gie Korea bleh la cuba cari benda-benda nih...
Selamat mengexplore!!!
Selamat mengexplore!!!
Comments
Baby rest tu should dibuat juga kat toilet kita..
Hehe.charger hp tu pun cool!
Nak pi Korea..nak nak...dorang ckp English ke Kak? Ke akak yg ckp Korea.huhu
korea,SARANGE!!!!
selalu kalau g soping mall kalau ase nak msk tanda, hubby ler kena jg anak kan?
orang sana signboard dan bhs guna KOrea kan?? yg reti eng tu terhad sgt...
best kan ada air mineral free, ada baby sit, hp charger...mmg sgt2x perlu...M'sia patut ada..bukan buat kempen yg merepek2x..habis juta2x jer..tapi kurang manfaat pd rakyat...
waduhh panjang lak hehe..
JOM USHA: Deqlis dah join..uolls dah ker?? Pendapatan Sampingan Berblog Dengan HeartBeat.My ...!
JOM JOIN: MY 1st GA hingga 3 Feb 2011
seronok g korea kan...
baby rest tu ada kat sini...penah jumpa kat R&R utara selatan yg design baru...slalu prasan kat R&R machap gitu la klau xsilap
yang bby rest to saya suka.. coz my baby walaupun ada ayah dia atau org lain.. kalau mama masuk toilet mesti nak ikut gakkk... kalau tak haru, satu shopping complex bley dengar dia nangis..
mmg best sesekali pergi negara orang, tgk budaya dia kan. Tapi bak kata my hubby, mula2 seronokla, cuba duk sethn,bosan. saya tetap teruja tgk budaya negara lain.
i like !