Apa itu Teknik Marmet???
Teknik Marmet adalah satu cara pengeluaran susu ibu menggunakan tangan semata-mata; tanpa menggunakan sebarang alatan lain terutamanya pam.
Orang kata Teknik marmet ini lebih senang, mudah dan murah (free lagi ) untuk dipraktikkan. Ada yang kata susah & memenatkan... Buat sesiapa yang tak pernah buat Teknik Marmet ni or sesiapa yang masih kekok, jom kita masuk Kelas Penyusuan Teknik Marmet...
Tarikh: 12 March 2011
Waktu: 3pm
Tempat: MLO Petaling Jaya... rujuk map
Yuran: RM5.00 (minum petang)
Peralatan: Sila bawa Mangkuk, Tuala dan BotolBerminat?? Sila contact Intan @ 0193958144
Mengapa perlu memerah menggunakan tangan?
- Mungkin ibu tak sangka akan berjauhan dengan bayi selepas melahirkan kerana sebarang kes kecemasan
- Ibu belum membeli pam
- Breast terasa penuh dan bengkak
- Ingin menambahkan production susu (Perah 3 jam sekali)
- Pam yang dibeli ibu tidak sesuai dan menyakitkan payudara ibu
- Ibu ingin menyapu sedikit susu pada nipple bagi kes nipple crack
- Ibu terlupa bawa pam atau aksesori ke ofis (Tiada alasan tidak mengepam lagi ye..hihi)
Sebelum masuk kelas jom kita buat ulangkaji dulu... so kat kelas nanti mudah nak buat praktikal... kan Intan??
Cara Memerah
1. Teknik Marmet hanya memerlukan 3 jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.
2. Jari-jari ini perlu diletakkan di atas kawasan aerola (sedikit atas, lebih kurang 1cm dari kawasan aerola).
3. Letakkan ibu jari di bahagian atas aerola (kita panggil situasi pukul 12). Letakkan jari telunjuk dan jari tengah di bahagian bawah aerola (pukul 6).
Gambar diambil dari www.breastfeeding .com
Dapat dilihat, jari telunjuk dan jari tengah perlu berada setentang dengan ibu jari. Apabila jari telunjuk dan jari tengah berada pada kawasan 'pukul 5' sedangkan ibu jari di kawasan 'pukul 12', ia adalah salah. Begitu juga apabila jari bawah itu berbentuk melingkari payudara ia juga salah. Pastikan dengan teliti kedudukan ketiga-tiga jari ini.
4. Tanpa meregangkan jari, dorong jari-jari tadi ke arah dada. Individu yang mempunyai payudara yang bersaiz agak besar, perlu angkat payudara dahulu sebelum mendorong ke arah dada. Lakukan dalam gerakan memutar dan lembut seperti sedang menggeletek. Lakukan dari kawasan atas menuju sehingga ke aerola. Payudara juga boleh digoncang dengan lembut secara memutar.
5. Sewaktu jari-jari berada jauh dari kawasan aerola, gerakan ini dipanggil PUSH dan apabila jari-jari berada di kawasan aerola, ia dipanggil ROLL. Tekan kilang-kilang susu menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong. Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit kepada anda. Pastikan anda menggunakan TIGA JARI yang dinyatakan tadi, bukan jari-jari lain mahupun tapak tangan.
6. Ulangi langkah secara berentak seragam, mengikut rythm. Push, roll, posisi jari yang tepat, push dan roll semula. Ulang sehingga kilang susu kosong.
7. Putar gerakan mengikut arah jam atau berlawanan. Pastikan kedudukan jari di dalam kedudukan 12-6, 11-5, 10-4 dan seterusnya. Jalani setiap putaran sehingga kilang susu kosong.
8. Gunakan tiga jari utama itu pada tangan bersamaan setiap payudara. Contohnya payudara kanan, gunakan tiga jari tangan kanan. Bagi payudara kiri, gunakan tiga jari daripada tangan kiri.
Elakkan!
- Menekan sambil mendorong/mengheret jari jemari anda. Tindakan ini boleh membuatkan payudara melecet.
- Menarik-narik puting payudara. Tindakan ini boleh merosakkan lapisan-lapisan lemak pada aerola.
- Meramas-ramas payudara (squeeze). Tindakan ini akan melukai payudara anda dan memberi kesan kepada kilang susu anda. Payudara juga cenderung bengkak apabila anda melakukannya.
Boleh juga refer sini : http://www.diyaluna.com/diary/2009/04/13/teknik-perahan-susu/
Comments