Skip to main content

Jom start ganti Puasa

Anda sudah membayar hutang puasa? Niat bulan nih mahu start ganti puasa. So apa ada dengan puasa dan penyusuan. Ramai ibu2 yang khuatir jika berpuasa sebabkan  penghasilan susuibu merudum.

MommaMia juga dulu  fikir camtu. Hakikatnya berpuasa tidak mengganggu penyusuan JIKA si ibu sudah mempunyai persediaan yang rapi dari segi fizikal dan minda. So ini persediaan pertama mommaMia. 


Apakah yang dikatakan dengan persediaan fizikal?

Kita boleh hidup tanpa makan selama 10 hari dan kita boleh hidup dengan hanya minum air selama 50 hingga 60 hari sekalipun. Ini kerana keperluan badan adalah 70 peratus adalah air. Maka tanpa makanan, kita masih boleh menyusu sebenarnya. Namun kebanyakkan ibu2 khuatir apabila tidak makan dan minum akan mengakibatkan susu kekurangan nutrien dan semakin sedikit. Ini tidak akan berlaku apabila si ibu sudah bersedia dengan persiapan yang teliti.

Apakah yang dimaksudkan dengan persiapan yang teliti?

Jika kita sudah tahu yang keesokkannya kita akan berpuasa, maka pastikan malam itu kita mempunyai dinner yang seimbang dengan segala keperluan. Pastikan menu mengandungi sayur dan buah-buahan demi memastikan kita tidak sembelit during berpuasa. Serat sangat penting agar pembuangan menjadi lawas dan mengelakkan penyakit buasir.

Pengambilan air perlulah disukat dengan sukatan yang khusus. Sebagai contoh 3 liter adalah bersamaan dengan 2 botol air 1.5liter.  Nampak seperti banyak 3 liter itu namun sebenarnya dari jam 6 petang waktu makan malam sehingga jam 5 pagi esoknya kita mempunyai almost 11 hours. So keperluan kita untuk melengkapkan minum 3 liter air adalah sangat panjang. Ini sangat membantu kita berpuasa dengan jayanya.


Jika berkemampuan, tidak salah mengeluarkan sedikit belanja membeli minuman berglukos seperti PD iaitu Performance Drink. Ianya minuman yang mengandungi formula opticarb iaitu membantu badan kita cergas sepanjang hari walau berpuasa, memastikan kandungan gula dalam darah  dan bendalir dalam badan adalah seimbang. Ia membantu si ibu tidak dahaga sepanjang seharian berpuasa disamping melaksanakan perahan buat si manja tersayang.


Bagaimana dengan persediaan Minda?

Minda adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat mahupun disentuh. Minda yang tenang dapat mengawal tubuh dengan lebih baik. Ianya akan lebih seimbang dan yakin akan hadir apabila kita dekat denganNya. Minda yang tenang dan yakin hadir hasil dari amalan kita sendiri. Amalan seperti bersedekah, berzikir, solat sunat membantu mendekatkan diri kita dengan pencipta dan secara tidak langsung akan meyakinkan kita bahawa janji pencipta iaitu Allah itu benar...barangsiapa yang menurut perintahNya akan menikmati banyak nikmat.

Sekadar perkongsian ringkas persiapan tubuh dan minda untuk berpuasa bagi ibu yang menyusu :)

(152) Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).

(153) Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk   menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan)   dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.

Selamat menganti puasa dengan jayanya. Allahumma Aamiin.

Comments

Nur Salwa said…
puasa thn lepas, cik P xdtg jupe salwa.. ingat dpt puasa penuh.. tp demam plak.. salwa kena ganti dua ari jek.. hehehe da abis ganti da pun.. kekadang ader gak wat puasa sunat, tp alhamdulillah sepanjang puasa, xmenggangu pengeluaran susu..
AziE-rAh said…
Aduh.. Bila baca post lin ni teringatkan niat Azie nak ganti puasa yg asyik tertangguh dek diselubungi perasaan malas...
Aduh... Sebulan tuh nak kena ganti coz Azie bersalin 1 week b4 puasa..
Hai... Entah bila lah nak gantikan puasa yg sebln tue.. Huhuhuhu....
atie @ ejay said…
ganti jgn tak ganti..
atie pun terkantoi sehari masa peknen aritu..penat xtertahan hehe
ajumohit said…
alhamdulillah aju tak tinggal pose las year, pas bersalin bulan 2, 8 bulan lepas tu baru period...so ibu adam ni pose penuhla YEYEYE...tp tahun ni tak bolehla mcm tu lagi hehehhe
eija_sweetmama said…
adeii..eija pun x ganti puasa lagi ni..
thanks mengingatkan :)
salamss alin,

waaaaaaa baru kmieja tersedar pasal ganti puasa thn lepas......tq alin kerana mengingatkan :):)
aiDieNa said…
Alhamdulillah.. puasa ganti sumer dah beres maser syawal yg lepas.. thn nie mesti kena ganti banyak.. due date ujung bulan posa.. ntah sempat raya ker tak.. huhuhu...
hurm..betul aAlin..akak pun nk mula gnti jg ni. ADa la 10 hari.Harap2 tiada halangan.Sebulan dapat 3 hari pun dh kira okey...
i follow u..thanks alin, pza dah dpt barang yang post tu..nanti pza update2 ye kat alin :)