Salam kecerian!!
Semoga hari nih akan lebih baik dari hari semalam... BERUSAHA yer!!
Semoga hari nih akan lebih baik dari hari semalam... BERUSAHA yer!!
Alhamdulillah... walaupun lil Dzakirah dah 10 bulan kami masih diberikan keizinan olehNya untuk bertendum pumping bersama. Gizillion thanks to MamaSSF, Kak Bibi, Sheila, Suhaily, Norhafiza, kak Hasny, Ida dan ramai lagi yang beremail/sms berkaitan BF or jemaah pumping jarak jauh dgn Alin... Kerana semangat anda, alhamdulillah Alin juga telah berjaya kembali bertendum pumping... Dengan kita sharing sebenarnya kita mengingatkan diri kita sendiri, berkata memang mudah kan tapi untuk melaksanakan memerlukan komitmen, semangat dan usaha yang tinggi.... Kalo Alin boleh, anda juga pasti BOLEH!!
Since last week Alin berjaya mendapatkan mood untuk berpumping during weekend sambil bertendum pumping... ni gara-gara keinsafan during house keeping EBM juga. Syukur, berjaya mencari semula semangat mengepam, setelah berminggu-minggu mood ke laut dek kekangan kerja yg melampau... skarang pun bz juga cuma masa tu lebih terurus. Alhamdulillah syukur ya Allah.
sumber google
Back to the topik hari ni...
Apa itu tendum pumping???
secara mudah tedum pumping adalah cara kita menyusukan bayi di sebelah payudara dan pada masa yg sama kite mengepam lagi sebelah.
Why Tendum pumping ni soooo POWERFUL??!
Walaupun kita buat double pumping sebenarnya tak boleh lawan baby punyer stimulation teknik... Kalo double pumping boleh dapat banyak hasil susu compare dengan single pumping, tendum pumping to my experience biasanya lebih banyak dari double pumping (ni ambil kira sebelah breast yer). Baby merupakan perangsang terbaik!
Kajian kes :
Alin buat double pumping almost 20 minit. Hasilnya sebelah kiri 2oz + sebelah kanan 3 oz... Tetiba baby bangun nak menyusu, so sambung bagi baby sebelah kiri dan sebelah kanan sambung pump... (jangan pk walaupun susu dah pump tak cukup nak kasi baby yer!!! InsyaAllah pk +ve jer...) Hasilnya after kurang dari 10 minit... ???!
Tadaaaa
Alhamdulillah, thank you Allah
Sebelah kiri 2oz + sebelah kanan 5oz = 7 oz
cukup dapat 5oz alin stop pump and bagi baby continue menyusu kat sebelah kanan pula
Buat yang guna manual pun boleh buat... mungkin agak susah, tapi pepandai la korang handle tang kaki anak or tangan anak tarik tarik tiub... Tak sure bagaimana?? boleh refer aksi mother-2mother.com. Antara lain yang dah cuba mamaSSF. Bleh terjah blog mamaSSF kalo tak cayo... usaha + doa + tawakal, pasti beroleh kejayaan. InsyaALLAH.
Elakkan mencari alasan , kerana ia adalah kunci kegagalan. Banyakkan usaha kerana ianya kunci kejayaan. Kejayaan perlukan kudrat, masa dan ilmu.... (suke dgn ayat kak N ni... thanks kak!!)
Selamat mencuba!!
Comments
macam scientist plak.. :)
nak buat tendum pumping bila anak dah besar ni mmg agak mencabar. lagi2 kalo dia dah alih perhatian dia kat tiub2 yang panjang2 tu, tak jadik dia nak menyusu.