Skip to main content

Fr Blog SusuSihat ~ Ratu Susu Ibu : Bersama Momma Mia


Smalam petang sebelum balik kerja terlihat nama mommaMia terpampang di entry SusuSihat... Ya Allah sangat terharunya... sebab dapat jadi Ibu pertama yang dinobatkan sebagai Ratu Susu Ibu. Thanks MamaLyna. Semoga blog SusuSihat akan terus  maju dan membantu ibu-ibu dalam perjalanan penyusuan mereka. So sesiapa yang tak pernah tahu pasal Blog SusuSihat, gie terjah sebab banyak info-info yg berguna utk breastfeeding mother semua....Jom support Blog SusuSihat.

Mulai bulan ini Blog Susu Sihat akan memuatkan siri temubual dengan ibu-ibu yang menyusukan anak, yang dipilih dari pemenang pertandingan anjuran bersama Blog Susu Sihat, dan top referral ke Blog Susu Sihat.

Ibu pertama yang dinobatkan sebagai Ratu Susu Ibu adalah top referral ke Blog Susu Sihat bagi tahun 2010, Momma Mia melalui laman blognya http://alinalan.blogspot.com. Momma Mia juga merupakan salah seorang peserta dalam pencarian Duta Bling Buubies.


Kita ikuti pengalaman beliau.

Serba sedikit tentang Momma Mia

Azlin Mohd Atan nama diberi… Berasal dari Gombak Setia Selangor. Berkerja sbg Engineer di syarikat swasta oil & Gas Company di Shah Alam. Hobi suka aktiviti lasak i.e jungle tracking semasa muda remaja, bila bergelar ibu suka mengsharing info ttg breasfeeding.

Anak-anak Momma Mia

2 org anak perempuan – Yg sulong Damia berusia 2 tahun 4 bulan, si adik Dzakirah berusia 8 bulan

Berapa lama menyusukan setiap anak?

Si kakak Damia berjaya menyusu dgn susu ibu sepenuhnya sehingga 1 tahun 2 bulan. Selepas disahkan pregnant, Damia mula menolak susu ibu… Hajat untuk menyambung penyusuan secara tendum nursing untuk Damia kurang berjaya kerana Dia sudah totally wean off dan menolak susu ibu secara direct mahupun botol.
Si adik Dzakirah masih menyusu dgn susu ibu.. sudah 8 bulan kami melayari perjalanan penyusuan susu ibu sepenuhnya… Perjuangan 6 bulan tercapai sudah kini kami menuju ke perjuangan 1 tahun.

Inspirasi penyusuan Momma Mia

Since ilmu breastfeeding lambat digali, inspirasi menyusukan anak banyak diperolehi melalui blog2 ibu2 yg menyusu seperti blog Farah Sarakids, Hanz, Nurul Dhia dan mummy Qaisara. Bertitik tolak dari itu, saya juga mula berkongsi setiap ilmu dan pengalaman penyusuan sebab saya tahu ada ibu-ibu diluar sana yang memerlukan seperti mana saya memerlukan ilmu penyusuan semasa anak pertama. Saya tidak mahu orang lain jadi macam saya yang lambat menggali ilmu penyusuan semasa anak pertama…

Persediaan Momma Mia untuk menyusukan

Persediaan penyusuan anak pertama bermula agak lewat. Ilmu penyusuan hanya digali semasa dalam pantang, so banyak yg kurang faham… masuk bulan ke-5 susu mula berkurang. So masa Damia 6 bulan saya masuk Class penyusuan bersama Farah SaraKids. Alhamduillah berjaya juga melepasi penyusuan susu ibu sehingga lebih 1 tahun.
Bertitik tolak pengalaman penyusuan anak pertama banyak mengajar agar lebih bersedia untuk anak no.2. So seawal di sahkan mengandung, ilmu Breastfeeding digali dan terus digali sehingga kini

Pentingnya peranan suami dalam menjayakan penyusuan ibu

Suami banyak membantu dalam pengurusan EBM semasa travelling… Saya hanya memerah susu, selebihnya suami yang akan make sure susu disimpan beku dan bagaimana packing EBM semasa pulang ke kampung. Suami juga memberi keizinan dalam memilih pump yang lebih baik from manual pump Avent ke Elektrik pump Ameda double pumping. Sokongan dan dorongan sentiasa diberikan dalam memastikan saya tidak mudah berputus asa dalam menjayakan penyusuan anak-anaknya.

Pendorong utama Momma Mia menyusukan anak-anak

Tentunya encik suami tersayang. Sejak kami membeli manual pump Avent semasa mengandung anak pertama kami dah pasang niat untuk menyusukan anak kami dengan hanya susu ibu. Selain itu, Ini kerana kelebihan menyusukan bayi sendiri adalah yang terbaik dan tiada tandingannya. Ia bukan sahaja bagus untuk si manja malah bagi ibu itu sendiri. sepanjang anak pertama menyusu susu Ibu, Damia jarang jarang sakit. Berbeza sungguh apabila dia sudah tidak menyusu ibu selepas 1 tahun 2 bulan. Mudah diserang demam.

Peristiwa paling pahit sepanjang menyusukan anak

Pump Ameda rosak setelah 4 bulan digunakan… Teroverdose guna kot. Heheh…
Pastu masuk 1 tahun stok EBM Damia yg seciput dlm 7 botol cair gara2 pintu fridge tak tutup betul…jenuh nak menggantikan kembali stok

Peristiwa paling manis sepanjang menyusukan anak

Bonding ibu dan anak adalah yg paling manis dalam penyusuan susu ibu… Waktu menyusu anak mata ibu dan anak bertentangan sambil anak mengusap2 muka ibu dan breast sangat touching dan menyentuh jiwa… priceless

Impian penyusuan Momma Mia

Kalo masa boleh diputarkan kembali saya ingin menggali banyak ilmu tentang penyusuan susu ibu sebelum melahirkan anak pertama bukan semasa berpantang. Tapi tu tak kan terjadi so apa yang boleh dibuat adalah berusaha menggali ilmu penyusuan susu ibu seawall pregnancy untuk anak-anak yang seterusnya. 

Jadikan pengalaman anak sebelumnya sebagai penyuntik semangat untuk mengharungi segala cabaran dan dugaan penyusuan. Sentiasa bersedia untuk menghadapi masalah penyusuan sebelum masalah penyusuan itu berlaku, mencegah lagi baik dari mengubatikan? i.e susu drop. Pastikan jadual pumping dipatuhi dan mengambil supplement tambahan untuk menangani masalah setelah mula bekerja i. Stress, penat

Pesanan Momma Mia kepada ibu2 yg berazam utk menyusukan anak

  1. Galilah ilmu penyusuan seawal pregnancy anda kerana anda akan lebih bersedia dan tahu untuk bertindak bila dugaan melanda.
  2. Disiplinkan diri untuk pump mesti tidak 3 jam sekali. sikit atau banyak bukan ukuran, yang penting kita sentiasa stimulate B kita baru ianya lebih produktif.
  3. Tinggal semua junk food, dan makanan yang akan menyurangkan susu spt coffee. Banyakkan makan sayur. pendek kata ape2 yang bleh memudaratkan susu tinggalkan. Minum air dalam kuantiti yang banyak… botol air sentiasa kat sebelah.. sampai pg meeting pon bawak skali air tuh. Amik supplement; spt Set breastfeeding Shaklee yang mengandungi B-complex, Vitamin C dan Alfalfa membantu banyakkan dan lancarkan susu manakala Multivitamin memperkayakan zat2 yang sedia ada dalam susu.
  4. Satu lagi yang penting… jaga MINDSET, semuanya datang dari kita sendiri, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. setiasa setkan dalam fikiran.. “susu aku sentiasa banyak”. kalo asyik duk pikir susu kurang je… ia akan automatik kurang… THINKING IS BREASTFEEDING MINDSET.”
  5. Banyakkan berdoa Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku.”
  6. Setiap cabaran itu pula pasti ada JALAN penyelesaian jika kita punya KEMAHUAN untuk berjaya.

Pandangan/harapan/ucapan terhadap blog susu sihat

Tahniah atas usaha anda dalam blog susu sihat. Teruskan usaha berkongsi setiap pengalaman ibu-ibu yang menyusu dengan susu ibu dan memaparkan info-info/tip2 yg bermotivasi dalam menjayakan penyusuan  sebab ia pasti akan menjadi sumber inspirasi terhadap ibu-ibu yang lain… Semoga usaha anda akan diberkati Allah. Happy Breastfeeding to all!

Blog Susu Sihat mengucapkan selamat maju jaya kepada Momma Mia. Tahniah dan terima kasih atas perkongsian berharga ini!

P/S : Ikuti pengalaman Momma Mia menguruskan EBM semasa travel ke luar negara. Tiada yang mustahil bagi ibu menyusu!

momma mia


Comments

Mek Rose said…
wah wah wah...tahniah alin..:-)
Wansteddy Tales said…
Tahniah Alin! Bukan calang2 ibu sngp berkorban masa dan tenaga utk full BF nak2 ibu bekerjaya mcm Alin. Mudah2an dpt terus dilaksanakan hingga capai target yg alin kehendaki :D
Rashifa Rosli said…
respect sgt ngan alin yang sanggup berkorban masa dan tenaga malah wang ringgit utk full Bf, mudahan alin akan terus berjaya dan nanti boleh lah jadi penasihat buat saya nanti
eija_sweetmama said…
Tahniah momma mia..mmg layak digelar Ratu Susu Ibu..tgk la hasil EBM pun mmg byk ..
yeah kak alin... shira pun jadikan pengalaman bf anas dulu sbgai 1 pengajaran... silap tak mengkaji awal... insya'Allah, anak yg dlm kandungan ni akan dpt susu ibu sepenuhnya... thanks kak alin, pendorong semangat kami! good luck utk kita!
nurbijen said…
tahniah alin...
mmg akak suka baca blog alin ni. pengalaman kita lebih kurang sama, tp akak lg terlambat sbb anak ketiga baru betul2 dapat fully bf
Azrina said…
Tahniah Alin...rasa kerdil sgt bila berdepan dgn ibu2 yg berjaya ni...
Unknown said…
bravo mommamia! keep it up :)
alinalan said…
Terima kasih semua... Sebab anda rajin datang ke blog miakiddiles maka momma dpt top referral tuk blog susu sihat...

maceh yer
Ibu_fauzaNazifa said…
wahhhh
tahniah momma mia
blog momma mia mmg jadi inspirasi sy
moh sesama kita fight ttg BF
Unknown said…
Stand A Chance to WiN a BRAND NEW MEDELA FREESTYLE when you join "MOTHER of THE YEAR" Contest!

Specially brought to you by Faheem's Wardrobe.

Inquiry?Email us at: Contest @FW
tahniah alin..pengalaman mmg mendewasakan..teruskan niat murni alin nie=)n nurul sokong bf 200%