Skip to main content

Keguguran Rambut Selepas Bersalin

by Mommy Lyna
Rambut gugur selepas bersalin adalah antara dilema yang dihadapi oleh para ibu. Kata orang tua, bila bayi dah mula menyembur, rambut pun mula gugur. Ada juga yang mengaitkan keguguran rambut selepas bersalin dengan penyusuan ibu. Benarkah?
Sebenarnya, keguguran rambut selepas bersalin adalah normal. Ia tiada kaitan dengan bayi menyembur atau menyusu badan. Rambut mengalami fasa pertumbuhan dan fasa ‘rehat’ iaitu bila rambut kekal di kulit kepala dan akan gugur untuk memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru. Oleh itu, keguguran rambut sebenarnya normal.

Cuma, bagi ibu yang lepas bersalin, keguguran rambut adalah lebih ketara kerana:
  • Hormon semasa mengandung menyebabkan rambut mengalami fasa pertumbuhan yang ketara. Apabila bersalin, rambut mengalami fasa ‘rehat’ dan sebagai memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru, lebih banyak rambut asal semasa mengandung akan gugur.
  • Kurang rehat, mungkin kerana menjaga bayi yang baru lahir.
  • Kurang vitamin seperti zinc dan protein.
Biasanya keguguran rambut selepas bersalin ni berlaku dalam 2-3 bulan selepas bersalin, sama fasa dengan bayi mula menyembur air liur.

Apa perlu dibuat sekiranya menghadapi masalah rambut gugur selepas bersalin?

  • Tukar syampu kepada yang lebih rendah kandungan bahan kimia atau yang berasaskan organik, dan gunakan perapi dari sumber yang sama. 
  • Tukar sikat rambut kepada yang kurang memberi tekanan kepada rambut dan kulit kepala.
  • Mengambil supplement yang mengandungi multivitamin dan mineral, zinc dan protein.
  • Minum air secukupnya.
  • Tidur dan rehat yang cukup serta jauhi stress.
Sepatunya masalah keguguran rambut ini akan berakhir apabila bayi mula memasuki usia 1 tahun. Namun, sekiranya keadaan berterusan, sila dapatkan khidmat nasihat pakar perubatan kerana keguguran rambut selepas bersalin juga boleh  jadi kerana kecelaruan hormon akibat tiroid dan juga anemia.

Bagaimana anda tangani masalah rambut gugur.. jom share!!

Berminat? 
Call.SMS :: 019-2682709
Email: azlin.mohdatan@gmail.com

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.  

** Testimoni ini adalah pengalaman sendiri dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut. 

Comments

~ As ~ said…
tulah masalah klau dah bersalin...rambut tu ada dmana2, tandas, bilik,dapur..*sigh* (rupanya normal)
Cik Puan Nurul said…
samala..tp sy smp arini still gugur tp lebih kpd putus la rambut tu..kalo sikat mudahla putus rambut mcm xkuat plak kan..kadang segan je ngan org,igt nk pi yun nam hair care dah tauu..tensenla
mohon share info ye...:-) sy pn tengah ader masalah yg same...huhu