Skip to main content

Wishlist mommaMia selepas tamat penyusuan 2 tahun lil Dzakirah

Belum pun reach target dah sibuk nak buat wishlist. hehe tak salah kan?? Seronok wooo, banyak benda bleh kick start, kena plan siap-siap so that mudah nak take action. Buat yang masih menyusu tu, berusaha !! Semoga kalian diberi sekeping hati yang "degil" dan cekal untuk terus berusaha dan menjayakan penyusuan susu ibu 2 tahun untuk simanja.

Jom tengok apa wishlist mommaMia...

1. Tanggalkan Implanon
Kami merancang menggunakan Implanon since Dzakirah 2 bulan. Reason sebab ia mesra untuk breastfeeding 2 tahun... Since dah nak capai target, so harus menggoggle tentang cara menanggalkannya. Sekurang-kurangnya tahu dan bersedia apa yang bakal berlaku. Jumpa blog beba yang share her experience tanggalkan her implanon. huhu ada ngeri gak.Gambar bawah ni tunjuk camne cara removal of implanon ni.

implanon-removal
huhu kena potong oooo.
Menurut beba total cost termasuk antibiotik and ubat tahan sakit RM 95
the experience, PRICELES

So singkatan kepada procedure remove implanon ni:
  • Kasi bius, inject sekali jek.
  • Potong sket..kecik jek.
  • Then tarik implanon keluar.
  • Kena jahit sekali then siap!
So luka ni kena biarkan kering, tak le kena air dalam 2 hari... then lepas 2 hari dah bleh bukak balutan... and kena tampal handyplus.. seminggu nnt kena jumpe balik and bukak jahitan… Nak tahu detail tentang Implanon boleh terjah SINI , SITU & SINUN.

2. Nak baby lagi
Moga-moga lepas bukak implanon tu kami dimurahkan rezeki untuk dapat baby. Akak Damia dah tak sabar nak adik tuh... lil Dzakirah plak mudah cemburu kalo momma dukong any baby.


Tapi momma tak risau malah dah start train anak-anak dengan hadiahkan patung baby. Teacher Watie GBOB kata its good for them to show love to new born baby. Lepas class GBOB hari tuh memang sibuk jer Damia nak baby... Tengok la aksi masing-masing. Thanks Watie for sharing.


3. Cabut gigi bongsu
Kisah ni pernah dipublish 2 tahun lepas, Oct 2010 - Surgery Gigi, Kesan Antibiotik dan Penyusuan Susu Ibu. 

Fuhhh million thanks to those yang merescue & komen tentang dilema gigi tuh... Ramai yang kata kalo gerham bongsu tak sakit tak yah la cabut dulu... So momma pun bertahan la walaupun ada "sakit-sakit manja", demi mengelakkan kesan terhadap penyusuan lil Dzakirah momma "degilkan" juga hati utk not to do the surgery dulu.

Sakit tu ada juga tapi masih boleh tahan... So kena start kumpul duit sbb costly gak la. Kalo tak nak rasa sakit langsung, ala-ala tidur masa surgery lagi giler cost dia.

4. Shape-up
Alhamdulillah breastfeeding banyak membantu dalam penurunan berat badan mommaMia kali ini..So now tinggal nak shape-up jer. heheh dah pregnant nanti lain citer. Selagi belum preggy still boleh usaha kan?! Asyik nursing bra jer kan? its time to change. Huhu...


Cukup la 4 jer, yang lain biarlah rahsia...

Comments

beba said…
Hi mommaMia,

saya ni dok kat KK.. :D kalau kat KK ni saya bukak hari tu kat private clinic kat Damai..Dr. John Teo..

kalau nak bukak better pergi jek kat doctor tempat yang kita pasang kot..

Good Luck making new baby..hehe..saya ni belum ade rezeki..still takde berita baik lagi..doakan2 sekali la ek.. :p

My not-so-latest update: Naik Bot Gi Tengok Monyet Belanda (Proboscis Monkey)