12
Utusan Malaysia
Selasa , 03/06/2008

KAEDAH MENJARAKKAN KEHAMILAN

Dengan perkembangan dunia perubatan yang semakin maju, sebenarnya tiada lagi istilah 'termengandung' yang biasa digunakan oleh kaum wanita sebagai alasan setiap kali hamil lagi. Pelbagai kaedah merancang keluarga yang selamat, berkesan, mudah diguna, tiada kesan sampingan dengan kadar kos yang berpatutan mudah didapati kini.

Sama ada kaedah yang digunakan bersifat sementara atau kekal, perancangan keluarga sebenarnya bermanfaat untuk kesihatan ibu dan anak serta memberi kesejahteraan kepada keluarga secara keseluruhannya.

Antara kaedah terkini yang semakin mendapat perhatian namun belum digunakan secara menyeluruh adalah implanon.

"Implanon adalah alat kontrasepsi berbentuk rod kecil yang dipasang hanya di bawah lapisan kulit (subdermal) di bahagian tengah lengan atas.

Ia boleh menghalang kehamilan sehingga tiga tahun dan tidak memerlukan sebarang tindakan harian,” kata Dr. Hamizah Mohd. Hassan dari Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Menurutnya lagi, implanon adalah kaedah halangan yang sangat berk
esan dengan kurang daripada satu peratus kegagalan dilaporkan. Kebanyakan kegagalan yang berlaku adalah disebabkan kedudukan implanon yang tidak tepat. Wanita yang memakai implanon akan subur semula selepas tiga minggu alat tersebut dibuka malah implanon juga tidak mengganggu hubungan seks seperti sesetengah kontrasepsi.

Setiap rod implanon mengandungi etonogestrel. Ia bertindak melepaskan hormon progestin pada paras yang tetap sepanjang hayatnya.

“Implanon sesuai untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi mereka,” jelasnya.

Kata Dr. Hamizah, implanon juga bertindak dengan cara memekatkan mukus serviks yang mana dengan sendirinya menghalang kemasukan sperma ke dalam tiub fallopian. Dengan ini, gangguan berlaku di bahagian endometrium sekretori yang mana ia menjadi nipis dan tidak membenarkan ovulasi berlaku.

Mungkin kedengaran agak menakutkan apabila rod implanon perlu dimasukkan di bawah lapisan kulit menggunakan trokar, namun menurut Dr. Hamizah, kaedah ini paling sesuai memandangkan ia kekal sepanjang pemakaian dan tidak memerlukan penjagaan yang melecehkan.

“Kalau dengan cara pil misalnya wanita tersebut mungkin akan terlupa,” katanya.

Namun begitu pemakaian implanon juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti kesan pendarahan atau haid yang tidak dijangka. Menjawab pertanyaan, Dr. Hamizah berkata, ada ketikanya berlaku kesan pendarahan tidak dijangka ketika penggunaan atau selepas tiga hingga empat bulan penggunaan.

Katanya, 50 peratus pemakai mungkin tidak mengalami haid atau mengalami sedikit sekali-sekala, 40 peratus mendapat pusingan haid yang normal manakala 10 peratus mengalami pendarahan banyak dan membebankan. Jika perkara ini berlaku, doktor akan menasihatkan supaya implanon ditanggalkan.

Implanon juga boleh menyebabkan komplikasi jangkitan setempat sebanyak satu peratus. Kesan-kesan yang biasa adalah berlaku lebam di sekitar kawasan kemasukan. Ada juga komplikasi berlaku ketika implanon ingin ditanggalkan terutama jika rod melebihi sebatang.

Masalah-masalah yang biasa dialami ketika menggunakan kontrasepsi lain seperti pening kepala, jerawat dan pertambahan mungkin juga boleh berlaku kepada pemakai implanon. Namun sehingga kini belum ada pengesahan sama ada implanon boleh mengubah risiko seseorang wanita terhadap kanser payu dara.

Siapa yang boleh menggunakan implanon?
Wanita yang mahukan kaedah yang mudah, berkesan, mudah dipasang dan ditanggal, mudah kembali untuk subur, kekal di tempat di mana ia dipasang, tidak perlu melakukan sesuatu terhadap kontrasepsi yang dipakai, tidak memakai sebarang kontrasepsi lain dan alah kepada estrogen sintetik.

Siapa yang tidak boleh menggunakan implanon?
Wanita yang mempunyai tumor thromboembolic disorder progestogen dependent (sama ada sudah mengetahuinya atau disyaki), mempunyai sejarah lalu atau semasa penyakit hepatik yang teruk seperti fungsi hati tidak kembali kepada normal, tumor hati benign atau malignant, carcinoma di dada, sedang hamil atau mengalami pendarahan vagina.

Fakta mengenai implanon:
  • berbentuk rod sepanjang 4 sm x 2 mm, mengandungi 68 miligram gonane progestin etonogestrel.
  • implanon boleh dikeluarkan pada bila-bila masa namun penggunaannya perlu dihadkan sehingga tiga tahun sahaja.
  • mula sekali diperkenalkan di Indonesia pada 1998, kemudian diluluskan penggunaannya di 30 negara lain dan kini telah dipakai oleh lebih 2.5 juta wanita seluruh dunia.
Cara pemakaian

 credit to mama zharfan
 
Anestetik disuntik pada bahagian lengan atas dan kemudian alat trokar seperti jarum digunakan untuk memasukkan rod implanon di bawah lapisan kulit. Prosedur ini hanya mengambil masa beberapa minit. Hanya doktor berpengalaman dibenarkan melakukan prosedur ini bagi mengurangkan risiko kerosakan saraf atau diletakkan di tempat yang tidak betul yang akhirnya menyebabkan kehamilan yang tidak diingini. Hanya 3.6 peratus pemakai implanon pernah mengalami komplikasi setempat termasuk bengkak, kemerahan, hematoma dan kesakitan.

Mengapa perlu perancang keluarga? Hukum??... 
Kata Dr. Hamizah, kaedah perancangan keluarga adalah untuk menjarakkan kehamilan atau mengehadkan bilangan anak sama ada secara sementara atau kekal.

“Perlu diingat bahawa kaedah perancangan keluarga bukan bererti tidak mahu anak,” katanya. Menurut Dr. Hamizah, seseorang yang mengamalkan perancangan keluarga adalah bersebab seperti menghidap kanser yang memerlukan rawatan, hamil berisiko, kahwin ketika usia terlalu muda atau usia lewat atau memiliki anak terlalu ramai dengan jarak yang rapat.

Jelasnya lagi, fatwa daripada Majlis Fatwa pada 1981 menetapkan bahawa kontrasepsi untuk mengurangkan bilangan anak adalah haram kecuali atas sebab-sebab yang mengharuskannya dan perlulah dilakukan dengan cara tidak kekal atau tidak memandulkan.

“Keadaan yang diharuskan adalah isteri terlalu lemah atau sakit, pasangan ada penyakit keturunan, isteri mengandung terlalu kerap atau masih menyusu bayi dan kandungan menyebabkan gangguan mental terhadap ibu.

“Merancang keluarga adalah bersifat sementara, menjarakkan anak kerana kesihatan, pelajaran dan kebahagiaan keluarga adalah harus,” katanya menjelaskan mengenai fatwa tersebut.

Nasihat doktor kepada mereka yang ingin merancang keluarga?
Dapatkan rundingan daripada pakar mengenai kaedah yang bersesuaian. Jangan dengar cadangan orang lain selain doktor kerana tidak semua kaedah sesuai dengan semua orang. 


p/s: 
 

Post a Comment

mama zharfan said... October 13, 2010 at 5:02 PM

sgt detail info ni. thanks for sharing. me termasuk dlm golongan 50% yg tak dpt menses at all :) Insya Allah, kalau ada rezeki, nak jugak baby sorang lg thn dpn :) so me akan tanggalkan lah implanon kat lengan me ni :)

NuZmEEn'S said... October 13, 2010 at 5:31 PM

Saya takut la pulak bila baca. Time lepas bersalin doktor ada tanya ttg nak merancang keluarga. Saya cakap nak natural tapi doktor tak galakkan. Takut terlepas katanya... Hmmm....

nieda said... October 14, 2010 at 8:02 AM

serious takut nk letak implan..huhu..

akmafaizal said... October 14, 2010 at 9:41 AM

nampak cam besor je..adeh,takut plak nk try.mahal tak? buat masa ni kaedah sendiri je..hehe :P

LeEyA said... October 14, 2010 at 2:49 PM

takut la plak.. besor benda nye.. ingatkan mcm cucuk ubat je... adoyai..

Momma Mia said... October 15, 2010 at 8:15 AM

@ mama zharfan - lega dpt info nih coz me tertanya2 kalo dah bukak nnti cane proses nk subur semula sbb period kan tak dtg langsung.. takut tak stabil pulak nnti. Tu nak tau sesiapa yg dah pernah pakai & bukak cane effect dia. nnti u bukak bg tau ek!

Momma Mia said... October 15, 2010 at 8:16 AM

@ Nuzmeen - same with doc akak. Since niat nk menyusu penuh 2 tahun akak amik implanon.

Momma Mia said... October 15, 2010 at 8:17 AM

@ Nieda - memula takut gak nieda sbb besar gabak tuh jarum dia. tapi since damia teman me buat so me ala2 berani gitu.. kejap jer pun proses dia & tak sakit. masa masuk jarum tu dia ada bg ubat so tu yg tak sakit.

Momma Mia said... October 15, 2010 at 8:18 AM

@ Akma - harga tu kene survery la.. tak sure plak harga dia tetap ke idak. me buat kat swasta mahal sket. ada org kata buat kat kerajaan murah. cuba check

Momma Mia said... October 15, 2010 at 8:19 AM

@ Leya - heheh... jgn takut dear. Jap jer proses dia. sakit cam gigit semut jer tu pun masa masuk jarum jer pastu yg lain dah tak rasa pe pun. percaya ler. But make sure buat kat doktor yg teror ek.

NuZmEEn'S said... October 15, 2010 at 5:47 PM

Buat masa ni, hope sgt tak period coz klu menyusu penuh, dlm 6 bln pertama i'Allah tak period kan?. For the next 18 months kena plan ni... nnt2 la fikir. hehehe

wan nurul hezrina said... April 20, 2011 at 11:40 AM

alin,nak tanya sangat nie..nurulpun ada pasang niat nak amek perancg keluarganie..ada gak survey2 kaedah mana.kalau pil mmg out lah sb jenis tak berdisplin makan ubat.n paling bgus kaedah implanon.agak2 bila bersalin jer bleh terus pakai ker?ke kene tunggu next period?betul ek tak sakit?seramm gak nengok

 
Top