Skip to main content

Jom Hisap Jari


Tahukah Anda???

Setiap bayi sebenarnya mempunyai sifat ingin menghisap secara semula jadi. Sesetengah bayi akan menghisap jari apabila mereka berasa penat, bosan atau perlukan belaian. Bayi anda bukannya lapar selepas menyusu. Kelakuannya itu adalah normal. Janganlah risau. Tabiat ini akan berkurangan apabila mereka mempelajari benda-benda baru. Kebiasaannya, tabiat sebegini akan hilang apabila bayi mencecah umur sembilan bulan hingga setahun.

Kajian juga menunjukkan bahawa bayi memang suka menghisap dan ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan. Bayi yang suka menghisap jari atau tangan didapati lebih mudah tidur malam kerana ia dapat membuatkannya selesa. Sesetengah bayi akan menghisap jari apabila mereka berasa penat, bosan atau perlukan belaian. Bayi anda bukannya lapar selepas menyusu. Kelakuannya itu adalah normal.

Janganlah risau. Tabiat ini akan berkurangan apabila mereka mempelajari benda-benda baru. Kebiasaannya, tabiat sebegini akan hilang apabila bayi mencecah umur sembilan bulan hingga setahun. 

Sementara itu menurut kajian yang dilakukan oleh American Dental Association, turut bersetuju, tabiat menghisap jari tidak akan memudaratkan dan menyebabkan masalah kepada pertumbuhan gigi dan gusi kecuali jika ia diteruskan melebihi usia empat hingga lima tahun. Kajian mendapati antara 85 hingga 99 peratus kanak-kanak akan berhenti menghisap jari atau tangannya sebelum mencecah usia ini.

Jadi, tiada apa yang perlu anda khuatirkan bukan? 

***
Bagi momma aksi Hisap jari anak-anak itu sungguh comel!! Anak-anak momma juga hisap jari. Lil Dzakirah sekarang sangat gemar hisap jari kekadang satu genggaman tangan tuh dia hisap. Bersunguh-sungguh tuh. Damia bila malu juga suka hisap jari. Mari layan aksi anak-anak momma hisap jari. Since both anak momma layan jari, momma pun join sekaki ler... tapi dalam mode memalu gitu. ahakss... Precious moment kami!!!


 Precious moment kami!!!

Ketahui maklumat lanjut tentang tabiat anak anda yang suka menghisap jarinya menerusi URL http://www.aboutourkids.org./articles/thumb_sucking_children. 
Pelbagai maklumat penting tentang perkembangan anak anda dapat diperoleh melalui laman web ini.

Comments

~ As ~ said…
baru je buat entry pasal Amira thumbsuckerni...harap2 besar nnt berenti la eh..-http://puannoel.blogspot.com/2010/10/thumb-sucking-habit.html-
alinalan said…
@ As - Amira chomel jer isap ibu jari dia... suka la tgk baby isap jari. geram!!
Fieza79 said…
sweet kalo tgk baby hisap separuh jari...comel je...
Anonymous said…
cute picture
Unknown said…
anak2 kakyong xde yg isap jari..
dlm adik-beradika de sorg yg isap jari.. adik lelaki.. masuk sek men pun masih lagi dia curi2 isap jari... heheh...