Skip to main content

Kemalangan Ngeri @ 10.10.10 - Alhamdulillah kami selamat

Sebelum momma bercerita lanjut, TAKZIAH kami sekeluarga ucapkan buat keluarga mangsa kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau semalam. Al-Fatihah!


Kami lalu kawasan kejadian dalam lebih kurang kul 5 petang lebih. Kejadian berlaku pada 6.50 petang semalam. Syukur Alhamdulillah kami sekeluarga selamat & tak terlibat dalam kemalangan mahupun kesesakan lalulintas di sana. Mahu terlepas cik hubby punyer bas ke utara malamnya.

Kalo dulu momma dikejutkan dengan kemalangan ngeri 10 penumpang maut bila bas ekspress 2 tinggkat Sani Ekspress terbabas & melanggar pembahagi jalan di Lebuh Raya Utara selatan berdekatan tol Jelapang. Kali nih ternyata lebih mengerikan. Siapa tak risau.  Bas antara transport utama cik hubby berulang-alik dari Bukit Mertajam ke Kl setiap minggu. Tapi nak kata fobia pun tak boleh jugak sebab so far itu antara pilihan yang ada untuk cik hubby. Momma hanya mampu doakan untuk cik hubby sentiasa.
Ya Allah Engkau peliharakan lah keselamatan suamiku di mana jua beliau berada. Semoga abang sentiasa berada dalam lindungan Allah. Amin!

*
*

Kami pulang ke kampung di Muar pada hari Sabtu lepas untuk majlis pertunangan adik ipar. Tahniah to Muksu Inda!! Majlis insyaAllah akan berlangsung tahun depan bulan Mac 2011. 

 Muksu Inda dengan momma anak beranak

 Muksu Inda dengan lil Dzakirah

  Muksu Inda dengan Damia
Penat Damia tunggu sampai tertido nak bergambar dengan muksu... hehe..
Sebenarnya Damia penat bermain, di siang hari tak tido langsung, 
tu pasal pengsan malamnya 

Comments

Little BlueBird said…
FYI, my fren involve in this accident...Dia naik kete accord..wife tak selamat..my fren..husband dia..kat ICU..he's nice person...sedih hari ni...
alinalan said…
@ mama Haris - MasyaAllah. sedihnya. Tuhan lebih menyayangi wife dia. Al Fatihah. Semoga your fren selamat & cepat recover.
firahadifa said…
Ya Allah... ye ker... seb baik awal sikit bertolak balik...
ya Allah~
sy pun sllu naik bas express.
takutnyeeeee! ;(
BIONIC WOMEN said…
Alhamdulillah, syukur momma n family selamat.Sangat ngerikan???
Ummi Salsabila said…
Alhamdulillah,akak n family slamt.Ya Allah lindungi lah kami.sedih tgk berita 10.10.10 ni...
alinalan said…
@ Fid - tu la pasal. we ouls tahu pun masa anta my hubby g bus station. Syukur sgt
alinalan said…
@ cutebaby - banyak2 baca doa pendinding bila kluar rumah sis
alinalan said…
@ Eily - memang ngeri la Eily. tengok paparan berita pun rasa sedih
& bergenang air mata tengok keluarga mangsa... kalo kt kat tempat mereka macam maner agaknya. Nauzubillah. mintak dijauhkan
alinalan said…
@ US - Amin. Ya Allah lindungilah seluruh kaum keluarga & rakan2 blogger sekelian. Amin!!
Anonymous said…
kita pun selisih beberapa jam jek..
alhamdulilah..kami terselamat dari eksiden ngeri..
syukur alhamdulilah
Anonymous said…
sediih dgn kejadian itu....alfatihah buat mereka juga

between cute tgk kakak tidor....:) nmpk mcm letih sgt hheheh...
eija_sweetmama said…
syukur alhamdullillah..momma mia xde pape..mmg ngeri betol kemalangan 10.10.10 tu..smpai ke hari ni pun still jdk isu hangat diperkatakan..takziah wat keluarga mangsa.