Bagaimana anda mengepam dan menguruskan susu ibu perahan di tempat kerja / di rumah.... (Perkongsian dari pengalaman sendiri)
Tidak ada susu yang lebih baik untuk bayi anda daripada susu ibu. Oleh itu, ibu-ibu digalak terus menyusukan bayi sepenuhnya walaupun terpaksa bekerja semula selepas habis berpantang.
1. Bagaimana anda mengepam ??!
Semasa di pejabat.
- Momma menggunakan kaedah "double pumping". So dalam sehari 3x pumping di office MESTI. Terbabas macam maner pun kena ganti semula.
Inilah best friend momma...
ke hulu kehilir kami sentiasa bersama.
Tak kira jika momma outstation mahupun balik kampung, mesti tak tinggal punyer.
Dia lah Ameda - Lactaline Dual Breastpump.
- Jadual pumping momma di pejabat biasa bermula @ 10.30-11am , @ 2.30-3pm dan @ 5.30-6pm. Kebiasaan nye momma akan berjemaah pumping. Rutin ini membuatkan kami akan sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain. Maklum ler kekadang leka buat kerja sampai terlepas waktu mengepam.
- Kalau dahulu momma pumping di surau, kini tidak lagi. Alhamdulillah kami berjaya memohon bilik penyusuan di pejabat. Ketika nih ada 4 ibu yang ekslusif pumping di pejabat dan 3 lagi ibu yang akan menjejaki langkah kami. InsyaAllah.
Ni pot mengepam momma...
yang hujung skali tuh...ada nampak bag penyusuan momma??
- Sebelum sesi pump bermula, momma akan pastikan mata momma ke dinding bilik penyusuan kami. Nak tau mengapa?? Di situ ada ditampal Doa & zikir untuk menyusu.
- Berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari.
- Berdoa - Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."
- Lebih menarik doa dan zikir tu hasil tangan momma dan anak kesayangan. Tak percaya jemput lihat entry di sini.
Tadaaaa...
DOA dan ZIKIR untuk penyusuan
- Selesai mengepam, Momma akan labelkan dulu susu yang sudah diperah dengan tarikh & masa momma mengepam. Ini penting yer. Momma menggunakan masking tape sebab bila membuat penyimpanan dalam storage bag momma tak perlu lagi untuk membuat label baru. So jimat masa & kos.
Label - tarikh dan masa
- Susu yang sudah dilabelkan akan disimpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama ice pack. Kebiasaannya, hasil penyusuan di 3x di pejabat momma dapat dalam 18-22 oz. Alhamdulillah. Thank you to Allah atas rezeki yang dikurniakan.
Ini cooler bag momma cum sumber inspirasi di kala mengepam.
Gambar anak-anak... Sangat ler penting untuk merangsang mood pumping & stimulasi semasa pumping.
- Selesai mengepam & menyimpan, tibalah waktu untuk membersihkan pump yang telah digunkan. Kelebihan Ameda - Lactaline Dual Breastpump adalah tidak banyak parts yang perlu dicuci. Hanya perlu menyuci corong pump dan diagfram pump. Ini sangat ler menjimatkan masa. Siap mencuci bagai, semuanya sedia disimpan di dalam bag penyusuan semula. Mudah kan.
macam-macam boleh sumbat tau dalam bag nih...
***
Semasa di rumah...
- Apabila di rumah momma lebih gemar menggunakan kaedah tendum pumping - sebelah payudara bagi baby menyusu, sebelah lagi pump. Kebiasaannya hasil perahan momma dalam 5 oz.
- Biasanya sebelum ke pejabat, momma mesti pump 1x. Sejak mula kerja judual pumping kul 3.30am amat susah momma nak follow sebab dah menyusu baring selalu terlelap skali dengan baby.
- Pulang dari pejabat, malamnya momma juga akan pastikan momma tendum pumping 1x before menyusu lil Dzakirah untuk tidur. So total 1 hari momma akan pumping 4-5 kali.
- Pernah juga momma menggunakan Teknik Marmet - Teknik memerah menggunakan tangan. Ini berlaku bila momma tertinggal corong pump di pejabat. Teknik ni memerlukan latihan dan kesabaran yang tinggi dalam melaksanakannya. Bayangkan momma amik masa dalam 15 minit untuk setiap breast... so total 30 minit. Lenguh gak kepala ni menunduk. Tapi alhamdulillah hasilnya... tadaa. Entry penuh disini.
- Susu yang sudah diperah kemudian akan dilabel dan disimpan dibahagian bawah peti sejuk.
- Semasa pulang bermalam di rumah emak, pernah momma terlupa bawa cooler bag dan ice pack. Cuak ler juga. Macam maner nak bawa EBM momma nanti. Nasib baik hubby ada idea. Seeloknya jangan kasi beku EBM tuh sebab mudah untuk bawa travel balik. kalo beku takut cair. Tapi kalo stay lebih dari 3 hari kene la buat beku yer. Seelok-eloknya drive terus balik rumah jangan singgah-singgah.
Step 1 : Anda perlukan ice yang banyak dan bekas termos makanan (ala yg utk tahan panas tuh..). Lepas tuh Masukkan ice dan EBM dlm bekas. Susun secara berselang seli dengan ice
Step 2 : Pastu penuhkan ice secukup rasa di atas skali bekas tuh
Step 3 : Lepas tu tabur garam kat ice batu tu banyak-banyak. Tujuannya utk melambatkan ice tu mencair dengan cepat semasa dalam perjalanan
Step 4 : Last skali jangan lupa tutup bekas tuh dan angkut skali masuk kereta.
***
2. Bagaimana uruskan susu ibu perahan
Susu perahan dari pejabat / di rumah...
- Apabila pulang dari pejabat, momma akan pindahkan susu perahan dari cooler bag ke peti sejuk bahagaian bawah dan beku.
- Susu yang disimpan dibahagian bawah peti sejuk akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok. Kebiasaan nyer momma akan bagi 1-2 botol.
- Susu yang disimpan dibahagian beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu. Kebiasaannya susu perahan yang dalam botol akan dipindahkan ke dalam storage bag dahulu sebelum disimpan.
Susu perahan semasa dalam pantang di bahagian sejuk beku.
Momma mulakan simpan stok selepas 7 hari berpantang (April 10')
Fridge berjaya ditawan (in June 10')
bahagian sejuk beku peti sejuk 2 pintu
- Setiap hujung minggu momma akan pindahkan hasil perahan dibahagian beku ke dalam freezer.
Alhamdulillah berjaya memiliki chest freezer ni
Penyimpanan susu perahan tiada masalah tempat lagi...
Stok-stok yang telah disusun semula (in Aug 10')
***
Jom sharing and caring
tentang pengalaman penyusuan anda
Comments
ameda laactine tu klu nak service akt mana yer>?
daku pinjam boss punyer n spring dia terkuar sikit time pumping tu.
huuuuuuuuuuu...
boss aku pun cam blurr bile bgthu
seb baik dia nak amik spectra.
ngeh ngeh ngeh.
kena service,karang nak pulang balik.
No. 19-1, 1st Floor, Jln 45A/26, Rampai town centre setapak, KL.
Tel : 03-414 90618
Baiknya bos kasi pinjam itu pump. Bertuah badan.
Rasa specta cam muat cuma cooler bag kene tengok cane la.
pum time tghari n balik jer.
pum tghari simpan kat pantry deprt opis.
pastu nak balik kuar n ltk dlm bekas lain yg daku beli ais kat kafe.
buh garam jugak kdg2.
tapi tak sempat nak buh sebab yg tdi dah beku,pkl 6 lebih dah smpai umah trus msuk peti ais.
huuuuuuuuu..
alhamdulillah.
beliau jugak ibu susuan yg tegar untuk ank beliau.
sodih kite,ri2 blk penang tertinggal cooler beg,tpakse buang 7oz susu.xbwk cooler beg..huhuhu..
tgk entri ni br tpk,rs nk ketuk2 je kepala..
dzakirah da stat solid ke momma?
Semoga membuat pilihan yg tepat
Lil Dzakirah dah solid food cuma tak fully lagi. Bubur nasi masih tak mau sgt. light2 cam biskut tuh so far ok.
tahniah k menang peraduan dr Dunia Susu Ibu..
tahniah momma mia..teruskan usaha kamu ;)
nak tannye la..mana nak cari chest freezer tu? brape ek harga die..dah lama dok cari2 tp takat ni tak jumpa lagi..ada jumpa tp yang besar saiz labscale.. thanks
this is my email: suwmohamed@yahoo.com
kalo kat ofis, setiap kali lepas guna pump kne cuci ker pump tuu?? maksud nye kalo pump 3x kat ofis, 3x kne cuci ker??
YES. Mesti kene cuci, kalo tak nnti sisa2 susu berkerak plak kat pump. balik umah kalo bleh sterilise plak pump tu dgn air panas tuk buang kuman2 yg tak nampak.
chest freezer tu beli kat Onking. brand Elba. Harga dlm rm1200
awal hingga akhir..
sy xbiase simpan stok mcm tu..
ank dah sthun 3bln..
sempat lagi x nk buat mcm ni ek..huhuu..
nk minta share ke blog
sy My LuRve Iman boleh?..tq
Nak beli bottle strilizer n steamer juga.
Boleh bantu sy nak beli yg mana satu....