Sumber : Bisikan sir 1
"Ya Allah hanya pada-Mu tempatku mengadu..."
Allah tidak menolong kaum yang fasiq. Apakah makna hidup ini jika Allah meninggalkanmu. Dia amat menyayangimu tetapi perbuatanmu terlalu melampau. Dia jadikan hatimu satu, tetapi engkau mengisinya dengan pelbagai kecintaan.
Engkau lebih cinta pada seruan nafsu dan syaitan, bahkan engkau berpaling dari seruanNya melalui petunjuk RasulNya. Jika begitu, bagaimana engkau mahu mencapai KEBAHAGIAAN?! Engkau tidak akan menemui syurga dalam kehidupanmu di dunia, apatah lagi di akhirat nanti. Perjalananmu menyimpang ke neraka dan engkau akan derita.
Dunia ini akan mendatangkan pelbagai masalah, bagaikan kapal yang bocor dimana air laut akan mula melimpah masuk kedalamnya sedikit demi sedikit.
Tutuplah lubang itu dalam kasih sayangNya dengan TAUBAT NASUHA, berdiri teguh dengan AKIDAH dan syariat serta sentiasa berZIKIR padaNya, BERSELAWAT pada NabiNya, insyaAllah segala kebocoran akan tertutup. Dia tidak akan meninggalkanmu apabila engkau sentiasa menyebutNya. Dia tidak menciptamu untuk membencimu.
Percayalah tiada keraguan padanya.
Comments
semoga dia cucikan segala titik hitam yg pernah kita cipta..semoga Allah lindungi me sekuarga dan momma sekuarga dari kejahatan dunia..amin
terima kasih atas perkongsian ni.