Wednesday, October 13, 2010

Tahukah Anda ?? - Kebaikan, Keburukan & Keberkesanan Alternatif Pencegahan Kehamilan


Memilih alat pencegahan kehamilan yang betul boleh menenangkan konflik terhadap hbungan intim selain membantu anda merancang keluarga. Terdapat beberapa jenis alat pencegahan kehamilan yang berguna untuk anda. Namun begitu, beberapa alternatif pencegahan kehamilan perlu anda tahu kerana ada kebaikan dan ada keburukannya.

KAEDAH HORMON

1. SUNTIKAN DAN IMPLAN
- Mengandungi progesteron untuk menghalang penghasilan sperma.

Kebaikan : sesiapa yang menghidap penyakit diabetis atau darah tinggi boleh menggunakan cara ini dengan selamat dan ianya tahan lama. Suntikan akan diberikan pada setiap 6 bulan dan implan akan bertahan selama 5 tahun. Info tentang implanon boleh baca di sini.

Keburukan : Berat badan bertambah, rasa mual dan pendarahan secara kerap merupakan kesan sampingan. Tahap kesuburan anda mengambil masa setahun untuk pulih.

Keberkesanan : Suntikan (99.7%) dan implan (99.95%)


2. PIL PENCEGAH KEHAMILAN & CAMPURAN
- Pil ini mengandungi kandungan hormon estrogen dan progestron serta bertindak menghalang penghasilan ovum oleh kaum wanita.

Kebaikan : Melindungi kanser rahim atau ovari dan mengelakkan osteoporosis. Ia akan mengatur datang haid dan mengurangkan Premestrual Syndrome (PMS) dan tidak mempunyai kesan sampingan untuk tempoh yang agak lama. Tidak seperti kondom, ianya tidak mengganggu hubungan keintiman anda bersama suami. Pil ini boleh diambil selepas 6 minggu selepas kelahiran bayi anda.

Keburukan : pening kepala, rasa loya, kenaikan berat badan dan kemurungan merupakan kesan sampingan. Jika anda merokok dan berumur 35 tahnun ke atas, menghidap diabetis atau tekanan darah tinggi, pil ini tidak sesuai untuk anda. Jika anda memberi susu badan kepada bayi, hormon estrogen dan progestron berpindah kepada bayi. Kandungan susu dalam badan juga mungkin berkurang.

Keberkesanan : 97%


3. PIL MINI
Pil ini menyebabkan sperma sukar memasuki uterus kerana mukus dikawasan serviks menebal.

Kebaikan : Sekiranya badan anda bersaiz besar, menghidap tekanan darah tinggi atau seorang perokok atau berumur 40 tahun, inilah cara yang disyorkan.

Keburukan : Perlu diambil pada masa yang sama setiap hari. Jika anda menyusu badan, ada risiko terhadap bayi.

Keberkesanan : 95%

**
KAEDAH HALANGAN

1. KONDOM  
- Ia menghalang pergerakan sperma memasuki ovum selepas berejakulasi. Penggunaan kerap akan menyebabkan kekeringan pada vagina. Elak menggunakan sebarang pelincir berasaskan minyak kerana ia boleh menyebabkan kondom koyak.

Kebaikan : Mudah digunakan dengan risiko kesihatan yang minimum. Kebanyakan mempunyai spermisid (bahan pembunuh sperma).

Keburukan : Anda mungkin terganggu semasa perhubungan seksual. Ia mudah koyak jadi sebaiknya anda tanggalkannya sejurus sahaja selepas persetubuhan.

Keberkesanan : 86%


2. DIAFRAGMA atau TOPI SERVIKS
- Cara ini digunakan bersama spemisid. Diperbuat daripada getah lembut untuk menutup serviks dan perlu disesuaikan dengan bentuknya. Ia boleh dimasukkan ke dalam serviks 6 jam sebelum berejakulasi dan boleh ditanggalkan tidak lebih daripada 30 jam selepas itu.

Kebaikan : Tiada hormon dibawa ke badan anda. Oleh itu anda dibenarkan menyuskan bayi. Kaedah ini menghalang sebarang penyakit pemindahan seksual atau STD.

Keburukan : Serviks anda akan selalu siperiksa untuk melihat salurannya. Pundi kencing anda mesti bersih ketika kaedah ini dijalankan kerana cara ini menekan pundi kencing anda dan boleh menyebabkan Cyctitis.

Keberkesanan : Diaphragm (80%) dan To[pi serviks (60%)


3. KAEDAH SEMULA JADI
- Kaedah ini diamalkan secara teori. Ovulasi terjadi apabila 12-16 hari sebelum datang haid. Oleh itu anda perlu mempunyai kitaran yang teratur dengan tujuan untuk mengenal pasti hari selamat untuk anda berejakulasi.

Kebaikan : Tiada kesan sampingan

Keburukan : Ada halangan dalam perhubungan intim. Ini boleh menjurus ke arah ketegangan dalam perhubungan anda dan pasangan.

Keberkesanan : ?? %

** sumber : Majalah Mami & Baby Oct 2010

8 comments:

Zaidah [Reply to comment]

zai makan noriday...nanti lepas adam tak menyusu nak apa plak yerk...peninglah..orang pompuan yang kena fikir..

qasehadam @ nurul [Reply to comment]

dah mende je yg hokey ye..xyah bersama la kot yg hokey hua3..adeh tgh memilih nk try noriday tp takut gemok

BIONIC WOMEN [Reply to comment]

masa breatfeed dulu eily x datang haid hampir 2thun..memula x makan pil, but gynae kata walaupun x datang haid, kemungkinan telur subur dan boleh bersenyawa tetap ada..sebab tu berlaku ada org breastfeed tapi lekat jugak..then makan noriday tapi berat naik..so plan secara semulajadi jer...wink..

Momma Mia [Reply to comment]

Uih ramai gak yg tahu pasal Noriday nih... me 1st time tahu nih. mesti goggle ni. Glad sharing this info.

Amy Syaquena [Reply to comment]

salam...

good info thanks for the sharing...

jom join baby contest..
http://sinarraudah.blogspot.com/2010/10/cutest-baby-contest-bersama-sinar.html

mariaariffbaby.com [Reply to comment]

tuh la..kita tak berani nak amik pil2 ni..sebab ikut history famili..makan pil perancang..badan cepat sangat naik

so..amik jalan selamat...pakai IUD..alhamdulilah, takde masalah..and bila nak pregnant nom 2..bukak bulan jan...bulan feb dah lekat balik..

:D

Momma Mia [Reply to comment]

@ Amy - Sharing is caring kan. Lgpun me tengah melakukan survey.

Momma Mia [Reply to comment]

@ Maria - ooo pakai IUD. wah cepat gak ek after bukak & melekat. Tapi takut ler sbb IUD tuh masuk bawah kan???

Related Posts with Thumbnails