Hampir  50-60% entry di blog ini berkisar tentang penyusuan susu ibu,masalah2  berkaitan penyusuan susu ibu,serta berkongsi tentang gaya hidup sihat  bersama makanan tambahan Shaklee… Apa yang saya share di blog ini bukan  semata2 milk booster di kala susu merudum tetapi saya berkongsi ilmu  bersama2 ibu2 di luar sana tentang hakikat sebenar yang ibu perlukan…..  dan entry kalini ni saya ingin mengulas artikel Pn Norita..artikel  beliau tentang rahsia sebenar untuk banyakkan susu …jom baca dan ambil  iktibar… text in red tu komen2 dari saya (sibukk nak komen gak..hihi)…
“Ada  seorang teman terkejut bila mendapat tahu saya dapat menyusukan Addin  sehingga 3 tahun lebih .... walhal saya ada teman yang menyusukan  anaknya sehingga 4 tahun setengah. Sebenarnya ada rahsia terbesar untuk  memastikan susu ibu itu banyak dan berterusan ....Saya sendiri baru  menyedari hakikat rahsia ini. Memang nampak pelik tetapi saya melaluinya  dan ramai sahabat2 saya juga melaluinya....
Rahsia #1 ( Rahsia Utama)
Pastikan pengambilan makanan waktu utama ( sarapan, makan tengah hari dan dinner) adalah lengkap dan seimbang… 
makanan inilah yang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan susu…Ada  ibu2 yang sangat takut untuk mengambil makanan berat kerana dikhuatiri  gemuk maka golongan ini akan makan sekadar memastikan perut tidak lapar.  Mereka ini hanya melengkapkan makanan harian tanpa memikirkan  keseimbangan zat yang diambil...dan kemudian golongan ini akan mula  bertanya mengapa berat anak saya tidak naik ye? …(  breakfast tu penting yer... ibu2 boleh buat mcm ni..mkn dalam kuantiti  sedikit..tapi kerap...tapi the kwy word here is..seimbang..BALANCE..jika  sedar yang tak mampu menyediakan makanan seimbang..ambil suplemen utk  melengkapkan ape2 yang kurang..tapi bukan menjadikan supplemen sebagai  makanan asas)
Rahsia #2
 
Banyakkan minum air- sebanyak mana?... hanya diri anda yang mengetahuinya.  Namun ianya tidak boleh dipandang remeh. Susu itu sendiri dalam bentuk  cecair maka air sangat penting. Air penting untuk menyahkan segala  toksin dalam badan maka si ibu yang sihat akan menghasilkan susu yang  berkualiti!
Berapa banyak air yang anda perlukan??? Baca sini 
 
Rahsia #3
 
Pengambilan supplemen adalah sangat-sangat penting.. Saya tekankan sekali sangat penting. Mengapa? Kerana  ianya banyak membantu agar tubuh menjalankan sistemnya dengan baik.  Pengambilan supplement banyak membantu agar metabolisme badan seimbang ... sebagai contoh pengambilan b complex membantu sistem tubuh berada di dalam keadaan tenang dan rehat.  
Susuibu akan lebih mudah terhasil dengan keadaan si ibu gembira dan tenang berbanding runsing dan keletihan. 
 B Complex juga berfungsi sebagai pemecah gula dalam sistem tubuh maka ianya sangat penting bagi memastikan seseorang tidak gemuk  atau mudah menghidap penyakit seperti kencing manis…Pengambilan Omega  dan Lecitin pula sangat membantu agar lemak yang diambil dari pemakanan  seharian tidak mendatangkan kemudaratan. Ianya membantumemecahkan lemak  di dalam tubuh si ibu dan secara langsung akan meningkatkan kadar DHA  dalam susuibu. Selain itu contoh lain yang boleh saya beri ialah  pengambilan alfalfa sebagai peransang kepada tubuh untuk menghasilkan  susu dan ternyata ianya sangat berkesan.   
(supplemen  disini bukanlah bermaksud drug to boost milk..tapi vitamin2 asas yang  memang diperlukan badan seperti multivit, B complex, Vitamin C,  Calcium,Protein… dan itulah yang saya letak di dalam Pack  Breastfeeding..bukan semata2 milk booster)
Masih tidak percaya?
Hasil  kajian saya secara peribadi mendapati rata2 ibu yang merasakan dirinya  hanya dapat menghasilkan susu yang sedikit atau mengalami susu merundum  adalah kerana golongan ini tidak menjaga pengambilan pemakanannya.  Mereka mungkin khuatir akan gemuk, maka akan mengambil makanan yang  ringan ( very light) dalam semua meal.
Ada  yang mengadu dengan saya, saya dah makan semua supplement yang N  cadangkan namun susu saya tidak melimpah ruah... maka saya akan bertanya  apakah pengambilan makan tengahari puan hari ini? Dengan nada lembut,  saya makan kuih muih sahaja hari ini. Wahai temanku sayang, kita bukan  hanya perlu pentingkan kuantiti tetapi kualiti.
Sebagai  contoh mudah saya cuba gambarkan ... bolehkah sebatang tebu  menghasilkan air tebu sebanyak satu jug? Biarpun kita menggunakan mesin  yang canggih untuk memprosesnya tapi yang pasti sebatang tebu takkan  dapat menghasilkan satu jug air tebu…. 
Saya memang seorang  yang kuat makan... namun saya pastikan pengambilan supplement asas tidak  saya abaikan agar makanan yang saya ambil tidak menjadi lemak mahupun  lemak tepu dalam tubuh saya. Siapa yang mahu kelihatan besar bukan? Maka  saya percaya ibu yang menyusukan anak ditambah dengan pengambilan  supplement yang betul akan memastikan ibu itu sentiasa ramping dan  kelihatan muda! Selain itu kesannya terhadap anak yang menyusu??,hanya  mereka yang mengamalkan 3 rahsia besar ini sahaja yang tahu  kehebatannya.. 
nah..tu dia rahsia Pn Norita... rahsia yang bukan lagi rahsia.....bagaimana dengan anda? Semoga Tahun Baru 2011, perjalanan penyusuan ibu-ibu lebih mudah, meriah dan diberkati olehNya!!


Comments