This entry taken from Cik Puan Nurul, one of Malaysian Breastfeeding Peer Caunselor Group. Thanks Nurul for sharing! Alin pun masih belajar dan akan terus belajar. Actually, sms Su ni Alin terima masa di Korea. Hajat Su memang nak try Shaklee tapi sebelum Alin share shaklee Alin just nak make sure cara penyusuan Su adalah betul dan tiada masalah. So kepada Nurul dirujuk. 
Entry ini adalah untuk perkongsian ilmu, semoga menjadi inspirasi dan motivasi kepada ibu2 lain.
Buat Su, don't give up dear!! Banyak kan berdoa & kerapkan menyusu Adam. InsyaAllah semoga perjalanan penyusuan Su dipermudahkan, Amin!!
Buat Su, don't give up dear!! Banyak kan berdoa & kerapkan menyusu Adam. InsyaAllah semoga perjalanan penyusuan Su dipermudahkan, Amin!!
Terimakasih kepada MommaMia  yang sudi panjangkan soklan ni kepada acikk..maka acikk dengan rendah  diri cuba tuk share kepada semua yang sudi ketahuinya..ni ayat yang  dikopi pes daripada kiriman sms MommaMia.
''Nurul  alin ni.nk mintak tolong lagi bleh. ada ibu ni masih berpantang bsalin  20 hari.. 1st wk aft bsalin bb dia masuk NICU sb dehydrate.dtor kata susu  dia sket n suh campur fm.dia dah berurut 3 hari n bidan kata susu dia  byk.tapi bila dia pump dpt 1oz je plg byk 2oz.
Menurut  Suhaili (si ibu tadi),ketika mengandung dia dan suaminya telah mengikuti  kelas persediaan penyusuan ibu dan sebagainya so memang dia dan suami  sudah berniat dan mahu menyusukan baby diorang dengan susu ibu  sepenuhnya.
Dalam kes Suhaili ni, doktor tadik mungkin telah  menyampaikan info yang kurang tepat dimana sepatutnya doktor tersebut  memberitahu bahawa Suhaili  mungkin kurang kerap menyusukan babynya bukannya susu nya tidak  cukup..maka kata-kata itu telah membuatkan si ibu tadik ni berfikir yang  susunya memang tidak cukup untuk si anak sehingga anak kekurangan air  didalam badan.(pelekapan mulut bayi yang salah ketika menyusu juga boleh  menyebabkan bayi tidak mendapat susu yang secukupnya). 
Malah  dengan menggalakkan si ibu supaya top-pup dengan susu formula akan  menyebakan lagi si ibu tadi tidak yakin dengan kemampuannya menyusukan  anak sedangkan bukan itu jalan penyelesaiannya.. saya amik contoh untuk  dikongsikan bersama ini ayat daripada Kaunselor Laktasi iaitu Puan  Kamariah dr susuibu.com siler rujuk link ini
Kadangkala  dan kebanyakan masa, ramai ibu mempunyai persepsi, bayi tidak cukup  menyusu berdasarkan keadaan payudara yang tidak begitu bengkak dan  hampir kempis. 
Hakikatnya, amat jarang sekali bayi tidak cukup menyusu  kerana jika diteruskan juga, susu pasti akan mengalir juga walau dalam  kuantiti yang sedikit. Secara tabiinya, apabila susu telah dikeluarkan  dari payudara, maka susu yang baru pula akan dihasilkan. Namun  jika ibu yang memang ditakdirkan mempunyai 'kilang' penghasilan susu  yang agak sedikit, maka resolusinya adalah tambahkan kekerapan penyusuan  atas sebab yang diterangkan di atas. (Bukan top up dengan formula yer!) 
Nasihat  saya, untuk memastikan bayi cukup menyusu, perhatikan pengeluaran bukan  berdasarkan kemasukan. Maksud saya, jika bayi cukup menerima susu,  pasti ada najisnya. Sekurang-kurangnya, bayi akan membuang air kecil 6  kali atau lebih. Selain dari itu, perhatikan juga pertambahan berat  badannya. Jika naik secara normal, ini bermakna bayi memang mendapat  cukup susu. 
** Rujuk pusat perubatan berdekatan untuk mengetahui pertambahan berat badan bayi anda.
Tentang  masalah bila pam cuma dapat 1oz hingga 2oz.. itu adalah keadaan normal  bagi ibu yang direct feeding lebih-lebih lagi apabila mengepam setelah  anak selesai menyusu.Hisapan daripada mulut bayi adalah mekanisme  terbaik bagi meransang penghasilan susu ibu maka sememangnya tak boleh  nak bandingkan dengan kadar penghasilan susu yang keluar melalui sedutan  pam sudah tentulah mulut bayi adalah yang terbaik.
Jika  bayi masih merengek dan kembali menghisap susu setelah 5 minit menyusu  itu adalah normal kerana pada usia begini bayi merasa selesa dan suka  menghisap. Keperluan bayi amat sedikit diawal kelahiran terutama pada 3  hari pertama. si ibu tak perlu merasa risau. Susu tu ada cuma  kuantitinya sedikit. Itulah namanya kolostrum, kemudian pada hari yang  seterusnya susu peralihan mula keluar. 
So payudara si ibu akan mula  bengkak sebab tu ramai ibu kata lepas 4-5 hari baru susu  keluar..sebenarnya susu dah ada dan sangat cukup untuk keperluan bayi  yang baru lahir. Cuba tengok balik tanda-tanda baby cukup susu. Perut  bayi yang baru lahir hanya sebesar lebih kurang sebiji anggur maka  kira-kira 7ml atau beberapa titik susu sudah cukup untuk membuatnya  kenyang. 
Seperti yang pernah saya kongsikan sebelum ini bayi yang baru  lahir memang kerap menyusu dan pada minggu-minggu pertama kelahiran ini  si ibu seharusnya kerap menyusukan anak bagi meransang pengeluaran susu  ibu tetapi jika sudah di campur dengan susu formula dan sebagainya maka  dari situla bermulanya susu ibu akan berkurangan harus diingat semakin  banyak permintaan maka banyakla penghasilan susu itu.jika bayi sudah  kenyang dengan disebabkan telah menyusu dengan susu formula maka  kekerapan bayi menyusu dengan susu ibu akan berkurangan lantas juga  menyebabkan kurangnya penghasilan susu ibu itu.
Suhaili  ade juga menanyakan tentang pengambilan supplemen..untuk makluman tidak  salah untuk mengambil makanan tambahan lain sekiranya si ibu tadi  merasakan perlu tapi pastikan ianya sesuai dengan tubuh badan kita dan  tidak mengandungi bahan-bahan yang memudaratkan. Sememangnya ibu yang  menyusu perlu mengambil makanan yang seimbang, pernah seorang rakan saya  yang bekerja dalam bidang pemakanan memberitahu sebenarnya kita hanya  perlu mengambil lebih kurang sebesar kotak mancis bagi hidangan seperti  sayur dan lauk pauk bagi sekali hidangan nasi. 
Namun jika si ibu merasa  perlu tuk mengambil supplemen untuk menampung kekurangan zat didalam  tubuh tidak salah,paling penting jangan bandingkan tubuh kita dengan  orang lain jika merasa kurang yakin berjumpalah dengan mereka yang lebih  pakar dan arif tentang hal ini.
*Tidak  semua pakar perubatan adalah mereka yang pro tentang penyusuan susu ibu  lebih-lebih lagi jika bukan dalam bidang pengkhususan mereka maka  sebaiknya berjumpalah mereka yang sememangnya pro tentang penyusuan ibu.

Comments
ibu2 yg dlm pantang ni selalunya cepat rungsing bila baby kerap menyusu... lebih2 lagi bila anak pertama,.. ;)
adik ipar kakyong pun masa 1st weeks dia dok ckp susu dia tak cukup.. tp kakyong insist suruh dia susukan jugak.. makesure baby melekap dgn betul. , pastu memang okay.. memang sepjg berpantang fully BF.. la ni dia dak koje.. dia topup dgn FM pulak.. huhuuu... kakyong plak yg sedih...