Skip to main content

Testimoni ~ Zat Besi, Susu Ibu dan Berat Anak yang Ideal


 Breastfeeding anywhere.. everywhere

Masih teringat 4 tahun dulu....masa Nasa masih dalam pantang. Waktu tu bulan raya dan saya terlalu excited makan kuih raya dan tat nenas menjadi pilihan saya. Bila makan tidak berpada...dan lupa yang diri tu menyusukan anak....yang merana si kecil la. Perut dia jadi meragam....bila ditanya pada mak bidan, makcik Maznah menjawab, nenas tu tajam...anak memang sakit perut sebab bisa nenas tadi. Lepas tu bidan saya terus berikan beberapa senarai makanan yang saya harus elakkan demi niat nak menyusukan anak. Selain nenas, ikan berduri juga tidak digalakkan. Sebab apa yang si ibu makan anak akan dapat sama bila anak itu menyusu sepenuhnya dengan susu badan ibunya.

Memula tu bidan saya tak percaya dengan vitamin terutama melihat banyak botol vitamin yang saya letakkan di meja makan untuk senang saya ambil selepas waktu makan. Tetapi beliau mula percaya apabila berat Nasa naik 2kg setiap bulan sehingga 3 bulan yang pertama.
Memang perkembangan Nasa hebat berbanding Addin. Mana tidaknya....kelahiran Nasa adalah melalui proses ceaser yang kedua bagi saya. Sudah pasti saya nak jahitan dalaman saya elok seterusnya penghasilan susu yang memberansangkan.

Masa dalam pantang saya amalkan makan vitalea 2 biji sehari, pagi dan malam. Memang disarankan pada botol 2 biji sehari tetapi bagi mereka yang sihat, sebiji dah memadai. Saya makan 2 biji masa dalam pantang sebab

  • 1. saya perlukan cukup zat besi untuk gantikan kehilangan darah masa proses kelahiran anak.
  • 2. saya tak makan makanan laut yang tinggi zat besi masa dalam pantang sebab takut protien makanan laut yang tinggi boleh hasilkan rasa gatal dan luka nanah dibahagian jahitan.
  • 3. Saya pastikan badan saya mempunyai cukup vitamin dan semua garam galian yang diperlukan.
  • 4. Saya menjaga diri saya dan anak semasa dalam pantang, maka saya perlu pastikan saya sihat dan kuat.
  • 5. Saya nak pastikan jahitan dalaman saya benar-benar sembuh.

Tapi lepas habis pantang, saya amalkan vitalea sebiji sehari sahaja... pernah satu masa tu saya miss makan vitalea. Seminggu asyik pening dan rasa nak pitam. Bila check ngan doktor, kurang darah...mana taknya, ibu breastfeed memang perlukan zat besi. So doktor kata saya perlukan multivitamin dengan zat besi. Then saya jawab, tak pe doktor rumah saya ada multivitamin. Doktor tanya lagi..." Adakah mutlvitamin puan ada termasuk zat besi?" Saya mengangguk tanda ada. Ditambah saya bf Nasa masa tu yang berumur setahun lebih, so doktor pesan jangan tinggal multivitamin dan b com supaya tekanan darah saya stabil di samping anak pun dapat khasiat dari vitamin yang saya amalkan.

Masih ingat pertemuan dengan pakar kanak2 Dr Cheah.... beliau sendiri berpendapat, sekiranya ingin meneruskan penyusuan susuibu sehingga 2 tahun, pastikan pengambilan zat besi dititikberatkan demi perkembangan dan pertumbuhan anak. Dr Cheah mengatakan bahawa biasanya selepas 6 bulan, kandungan zat besi dalam susuibu semakin berkurang disebabkan corak pemakanan si ibu yang tidak seimbang dan tidak mengikut piramid makanan. Apabila ini berlaku kesannya ialah pertumbuhan anak akan terbantut dan oleh kerana inilah ramai anak yang mempunyai berat yang tidak ideal dengan umur mereka. Namun pada sesetengah pendapat asalkan anak aktif , berat tidak menjadi masalah. 

Walaubagaimanapun sebagai ibu , kita bukan sahaja perlu prihatin dengan perkembangan dan pertumbuhan fizikal anak, tetapi kita juga perlu prihatin dengan perkembangan minda mereka. Berat yang ideal membantu pembesaran dan pertumbuhan otak yang sihat dan cerdas.

Sejak saya konsisten makan vitalea, saya tak de lagi masalah nak pengsan ke, nak pitam ke....alhamdulillah. Memang saya puashati la. Malah ramai ibu2 yang mengandung yang adalah masalah hb rendah...selepas disarankan amalkan set A [set optimum] mereka sangat puashati kerana taraf kesihatan mereka meningkat dengan baik.

Pada saya, selama 11 tahun dah amalkan vitamin Shaklee, ini antara KILLER produk yang paling di minati ramai!

Vita-Lea with Iron Formula

 
Berminat? 
Call.SMS :: 019-2682709
Email: azlin.mohdatan@gmail.com

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.  

** Testimoni ini adalah pengalaman sendiri dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut. 

Comments