Skip to main content

Persediaan Momma SEBELUM & SELEPAS Bersalin

Since this week dah 37 minggu, momma dah kene ready untuk menanti detik2 kelahiran sweetiebaby ni. So, ni antara senarai-senarai semak cum panduan momma untuk persediaan Sebelum & Selepas bersalin.


SEBELUM BERSALIN

1. Persediaan mental & Fizikal
  • Since this will be my 2nd baby, momma dpt rasakan debaran kelahiran sweetiebaby kali ni agak lain sbb nya momma dah tau cane rasa sakit nak bersalin. W/pun dulu masa Damia orang kata momma bertuah sbb senang bersalin but this time momma dub dab dub dab gak sbb anything can happen. Paling tak tahan when contraction every 5 mini tuh... Ya Allah rasa cam nak guling2 jer. Pusing kanan tak kene, kira pun tak kene. Pastu masa kene seluk bila nak check bukaan. Thus, kata-kata motivasi untuk diri sendiri kat SINI sedikit sebanyak dapat menenangkan debaran momma. Semoga kelahiran kali nih dipermudahkan lagi oleh Allah & lebih bermakna (sbb abah ada dgn momma), hopefully secara normal dgn sakit yg datang secara natural bukan sakit yang dipaksa melalui induce... kawan momma kata sakit kene induce.
  • Untuk persediaan fizikal, momma rasa should not be a problem sbb momma nih jenis yg tak reti duduk diam. Kat opis tuh momma antara yg rajin berjalan laju, cuma sejak trimester ke-3 kali nih speed tuh ada kureng sket. If kat opis, kalo dr floor momma ke bawah momma akan guna tangga cuma bila nak naik ke floor momma mesti naik lif, tak larat nak panjat tangga, turun no problemo... Tapi kat rumah since tak de lif so no choice kene naik turun tangga.
2. Persediaan penyusuan
  • Ulangkaji Posisi penyusuan
  • Teknik Penyusuan & Lekapan yang Betul
  • Kenali masalah-masalah yg menggagalkan Penyusuan Susu Ibu
  • Doa untuk BF momma
  • Petua banyakkan Susu Badan
  • Tips & protokol untuk meninggkatkan susu badan
3. Persediaan keperluan sweetiebaby
  • Alhamdulillah, momma rasa semua keperluan sweetibaby dr segi keperluan pakaian, diapers & penyusuan dah ready. Baju2 lama Damia yg boleh di recycle pun sudah dibasuh & berbau harum.
4. Persediaan hospital checklist & bag hospital
  • W/pun bag hospital masih belum dikemas, tapi dgn adanya print-out senarai checklist hospital seperti DI SINI sekurang2nya kalo tetiba jer emergency, momma bleh cekup jer barang tuh untuk g hospital. Alhamdulillah, masuk jer week 37 + abah dah balik from Penang = momma start kemas bag hospital tapi still tak siap sbb ada budak yg dengki. Habis semua kain baju momma dikeluarkan nya. Pastu dia masukkan diri dia dlm bag tuh. Tak cayo uolss tengok la piccas2 kat bawah nun...

  • InsyaAllah before Tuesday nih (30.3.10) momma akan pastikan bag hospital momma ready.
5. Persediaan handover notes & handover meeting untuk semua project-project yg momma handle kat opis
  • Alhamdulillah, last week momma berjaya siapkan momma punyer handover notes & conducted handover meeting to all related parties. Cam kesian lak nak handover semua project2 momma tuh kat Kak Raziah & Shahrul, sbb lately ni banyak pulak project baru masuk, tapi nak cane ek?? Hope handover notes momma jelas & dapat membantu dorang untuk meneruskan kerja2 nanti.
6. Persediaan keperluan Penyusuan
  • Breast Pump
  • Storage bag
  • Icepack
  • Cooler bag
  • Warmer - memanaskan susu yang telah disejukkan. Untuk menjimatkan kos, rendamkan botol dalam air suam
  • Sterillizer
  • Nursing bra
  • Nursing Cover
  • Baju Nursing
  • Milk supply helper (as & when required)
7. Persediaan keperluan berpantang
  • Set selepas bersalin. Momma memilih Set Bersalin Leesa Confine Mum (set B). Beli dengan kak Engku, best woo sbb dpt diskaun. Tip panduan memilih set bersalin bleh refer DI SINI.
  • Set Bersalin Leesa Confine Mum mengandungi :-
  • a. Prawan - Sebagai ‘ubat periuk’ untuk membantu menyihatkan rahim, mengecutkan peranakan dan menguatkan kembali badan selepas melahirkan. Cara Penggunaan ==> Ambil 2 biji sebelah petang bermula hari ke 4 sehingga habis pantang 44 hari.
  • b. Haruan - Membantu mempercepatkan penyembuhan luka luar dan dalam, terutama luka jahitan faraj. Diambil 2 biji sebelah pagi sehingga sebulan, tempoh yang cukup untuk melegakan luka.
  • c. Minyak Telon - Sapu di perut atau badan bayi untuk menghangatkan badan serta mencegah masuk angin.
  • d. Ginger Cream - Membantu membuang dan mencegah masuk angin serta menghangatkan badan. Cara penggunaan Sapu di dahi menggantikan pilis, atau mana-mana bahagian badan. Baik untuk dicampur minyak untuk berurut.
  • e. Body Contour Gel - Membantu mengurangkan lemak dan selulit. Picit sebesar duit 20 sen dan sapu di perut, pinggang, pinggul dan paha sebelum berbengkung bagi merampingkan kembali badan. Basuh tangan dengan sabun selepas sapuan.
  • f. Bengkung Correctuer - Bengkung ikat yang sangat praktikal untuk membantu membentuk dan meramping, badan pinggang dan mengempiskan perut.


SELEPAS BERSALIN

1. Kick start penyususan & checklist
  • Menyusukan baby within 1 hour after delivery. Since momma bersalin di hospital bukan rakan bayi (DEMC), momma to inform Nurse & Doktor untuk menyusukan bayi sejurus selepas bersalin or masa di "jahit". Pastu momma juga kene strongly request to rooming-in dimana sweetiebaby & momma akan ditempatkan di dalam satu bilik yg sama untuk memudahkan momma menyusu sweeetiebaby on demand or bila-bila masa perlu. Last check-up momma dah inform Doktor & doktor pun dah tulis dgn pen merah yg momma request fully breastfeeding. Next, just to keep reminding to staff nurse so that dorang tak lalai & amik mudah hak anak momma!!
  • Establish teknik lekapan yang betul. PENTING!! 
  • Susui sweetiebaby at least 8-12 kali pada hari / minggu awal kelahiran termasuk waktu malam.
  • Jangan sekali-kali anda limitkan/hadkan masa untuk bayi menyusu dengan menghentikan penyusuan. Ini adalah big No-No kerana anda sepatutnye membiarkan bayi anda menyusu selama mana yg dia mahukan dan kite kenalah "akur" dan "patuh" pd kehendak bayi kite time ni. Tempoh penyusuan mungkin akan berlangsung di antara 20 ke 45 minit. Sumber from Harlinda. A normal time frame for newborn baby feeding is 10-30 minit on each side. Sumber from Sarakids.
  • Tanda-tanda susu Ibu mencukupi - Bayi kencing 6 kali atau lebih 24 jam, Buang air besar 4 - 8 kali dalam masa 24 jam, Let down di buah dada yang sebelah lagi, Payudara keras sebelum menyusu dan lembut selepas menyusu, Berat badan bayi naik 18 - 30 grams / tiap hari atau 125 - 210 grams / seminggu, Bunyi bayi menelan susu. Sumber from Kak Engku.
  • Elakkan Pacifier/Puting Tiruan. Puting akan menyebabkan penyusuan on demand effected & ibu2 tak prasan anaknya lapar. Rujukan from Sarakids
  • Offer kedua-dua payu dara setiap kali sesi penyusuan pada minggu awal kelahiran. Bekalan susu untuk setiap payudara tak sama, ianya bergantung kpd kekerapan memberi pada baby. Rujukan from Sarakids
  • Sleep when your baby sleep - YES! Co-sleep dgn bayi anda! Ni jelah satu-satunye cara nak berehat bila bayi ada bersama kite. Time pantang sangatlah perlu diamalkan co-sleep bersama bayi utk memastikan kite mendapat rehat yg cukup. Sumber from Harlinda.
  • Ibu perlu makan makanan yg berkhasiat & boleh menambahkan air susu.
  • Hubungi pakar laktasi jika penyusuan menyakitkan or baby tak menunjukkan minat pada penyusuan. Kesakitan masa menyusu akan mengakibat poor latch / perlekapan
2. Pumping practice semasa berpantang.

3. Penyimpanan EBM

.... akan bersambung & di update from time to time until momma bersalin.


Comments

nurulazham said…
InsyaAllah semuanya selamatlah nnt ye...
Mazatul azura said…
Salam Alin... Kita doakan awak selamat... Take a good rest and be calm always..
Syahida said…
Salam MommaMia, secara teori nampaknya awak dah lebih daripada bersedia..semoga semuanya berjalan lancar...Mia jeles ye?? wait till she sees the baby..haha
alinalan said…
Nurul Azham >> Thanks dear!!
alinalan said…
Kak Mai >> huhu mekaceh... need that. Sronok ade geng opis yg berblog.
alinalan said…
Syahida >> w'salam dear. teori dgn yg real tak sama kan... hope all persediaan tuh membantu.

Skarng nih Mia yg terlebih excited nk dpt adik. tak mao tido awal. suh momma dia berlatih awal kot before adik kluar
Unknown said…
wahh.. pjgnyer check list.... ;)
kakyong dah beranak 3 ni, x penah buat checklist pjg berjela camni..
Alhamdulillah, aliya masih BF until now... ;)

selamat menyambut org baru... ;)
alinalan said…
Kak Yong >> hihi panjang ker? lepas geram la kak yong. Dulu masa bersalin kakak Damia tuh tak sempat nk prepare pape pun kali nih lepas geram prepare apa2 yg patut. lesson learnt fr 1 pregnancy.
Kimizo said…
memang kena buat list,
supaya senang bila dah tiba masa bersalin nanti