12
 

Minggu lepas momma g health checking by KPJ kat opis. Alhamdulillah, hasilnya positif cuma ada sedikit lemak berlebihan jer. So untuk mengingkirkan lemak-lemak yang tak berkaitan tu momma goggle untuk mencari jalan bagaimana untuk mengatasi masalah nih.


***
Naik tangga 61 kalori per 10 minit.
Ah, lupakanlah naik lif untuk seketika. Bukan apa ia sebenarnya untuk kebaikan kamu juga. Ketahuilah bahawa dengan menaiki anak tangga di pejabat anda sebenarnya mampu untuk mengencangkan otot pada bahagian paha anda, betis dan punggung agar lebih mantap. Dan sekiranya kamu bergerak dalam keadaan berlari sekalipun, ia juga mampu untuk melegakan bahagian pinggang anda pula. Hihi..tak mahu mencuba ke? Rugi tau sebab ia tidak melibatkan sebarang kos perbelanjaan pun..yang percuma hanya kos keluar peluh sahaja.

Mencuci pinggang mangkuk.
Setelah anda selesai makan janganlah sesekali anda tinggalkan pinggan dan mangkuk yang kotor tersebut disingki. Sebaiknya rajin-rajinkanlah dirimu itu untuk mencuci pinggan tersebut kerana ia akan dapat mengencangkan bahagian otot dan tangammu bergerak secara sekata.

Manyapu mampu membakar 23 kalori per 10 minit.
Tahukah wahai kaum-kaum hawaku sekalian sekiranya anda seorang yang rajin menyapu rumah setiap hari maka ia harus dibanggakan untuk kesihatan anda. Mengapa? Kerana dengan hanya menyapu sampah di luar rumah atau di dalam rumah anda sebenarnya lebih banyak melatih bahagian otot dan tangan anda berfungsi dan bergerak dengan lebih baik lagi.

Cuba pula anda ingatkan kembali sekiranya sesekali anda menyapu sampah pasti anda akan membongkok sedikt tubuh badan anda. Tahukah anda tanpa anda sedari bahawa otot dan bahagian pinggang anda akan turut merasa kelegaannya takala posisi tersebut dilakukan dalam gerak tatacara secara perlahan. Aktiviti ini sesuai sekali diamallkan secara silih berganti. 

Bagaimana caranya. Langkah pertama lima kali gerakan di tangan kanan, dan lima kali juga untuk gerakan tangan di kiri anda(ibaratkan anda sedang mengayuh sampan). Tapi harus diingat pergerakan ini haruslah dalam keadaan perlahan-lahan, bukan laju.. Setelah anda selesai membuat gerakan tersebut maka anda berdirilah secara menegak pula sambil menyapu seperti biasa dan ulanginya beberapa kali.

24 ‘Sit-up’ untuk mengempiskan perut.
Apa itu sit -up? Sit-up adalah satu senaman bangkit tubi dimana gerakan senaman tersebut akan membantu seseorang itu untuk memperolihi perut yang tegang dan kempis(sekiranya anda mengamalkannya secara tetap).

Waktu yang tepat untuk bersenam jam 4 petang hingga ke 8 malam.
Tahukan anda kediginan subuh sebenarnya adalah waktu yang baik untuk seseorang itu melakukan senaman ringan dengan sebaiknya. Ini kerana suhu badan anda, kekuatan otot di samping jumlah oksigen yang disalurkan dari peredaran darah ke jaraingan tubuh anda sebenarnya telah berfungsi dengan sepenuhnya. Maka itu adalah detik yang paling sesuai untuk kita mulakan senaman dari sekarang.

Percaya atau tidak waktu ini jugalah masa yang paling sesuai dalam sesi pembakaran kalori di aras yang paling baik dalam tubuh badan seseorang. Tahukah anda ’sit-up’ yang disarankan sebenarnya hanyalah 24 kali sahaja. Hah, anda tidak percaya..? cubalah! anda akan dapati perbezaannya yang ketara kelak.

sumber : http://cahayacinta.com/tag/senaman-yang-sihat

Post a Comment

qasehadam @ nurul said... October 25, 2010 at 8:40 AM

org kata kalo nak perut kempis wat 50-100 kali sehari sit up..huhu tapi kata kevin zahri xperlu wat byk yang penting KUALITI..kalo kuantiti byk tapi tak berkualiti tak guna gak huhu..sy takat ni setakat 30 kali adela nk wat lebih tapi anak selalu kacau hehe

Momma Mia said... October 25, 2010 at 9:02 AM

perghhh Nurul, no wonder ramping gitu. 30x banyak tuh. Me tengah slow slow start nih...

wan nurul hezrina abd halim said... October 25, 2010 at 9:44 AM

hehe blum mula apelg dok kumpul lemakjerk.hehe..akn diusahakn

Zaidah said... October 25, 2010 at 9:45 AM

zai nak cubalah...yang turun naik tangga tu adelah jugak kat opis buat sebab opis zai memang kena gunakan tangga...hehehe

Sidratul Muntaha said... October 25, 2010 at 9:47 AM

ari2 menyapu n basuh pinggan.
tapi naper tak tegang2 pun lemak kat lengan?
ahaha...
degil sungguh lemak itu.

cik puan akish said... October 25, 2010 at 11:34 AM

emm...me pon ari2 basoh pinggan..tp...cam tade ape aje..tape..akan digigihkan lagi..:)

mariaariffbaby.com said... October 25, 2010 at 11:46 AM

wah..menarik tips-tips ni..
thanks for sharing it!

:)
kita suka basuh pinggan..sebab suka bau+main air sabun tuh!

BIONIC WOMEN said... October 25, 2010 at 11:53 AM

kalau momma dah ader lemak berlebihan..bayang..bayangkan diriku yg disini..berlebihx8an..hahahahah
asenya basuh pinggan hari2, sapu sampah hari2..huhuhu..tapi degilnya..

Little Tots Journey said... October 25, 2010 at 1:58 PM

Nak Kurus gak!!!!tapi susah lar.....

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said... October 25, 2010 at 9:56 PM

24 kali je??
ok akan dicuba
mmg tak kuasa buat banyak2 pun haha

nieda said... October 26, 2010 at 7:31 AM

tq for sharing..harus hapuskan lemak

Cery said... October 26, 2010 at 2:49 PM

thanks 4 sharing..lehla cery share kat blog cery ye.. part sit up tu mmg cery sokong sangat..dulu2 rajin buat50x sehari..mmg nampak beza...lama2 ni dah jadi malas...aduhh....menternak lemak perut..hihih

 
Top