2


fr google

Kenapa kita perlu malu mengakui kesilapan. Allah menegur Nabi s.a.w ketika Baginda memalingkan wajahnya dari Ibnu Maktum yang tua dan buta. Allah juga menegur isteri Nabi apabila mereka membisikkan amanah Nabi. Ayat-ayat teguran itu termaktub dalam Al-Quran yang dibaca hingga kini. 

Nabi  dan keluarganya tidak menyembunyikan kesilapan. Kesilapan membawa kebaikan sebagai iktibar buat umatnya. Kesilapan adalah fitrah kerana di sana ada namaNya yakni AL-GHAFFUR (Yang Maha Pengampun). Tidak mahu mengakui kesilapan adalah menganggap dirinya sempurna dan kesombongan.
"Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri... (An-Nisaa : 36)"
Iblis tidak mahu mengakui kesilapannya apabila ditegur oleh Allah, maka ia terus melakukan kesilapan demi kesilapan.

Rendahkan dirimu kepada Allah dengan membanyakkan taubat dan akui diri banyak melakukan kesilapan. Kesilapan tidak akan menghancurkan kehidupan. Jika kita memang melakukan kesilapan, katakan "YA" apabila orang bertanya. Akui kesilapan dan berjanji untuk tidak mengulanginya. Beri peluang kepada diri, tapi bukan dengan terus angkuh dan menutup kesilapan dengan pelbagai helah.

Kesilapan adalah ubat dariNya untuk menyembuhkan penyakit takabur, riya', cintakan kemasyuran dan sebagainya.

Para kekasih Allah lebih suka dicerca daripada dipuja. Mereka tidak akan membela diri apabila dicerca keaibannya, malah bergembira mengakui kesalahan mereka, malahan keburukan dirinya dikhabarkan lebih banyak lagi dari yang diketahui orang. Meraka bukan cintakan sanjungan manusia, hanya cinta Allah yang dicari.

Jangan rasa maruah telah jatuh apabila mengakui kesilapan. Sebenarnya maruah dirimu lebih berharga apabila bangun berterus terang mengakui kesilapan, bangun dengan menyapu segala debu sama ada yang di hadapan atau di belakang.

Orang yang tidak pernah jatuh tidak akan tahu ada debu dibelakangnya, kerana ia hanya melihat dihadapan. Ramai para kekasih Allah adalah mereka yang bangun dari lumpur kesilapan. Awaslah, tenggelam dalam kepujian dan sanjungan amat berbahaya kepada hati. 

Sang monyet jatuh dari pohon yang tinggi kerana terlena dengan angin yang lembut. Hati yang benar-benar tenggelam dengan Allah akan binasa. Makin subur sifat takbur, riya', cintakan pengikut, munafik dengan sifat sebenar dan terbuka luas pintu duniawi yang menyeretnya kepada kelalaian. Ia akan terlena dengan pujian, merasa dirinya sudah sempurna, tiada boleh ditegur dan bahayanya lagi ialah ia merasa aman dari murka Allah.
Ketahuilah bahawa kesilapan adalah UBAT dan terus menerus melakukan kesilapan adalah RACUN. Tapi, tidak mahu mengakui kesilapan adalah KEMUSNAHAN!!
Jadikanlah kesilapanmu sebagai anak tangga kepada kebaikan. Jadikanlah ia sebagai pedoman bagi orang lain. Hanya kepada Allah berhak kita malu dan bergantung. Jika Dia mahukan kemuliaan kepada seseorang, tiada siapa yang dapat menjatuhkannya. Dan jika Dia mahu menghina seseorang, tiada siapa boleh menolongnya.

Sesungguhnya Allah amat suka kepada suara yang merintih mohon keampunan. Sesungguhnya Allah amat mencintai hamba yang berjalan di atas muka bumi dalam keadaan merendah diri. 
"Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung ganang... (Ai-Israa' : 37)"
Sumber : Bisikan sir 1
"Ya Allah hanya pada-Mu tempatku mengadu..."


p/s : Ampun kan jika momma pernah melakukan kesilapan sepanjang perkongsian di blog kami mahupun di blog kalian semua...


Post a Comment

Zaidah said... October 29, 2010 at 4:34 PM

memberikan sokongan n semangat untuk zai....terima kasih mommamia

Cery said... November 1, 2010 at 10:15 AM

good entry... baca2 di monday blues ni.. thanks 4 sharing..

 
Top