Tak pernah atau pada situasi tertentu saja? Itu maknanya Anda kurang bersyukur. Kami sedari perkara ini apabila terbaca kebaikan dari mengamalkan sujud syukur lalu  mengamalkannya. Apabila bersujud lalu melafazkan syukur sepenuh hati  sehingga rasanya meresap jauh ke dalam kalbu, Anda akan jadi bersemangat  serta merta. Anda rasa gembira serta merta. Entah sebab apa!
Itulah magicnya bersyukur. Anda jadi gembira tak semena-mena. Mulai  hari ini, pelajari cara untuk bersujud syukur, kemudian amalkan.
Ketika Anda bersujud syukur, ucapkan terima kasih setulus hati pada  Allah Yang Maha Esa. Fikir sesuatu perkara yang Anda paling hargai  sekarang ini, kemudian panjatkan kesyukuran pada Yang Maha Esa.
Semua yang Anda ada hari ini, semua yang Anda miliki dan semua yang  Anda gunakan hari ini sebenarnya pemberian Allah Yang Maha Esa cuma  disalurkan melalui orang-orang disekeliling Anda. Anda dapat membaca  buku-buku motivasi kerana ada orang menulisnya untuk tatapan Anda.
Anda dapat makan nasi tengahari tadi sebab ada orang menuai padi  untuk Anda, menjadi beras kemudian ada orang memasaknya untuk Anda  sebelum nasi itu sampai ke tangan Anda lalu disuap ke mulut Anda.
Pernahkah Anda terfikir untuk bersyukur pada Tuhan atas nikmat ini?
Pernahkah Anda terfikir untuk berterima kasih pada Allah kerana Anda  dapat makan nasi tiga kali sehari, bahkan sebanyak mana Anda mahu?
Latih diri Anda untuk mensyukuri perkara-perkara asas sebab latihan sebegitu akan membuat Anda jadi gembira, bersemangat sentiasa.
Kesyukuran mendalam dapat mengikis kenegatifan, syaratnya tumpukan seluruh perhatian pada perkara-perkara di sekeliling Anda,selepas itu ucapkan terima kasih pada Tuhan kerana dengan izin dariNYA, Anda ada semua itu, Anda nikmati semua itu.
sumber : http://www.imotivasi.com/berapa-kalikah-anda-sujud-syukur.html
 Boleh juga amalkan doa ini dalam solat 5 waktu kita



Comments