Memulakan sesuatu senang. Mengalami prosesnya dan membawa proses ke penyudah, itu agak mencabar. Setengah orang kata, susah! Motivasi diri kita jadi motivasi bermakna apabila kita bersemangat ketika menjalani proses dan ketika mencapai penyudah. Macam main bola.  
Orang paling suka bila bola masuk ke gawang, tapi orang tak suka bila bola tak masuk-masuk ke gawang.
Untuk menjadikan diri bermotivasi, perhatian kita  perlu di tumpukan pada proses, iaitu cara-cara perlaksanaan menuju ke  matlamat. Bila caranya betul, usahanya betul kemudian kita pula  istiqamah serta percaya Allah membantu kita, pasti kejayaan mencapai  matlamat dapat dicapai.
Comments