9

 

Anda penggemar coklat???!!


Momma pantang dengan coklat nih... pantang jumpa. Especially coklat yang favourite lagi la pantang jumpa... 

Seronok baca khasiat coklat nih tau. Happy reading ...

 
  ***
Coklat tidak mengemukkan. 
Tidak ada satu jenis makanan akan menyebabkan gemuk. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan. Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan.

 ***
 Coklat adalah kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols. 
Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. 
Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.

Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung. 
Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.


 ***
coklat tidak menyebabkan migrain
Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh mendapati coklat tidak menyebabkan migrain seperti yang disangkakan sebelum ini. Mereka yang sering mengalami migrain atau sakit kepala boleh memakannya tanpa perlu risau ia akan menyebabkan sakit kepala.

 ***
coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang...
yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.

 ***
Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan.
Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.

  ***
Coklat bukanlah penyebabkan jerawat. 
Jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik. Jangan streskan diri, makanlah coklat. Ia boleh tenangkan anda sewaktu stres.

 ***
Coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi.
Coklat adalah salah satu makanan aphrodisiac. Phenylethylamine adalah kimia yang berkait dengan amphetamines. Ia meningkatkan aliran darah, kadar glukos dalam darah, jadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa puas. Coklat boleh dikatakan makanan untuk seks selain tiram.

  ***
Coklat berwarna hitam merupakan sumber tembaga (copper) dan dalam kadar sedikit adalah perlu untuk kesihatan metbolisma dan membantu menghalang penyakit Alzhemier's dan osteoporosis.
  ***
Bagi wanita yang menghadapi PMS, makan coklat dapat membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan.
Datang bulan mengurangkan kadar magnesium dalam badan dan ini meningkatkan masalah kesakitan waktu haid (PMS).

  ***
Bagi wanita, coklat menggalakkan pengeluaran kimia endorphins bagi otak wanita, yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stres.
 
 ***
Selain coklat, mengambil soya 40mg ke 80mg sehari boleh melegakan masalah yang timbul akibat datang haid kerana soya mengandungi phytoestrogens, struktur kimia yang hampir sama dengan estrogen. Mampu menolong mengurangkan ketegangan.

 ***
lagi BEST, kalau kita dapat coklat FREE kan?

 ***
Makan coklat adalah baik untuk kita, 
namun seperti mana-mana makanan janganlah ambil berlebihan.

Post a Comment

Cery said... October 20, 2010 at 1:00 PM

cery suke coklelat gakkk..baru je share kat blog cery resipi coklat cluster... alin buat laa..sedapp.kalo alin dekat..bleh cery kasi rasa... :-)..kat umah ni cery mkn sorang je.faiz tak suke..

cha said... October 20, 2010 at 1:40 PM

kita sukaaa coklat. baru je lepas makan coklat ni... ada terbaca kat pa&ma november, coklat bagus tuk kanak² juga.

[-suziey-] said... October 20, 2010 at 2:39 PM

ouh i like ths n3..hehe..sy penggemar coklat..benar..coklat xmenggemukkan..kalori dia pn xtinggi sgt..mknla berpada2..

wan nurul hezrina abd halim said... October 20, 2010 at 4:19 PM

sangat2 suker coklat..sedapnya..bnyk gkkan kelebihan coklat?

Momma Mia said... October 20, 2010 at 10:53 PM

@ cery - wah menarik la cery. insyaAllah akan me try. kalo buat lebih bgtau ler... me g amik boleh?

Momma Mia said... October 20, 2010 at 10:54 PM

@ amboi cha siap bgtau tuh... ni yg tak tahan nk cari coklat ni

Momma Mia said... October 20, 2010 at 10:58 PM

@ suziey - heheh kita boleh buat club ibu2 yg suka coklat nih. aci ke? hehe

Momma Mia said... October 20, 2010 at 11:00 PM

@ wan - sib baik ada org yg rajin buat research kan. if not sampai bila pun org akan kata keburukan coklat

kakyong said... October 20, 2010 at 11:12 PM

kakyong pun suka makan coklat.. masa pregnant usah ckp la.. sampai terlebih2 makan.. konon2 nak kurangkan stress... tp stress kalo tak dpt jumpa coklat.. la ni dah kurang sikit.., tp memang pantang JUMPA>..

 
Top