Anda penggemar coklat???!!
Momma pantang dengan coklat nih... pantang jumpa. Especially coklat yang favourite lagi la pantang jumpa... 
Seronok baca khasiat coklat nih tau. Happy reading ...
  ***
Coklat tidak mengemukkan. 
Tidak ada satu jenis makanan  akan menyebabkan gemuk. Pengambilan  berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori. Jika kalori ini  tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan.  Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah  semua jenis makanan. 
 *** 
 Coklat adalah kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols. 
Ia  membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. 
Kandungannya sama  seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.
Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung. 
Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA  daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang  boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.
 ***
coklat tidak menyebabkan migrain 
Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh  mendapati coklat tidak menyebabkan migrain seperti yang disangkakan  sebelum ini. Mereka yang sering mengalami migrain atau sakit kepala  boleh memakannya tanpa perlu risau ia akan menyebabkan sakit kepala.
 *** 
coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang...
 yang  menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat keluarkan  endorphins yang membuat kita rasa gembira.
 *** 
Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan.
 Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.
  *** 
  Coklat bukanlah penyebabkan jerawat. 
Jerawat disebabkan oleh perubahan  hormon dan genetik. Jangan streskan diri, makanlah coklat. Ia boleh  tenangkan anda sewaktu stres.
 *** 
  Coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi.
  Coklat adalah salah satu makanan aphrodisiac. Phenylethylamine adalah  kimia yang berkait dengan amphetamines. Ia meningkatkan aliran darah,  kadar glukos dalam darah, jadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa  puas. Coklat boleh dikatakan makanan untuk seks selain tiram.
  *** 
Coklat berwarna hitam merupakan sumber tembaga  (copper) dan dalam kadar sedikit adalah perlu untuk kesihatan metbolisma  dan membantu menghalang penyakit Alzhemier's dan osteoporosis.
  *** 
Bagi wanita yang menghadapi PMS, makan coklat dapat  membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan.
 Datang bulan  mengurangkan kadar magnesium dalam badan dan ini meningkatkan masalah  kesakitan waktu haid (PMS).
  *** 
Bagi wanita, coklat menggalakkan pengeluaran kimia  endorphins bagi otak wanita, yang menggalakkan rasa gembira dan  mengurangkan stres.
 *** 
Selain coklat, mengambil soya 40mg ke 80mg sehari boleh melegakan masalah yang timbul akibat datang haid  kerana soya mengandungi phytoestrogens, struktur kimia yang hampir sama  dengan estrogen. Mampu menolong mengurangkan ketegangan.
 *** 
lagi BEST, kalau kita dapat coklat FREE kan?
 *** 
 Makan coklat adalah baik untuk kita, 
namun seperti mana-mana makanan janganlah ambil berlebihan.

Comments